MEMIMPIN PERBARISAN

21jun23_news1_photo1_03 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/21jun23_news1_photo1_03.jpg?sfvrsn=8428d25a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMIMPIN-PERBARISAN
MEMIMPIN PERBARISAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMIMPIN-PERBARISAN
21 Jun 2023 | PEOPLE

MEMIMPIN PERBARISAN

Seorang menyertai perbarisan untuk kali pertama manakala seorang lagi berbaris dalam perarakan pertamanya lebih daripada 20 tahun lalu. Tetapi satu persamaan yang ketara di antara mereka ialah – menjerit arahan kawad dalam bahasa Melayu semasa memandu!

// KISAH BENITA TEO / FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN LTC CHOO & ME4 NEO

ME4 Neo (kiri) dan LTC Choo akan memimpin Perbarisan Hari SAF tahun ini sebagai RSM Perbarisan dan Panglima Perbarisan.
English 华文
English 华文

Seorang menyertai perbarisan untuk kali pertama manakala seorang lagi berbaris dalam perarakan pertamanya lebih daripada 20 tahun lalu. Tetapi satu persamaan yang ketara di antara mereka ialah – menjerit arahan kawad dalam bahasa Melayu semasa memandu!

Kenali Leftenan Kolonel (LTC) Jervis Choo, 41, dan Pakar Tentera (ME) 4 Neo Chip Hoe, 46, yang akan memimpin Perbarisan Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tahun ini sebagai Panglima Kawad dan Sarjan Rejimen Kawad (RSM) masing-masing.

Perbarisan tahun ini adalah istimewa kerana Perkhidmatan terbaharu SAF, Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS), akan turut terlibat dalam perbarisan ini buat kali pertama. Upacara Trooping of Colours yang jarang berlaku dengan keempat-empat Warna Negeri akan dijalankan untuk mengiktiraf pengenalan DIS ke dalam SAF.

Kami bersua muka dengan LTC Choo dan ME4 Neo semasa waktu rehat di latihan Perbarisan Hari SAF untuk mendaopatkan keterangan lebih lanjut tentang perjalanan mereka.

LTC Choo (latar depan) memimpin perbarisan, bersama dengan ME4 Neo (tengah, di belakang Warna Negeri).

Hai LTC Choo dan ME4 Neo! Adakah ini kali pertama anda menyertai Perbarisan Hari SAF?

LTC Choo: Ya, ini adalah kali pertama saya, walaupun saya menjadi Panglima Kawad simpanan pada tahun lepas. Ia merupakan keluk pembelajaran yang curam bagi saya, tetapi ia pasti membantu saya memahami arahan dan urutan perbarisan, dan persiapan saya untuk tahun ini.

ME4 Neo: Ini adalah kali pertama saya menyertai Perbarisan Hari SAF RSM. Meskipun begitu, saya telah menyertai Perbarisan Hari SAF sebelum ini dalam peranan yang berbeza, termasuk sebagai jurulatih, anggota parti logistik, dan juga dalam kontinjen perbarisan. Perbarisan Hari SAF pertama saya adalah lebih 20 tahun yang lalu, Ketika itu, saya seorang sarjan muda yang berbaris dengan senapang saya!

ME4 Neo (tengah), seorang Jurutera Tentera Udara, adalah askar MDES pertama yang dilantik Perbarisan RSM, dan beliau berbesar hati untuk membuka jalan kepada bakal warga kerja MDES untuk menggalas pelantikan ini.

Bagaimanakah persediaan anda untuk perbarisan?

ME4 Neo: Persediaan telah bermula sejak Oktober lalu. Ada banyak butiran yang perlu ditelitikan terutamanya yang berkaitan dengan program latihan untuk kontinjen.

Memandangkan saya akan memberikan arahan dalam bahasa Melayu, saya telah menambahbaik sebutan saya. Lazimnya, saya aikan berlatih semasa memandu – saya melaungkan arahan dengan kuat apabila bersendirian! Lazimnya, saya akan berlatih semasa memandu – saya melaungkan arahan dengan kuat apabila bersendirian! (bergelak) Itulah gaya yang diamalkan oleh Panglima Kawad, juga!

LTC Choo (tengah, latar depan) sentiasa memandang tinggi kepada Panglima Kawad yang diperhatikan dalam perbarisan lain, dan bercita-cita untuk mengekalkan standard tinggi mereka apabila dia mengetuai perbarisan tahun ini.

LTC Choo: Saya juga dengar rakaman arahan orang lain seperti podcast!

Panglima Perbarisan menggalas tanggungjawab yang berat dalam memastikan perbarisan berjalan dengan lancar dan tepat. Untuk bersiap sedia, saya bekerja rapat dengan Perbarisan RSM, perancang, master isyarat dan jurulatih. Kami membincangkan rancangan dan butiran tentang latihan untuk perbarisan. Kami juga mesti memahami semua bahagian yang bergerak, sehingga ke jarak di antara kontinjen.

Kontinjen MP Perintah GOH mengiringi Warna Negeri semasa upacara Trooping of Colours. Upacara yang jarang dilihat ini hanya dikendalikan apabila Warna baharu diperkenalkan atau di acara ketenteraan penting, seperti perbarisan SAF50.

Ceritakan sedikit tentang apakah keistimewaan perbarisan tahun ini!

LTC Choo: Tahun ini, kami akan mengendalikan upacara Trooping of Colours sebagai sebahagian daripada perarakan. DIS, Perkhidmatan saudara baharu kami, juga akan menyertai perarakan buat kali pertama.

ME4 Neo: Kontinjen Kawalan Kehormatan (GOH) Polis Tentera (MP) SAF akan berkhidmat sebagai pengiring Warna semasa Trooping of Colours di perbarisan. Mereka akan mengiringi Warna Negeri semasa berbaris masuk ke kontinjen GOH.

Dari segi sejarah, Trooping of Colours sebelum pertempuran berfungsi sebagai cara pengenalan dan titik perhimpunan untuk askar-askar dalam pertempuran. Warna mempunyai kepentingan bersejarah dan simbolik kerana penghormatan pertempuran diberikan kepada mereka atas tindakan gagah dan pengorbanan anggota tentera.

Hari ini, Warna telah menjadi lambang kesetiaan dan keberanian, dan menandakan kesediaan pertempuran yang tinggi bagi unit tersebut.

Semasa Trooping of Colours, kontinjen MP Komando GOH yang mengiringi akan berarak di antara barisan askar GOH.

Bagaimanakah perasaan anda menganggotai perbarisan tahun ini?

ME4 Neo: Inilah adalah kali pertama seorang askar daripada Skim Pakar Domain Tentera (MDES) mengambil peranan sebagai RSM Perbarisan di Perbarisan Hari SAF. Saya berasa amat berbesar hati, diberi penghormatan untuk menjalankan peranan itu.

Saya mempunyai pasukan yang hebat yang sering memberi maklum balas tentang aspek-aspek yang perlu diperbaik atau dihalusi lagi. Perbarisan ini adalah usaha seluruh pasukan bukan satu individu.

ME4 Neo (latar depan, kanan) memimpin kontinjen kawad semasa raptai.

LTC Choo: Ia adalah satu keistimewaan dan penghormatan yang besar untuk memimpin anggota tentera dalam Perbarisan Hari SAF. Saya sentiasa berasa kagum melihat Panglima Kawad yang berdiri di hadapan dengan segak tampan dan penuh bersemangat. Saya ingin mengikut jejak mereka, dan saya berharap dapat mencapainya sebagai Panglima Kawad tahun ini.

Kenali mereka yang bertugas dalam perbarisan!

Bagaimanakah perasaan anda bekerja bersama memimpin perbarisan?

LTC Choo: Memandangkan kami berdua adalah daripada Angkatan Tentera Udara, kami saling memahami keperluan untuk memastikan perbarisan ini menepati standard yang tinggi. Latihan tersebut telah mengukuhkan lagi keakraban di kalangan peserta dan juga pemegang perlantikan utama. Kami sering berkumpul di dewan selepas raptai untuk bergaul mesra.

ME4 Neo: LTC Choo memberi kami sokongan sepenuh hati dan sering sedia untuk memberi cadangan dan membimbing kami melalui peringkat perancangan. Kami juga berbesar hati melihat kerjasama pelbagai pasukan yang menyuarakan cabaran mereka dan mencari penyelesaian untuk menjayakan misi ini sebagai satu pasukan.

LTC Choo (kanan sekali), juruterbang F-16, mengambil alih tampuk pimpinan 105 SQN pada Mei 2021.

Ceritakan lebih lanjut tentang apa yang anda lakukan di Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF)!

LTC Choo: Saya bertugas sebagai Pegawai Pemerintah (CO) Skuadron 105 (SQN), dan saya memantau latihan Kawalan Serangan Terminal Trafik Udara Darat, yang menyokong operasi Sokongan Udara Tertutup, memperlihatkan kerjasama erat di antara RSAF dan Angkatan Tentera Darat.

Sebagai juruterbang dan instruktor F-16, melangkah ke 105 SQN merupakan suatu pengalaman yang baharu. Ia meluaskan pemahaman saya tentang perjalanan operasi SAF dan membolehkan saya menghargai persekitaran operasi Perkhidmatan lain dengan lebih baik dan melihat bagaimana saya boleh memberi perspektif baharu dengan pengalaman saya dalam RSAF.

ME4 Neo (kiri sekali) di Latihan Lingkaran Pasifik (RIMPAC) pada 2012, di mana beliau merupakan Detasmen Bertugas. Sepanjang tempoh 29 tahunnya dalam SAF, beliau terlibat dalam banyak latihan dan operasi.
ME4 Neo (keempat dari kanan) bersama dengan rakan-rakan jurulatih PSG pada Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 di Padang.

ME4 Neo: Saya telah menjadi Ketua Komando 706 SQN sejak November lalu. Kami memantau sokongan logistik untuk Pangkalan Udara Sembawang, menguruskan perihal bekalan perubatan, pengangkutan dan makanan.

Sepanjang tempoh 29 tahun saya sebagai Jurutera Tentera Udara di RSAF, saya telah bekerja dalam helikopter tentera laut Super Pumas dan S-70B Seahawk.

Misi saya yang tidak dapat dilupakan sama sekali ialah Operasi Flying Eagle, iaitu membantu mangsa tsunami pada Boxing Day. Saya dikerah ke Phuket selama dua minggu. Saya masih ingat lagi, semasa menjalankan kerja persediaan di kem sehingga lewat malam, pulang ke rumah untuk mengambil beg saya, dan kemudian kembali pada awal pagi untuk bertolak.

Ia merupakan misi yang amat bermakna bagi saya kerana saya seorang yang selalu ingin membantu orang lain, dan saya melihat sendiri bagaimana mangsa bencana alam memerlukan bantuan.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!