MEMIMPIN DI DARAT SETELAH TERBANG DI LANGIT

10sep22news2_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/10sep22news2_photo1.jpg?sfvrsn=174989a2_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMIMPIN-DI-DARAT-SETELAH-TERBANG-DI-LANGIT
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMIMPIN-DI-DARAT-SETELAH-TERBANG-DI-LANGIT
MEMIMPIN DI DARAT SETELAH TERBANG DI LANGIT
10 Sep 2022 | PEOPLE

MEMIMPIN DI DARAT SETELAH TERBANG DI LANGIT

// KISAH OLEH TAN GUAN WEI

// FOTO OLEH AMOS CHEW & IHSAN LTA LOO

LTA Loo meninggalkan pekerjaannya sebagai anak kapal kabin bagi memenuhi impiannya untuk masuk Tentera.

Sebagai pramugari di Scoot, Leftenan (LTA) Cindy Loo dulu bekerja di langit dan membuat perjalanan ke pelbagai negara hampir setiap hari. Walau bagaimanapun, dia mengorbankan kesemuanya pada 2021 untuk mengejar aspirasinya untuk menjadi anggota tentera.

Seorang ahli Girls' Brigade ketika zaman sekolah menengah, LTA Loo telah lama tertarik dengan kumpulan berpakaian seragam.

Minatnya terhadap Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berkembang apabila dia menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2010 sebagai ahli kontinjen kawad kaki Girls' Brigade.

Merenung kenangan manis tersebut, dia berkata: "Sambil kami di sana melafazkan Ikrar, saya merasai kebanggaan dan kewajipan yang mendalam terhadap negara. Saat tersebut amat luar biasa apabila dapat meraikan kemerdekaan negara dan saya juga merasai kepentingan melindungi kedaulatan negara kita."

LTA Loo sebelum salah satu penerbangannya ketika bekerja sebagai pramugari Scoot selama tiga tahun.

Menyahut seruan hidup

Walaupun dia menjadi pramugari Scoot pada 2018 selepas menamatkan pengajian ijazah pengurusan perniagaan di Universiti SIM – RMIT, cita-citanya untuk masuk tentera tidak pernah luntur.

Pemuda berumur 26 tahun tersebut akhirnya menyahut seruan hidupnya dan menamatkan kerjaya 3 tahunnya sebagai pramugari dan menyertai SAF sebagai Anggota Tetap.

Bukan segala-galanya berjalan lancar – pada mulanya dia mengalami kesukaran beralih kepada kehidupan tentera, terutamanya dalam aspek menyesuaikan diri kepada keperluan fizikal yang lasak.

"Meluru masuk ke dalam kerjaya tentera yang tertumpu pada kecergasan adalah agak mencabar, tetapi (saya berjaya) dengan bantuan dan bimbingan anggota lain dan jurulatih yang benar-benar mendorong dan membantu saya," dia jelaskan.

Ibu bapa yang bangga: Ibu dan bapa LTA Loo memasang epaulet pangkat pegawai pada pakaian seragamnya.

Pengalamannya sebagai bekas pramugari telah membantu dia menjadi individu berorientasikan pasukan yang efektif, serta terbukti amat berguna semasa Kursus Pegawai Kadet (OCC) yang dia jalani.

"Semua orang memandang perkara dari sudut yang berbeza, oleh itu kita tidak boleh terlalu tertumpu pada pandangan kita sendiri. Kita perlu kekalkan minda yang luas dan sentiasa terbuka kepada maklum balas, dan ini membantu apabila anda mengetuai pasukan," dia jelas.

LTA Loo juga menyatakan bahawa cabaran yang dia hadapi semasa kursus 38 minggu yang dahsyat tersebut telah membantu dia menjadi matang sebagai insan – daripada membina daya tahan fizikal dan ketabahan mental kepada keupayaan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan secara pantas.

Dengan kebanggaan dan kehormatan

Pada 10 Sep, dia merupakan antara 203 kadet yang ditauliahkan sebagai pegawai pada hari itu. Dalam kalangan para graduan, 135 adalah daripada Tentera Singapura, 4 daripada Angkatan Laut Republik Singapura dan 67 daripada Angkatan Udara Republik Singapura.

Pegawai baharu melontarkan topi mereka untuk menandakan kejayaan menamatkan pengajian daripada Sekolah Pegawai Kadet (OCS) pada 10 September.
LTA Loo (baris kedua, tengah) dengan ahli kelompok OCC selepas latihan navigasi mereka di OCS.

Merenungkan perjalanannya untuk menjadi pegawai, LTA Loo berkata bahawa perkara paling penting yang disedarinya ialah persahabatan yang dijalin dan keakraban yang kukuh dalam kalangan ahli platunnya.

"Semasa latihan, kami menggalakkan satu sama lain dan menggunakan kekuatan satu sama lain untuk mengatasi pelbagai senario yang kami hadapi… Kenangan mengharungi situasi mencabar ini bersama mereka akan sentiasa sangat bererti bagi saya."

Dia juga berharap kisahnya akan menginspirasikan orang lain untuk masuk tentera. "(Berkhidmat dalam Tentera) ialah kerjaya yang memuaskan dan bermakna. Kerjaya ini akan penuh cabaran, tetapi diri anda akhirnya akan menjadi lebih kuat."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!