MEMBUAT PILIHAN LEBIH SIHAT

F5-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/f5-1.jpg?sfvrsn=514de8bb_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMBUAT-PILIHAN-LEBIH-SIHAT
MEMBUAT PILIHAN LEBIH SIHAT https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMBUAT-PILIHAN-LEBIH-SIHAT
01 Feb 2018 | OPS & TRAINING

MEMBUAT PILIHAN LEBIH SIHAT

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyediakan makanan yang lebih sihat dalam usaha menggalakkan askar mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

// LAPORAN TEO JING TING

// GAMBAR CHUA SOON LYE & CHAI SIAN LIANG

Cik Lim (kiri) dan Ketua Cawangan Sumber Bekalan daripada Bekalan Ibu Pejabat (HQ) SLTC Melvin Ang menyokong faedah pemakanan sihat.
English 华文
English 华文

Warga Singapura sememangnya lebih mementingkan kesihatan sejak kebelakangan ini. Lihat sahaja jumlah salad atau bar kesihatan yang banyak terdapat di sekitar kawasan pusat perniagaan. Malah di gerai nasi murah, anda boleh dengar para pengunjung meminta kurang nasi dan lebih sayur.

Tetapi untuk anggota perkhidmatan negara dan wanita SAF yang menikmati makan tengah hari mereka di dua tempat memasak Kem Kranji Camp III, tiada keperluan untuk rasa bimbang tentang makanan sihat. Ini adalah disebabkan setiap kalori telah disukat dengan teliti untuk menyediakan jumlah nutrisi ideal yang diperlukan.

Sejak bulan Jun yang lalu, Institut Latihan Logistik Tentera dan tempat memasak Komand Sokongan Perkhidmatan Tempur telah membuat percubaan menghidangkan makanan kalori rendah kepada anggota perkhidmatan negara yang memegang peranan bukan tempur sebagai sebahagian daripada inisiatif SAF bagi mengurangkan risiko obesiti dan penyakit kronik.

Walaupun makanan tengah hari biasa mengandungi kira-kira 1,000 kilokalori (kcal), hidangan kalori rendah hanya mempunyai 700 hingga 800 kcal. Ini bermakna kakitangan yang membuat pilihan hidangan kalori rendah akan menerima bahagian nasi yang lebih sedikit dan satu hidangan daging yang lebih sedikit. Campuran 20 peratus beras perang dengan beras putih juga dihidangkan kepada semua tempat memasak SAF sejak bulan September yang lalu.

" SAF menyediakan makanan kepada askar kita supaya mereka bertenaga bagi memenuhi spektrum operasi yang luas dan keperluan latihan," ujar Kolonel Terry Tan, Ketua Logistik Bersama.

"Walaupun kami mengiktiraf pemakanan sihat adalah pilihan peribadi, SAF berusaha untuk menyemai tabiat pemakanan sihat sepanjang hayat di kalangan askar kita. Tabiat ini akan meningkatkan kesihatan mereka dan seterusnya memanfaatkan negara.

"Rancangan telah dibuat untuk melaksanakan hidangan kalori rendah di seluruh tempat memasak SAF sebaik sahaja tempoh percubaan tamat menjelang pertengahan tahun 2018.

KURANGKAN KALORI, BUKAN KEPELBAGAIAN

Di samping hidangan kalori rendah, SAF telah mengamalkan kaedah memasak lebih sihat seperti mengukus dan merebus. Bahan goreng celur hanya tersedia sekali sebulan dan minuman kordial kurang gula dan isotoni dihidangkan. MSG juga tidak ditambah dalam semua hidangan.

Pakar pemakanan kanan Regina Lim menyatakan bahawa menu SAF seimbang dengan pelbagai jenis hidangan merentasi kumpulan makanan utama – makanan ruji, daging, sayur dan buah.

"Kami mempunyai kira-kira 500 menu, termasuk menu tempatan, menu penjaja dan masakan antarabangsa," jelas ketua bahagian catuan yang berusia 41 tahun daripada Bekalan Ibu Pejabat (HQ).

Perancangan menu mengikuti garis panduan yang ketat, termasuk tidak mengulangi hidangan yang sama dalam tempoh tiga hari; menghidangkan maksimum empat hidangan yang mengandungi telur seminggu; dan mengehadkannya kepada satu bahan yang diproses sahaja – contohnya bebola ikan – dalam satu hidangan.

Unit-unit SAF juga boleh memohon untuk membuat perubahan kepada menu bagi meningkatkan moral para askar, tambah Cik Lim.

MAKANAN LEBIH SELAMAT DAN SIHAT

Pada bulan Oktober 2017, dua panel penasihat telah ditubuhkan untuk mengembangkan usaha SAF menyediakan makanan yang sihat.

Dipengerusikan bersama oleh SAF dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Panel Katering Institusi SAF (SAFICP) - Nutrisi Makanan dan Diet Sihat meneliti nutrisi makanan dan kesihatan.

Sebaliknya, SAFICP - Keselamatan Makanan memberi nasihat tentang keselamatan makanan dan ia dipengerusikan bersama oleh SAF dan Penguasa Makanan Pertanian dan Veterinari.

Pakar-pakar daripada Lembaga berkanun, Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan dan DSO National Laboratories juga mengganggotai panel tersebut.

Mengenai SAF yang mempengerusikan bersama kedua-dua panel tersebut, Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Chang Pin Chuan menyatakan: "Walaupun kami sentiasa bekerjasama rapat dengan HPB untuk catuan, kami mahu pakar-pakar daripada industri makanan untuk melihat sama ada kami menyediakan dan menghidangkan makanan dengan betul...dan untuk mengetahui sekiranya terdapat apa-apa bidang untuk penambahbaikan."

Ketua Pegawai Bekalan daripada HQ Supply menambah bahawa SAF sedang menerokai makanan sejuk yang sedia untuk dimakan sebagai satu lagi pilihan untuk catuan di kawasan jauh, serta menangani catuan untuk anggota perkhidmatan negara dengan alahan makanan supaya mereka boleh dikerahkan.

"Saya rasa anggota perkhidmatan perkhidmatan negara yang dikerahkan di kawasan jauh akan mengalu-alukan alternatif ini," ujar SLTC Chang, 42 tahun. "Tetapi kami ingin membincangkan …nilai nutrisi hidangan-hidangan ini dan jika ianya selamat untuk askar sebelum pengoperasian konsep."

Panel akan melakukan mesyuarat setiap suku tahun untuk meneliti pada isu-isu dan banyak lagi perkara lain.

Mereka juga telah melawati beberapa tempat memasak SAF untuk memahami dengan lebih baik cara catuan makanan disediakan dan dihidangkan.

1
2
3
1 Di atas pinggan: Makanan kalori rendah (kanan) mempunyai kurang nasi dan satu protein (ikan kukus) kurang daripada hidangan biasa.
2 Tiada nasi: Seorang anggota perkhidmatan negara memilih makanan kurang karbohidrat di samping makanan kalori rendah beliau.
3 SLTC Chang berharap dapat menerokai lebih banyak alternatif untuk catuan makanan SAF dengan penubuhan dua panel penasihat.
Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?