MEMBINA SEBUAH MAHLIGAI UNTUK KELUARGA

16jun21_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/16jun21_photo149c62d7f-ab6b-4805-8849-e289565647d4.jpg?sfvrsn=4c9cb2d8_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMBINA-SEBUAH-MAHLIGAI-UNTUK-KELUARGA
MEMBINA SEBUAH MAHLIGAI UNTUK KELUARGA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMBINA-SEBUAH-MAHLIGAI-UNTUK-KELUARGA
16 Jun 2021 | PEOPLE

MEMBINA SEBUAH MAHLIGAI UNTUK KELUARGA

SWO (Bersara) Sathiamoorthy bekerja keras untuk menjadi bapa terbaik kepada anak-anaknya dan menyara keluarganya kerana dia amat memahami kesukaran yang dialami membesar tanpa kedua-dua ibu bapa.

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN KPT KURUMBAESUN, SWO (BERSARA) SATHIAMOORTHY & RSAF

KPT Kurumbaesun melihat ayahnya SWO (Bersara) Sathiamoorthy sebagai modal peranannya.
English 华文
English 华文

Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia semasa beliau berada di bangku sekolah, menyebabkan SWO (Bersara) Sathiamoorthy A/L Shanamugam dan enam adik-beradiknya mencari sara hidup sendiri. Peristiwa itu berlaku pada 1976.

Adik beradik, lima lelaki dan dua perempuan itu terpaksa menyara hidup sendiri semasa membesar di pangsapuri HDB tiga bilik di Ang Mo Kio. Untuk mencari sara hidup, abang sulung mula bekerja sebagai juruteknik setelah melengkapkan kursus Perkhidmatan Negara (NS).

Satu persatu, adik-beradiknya mula bekerja apabila dewasa. Semasa SWO (Bersara) Sathiamoorthy, yang merupakan anak bongsu kedua di antara tujuh beradik, melengkapkan A-levelnya, dia juga tidak sabar untuk mula bekerja.

SWO (Bersara) Sathiamoorthy mengenang kembali: "Semasa mendaftar untuk Perkhidmatan Negara pada 1985, terjadi pula krisis ekonomi. Saya merasakan penting bagi saya untuk cepat membuat keputusan tentang kerjaya dan membantu menyara keluarga."

Jadi setelah melengkapkan Latihan Asas Tenteranya, dia memulakan karier dengan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) sebagai pakar sistem pertahanan udara.

Koperal Sathiamoorthy (kiri) semasa muda di kenderaan berperisai V200 yang dilengkapi sistem peluru berpandu RBS 70 di Rumah Terbuka Angkatan Tentera 1986.

Mengimbas kembali waktu membesarnya, SWO (Bersara) Sathiamoorthy, yang kini ayah kepada dua anak lelaki dan seorang anak perempuan, berkata: "Perjalanan semasa tempoh sukar ini membolehkan saya memahami perjuangan hidup dan belajar menjadi seorang ayah yang baik.

"Teman-teman saya ada ibu bapa untuk menjaga dan menyara mereka. Bagi kami (saya dan adik-beradik), kami tidak ada ibu bapa untuk merujuk apabila kami menghadapi masalah.

"Tetapi saya bersyukur kerana mempunyai keupayaan untuk menyara anak-anak saya – saya dapat memberi mereka tempat kediaman, makanan tiga kali sehari, dan tempat yang selamat untuk belajar dan mendalami minat mereka.

"Saya sangat berdisiplin, hemat dengan wang, dan saya bekerja kuat."

SWO (Bersara) Sathiamoorthy, yang dilatih untuk mengendalikan sistem peluru berpandu jarak pendek RBS 70 permukaan-ke-udara, naik pangkat daripada Koperal kepada Pegawai Waran Kanan. Beliau yang berusia 56 tahun, baru bersara pada Mei ini, mengakhiri karier Tentera Udara yang sudah menjangkau 36 tahun.

Pegawai Waran ke-2 Sathiamoorthy semasa itu dengan Kurumbaesun.

Anak sulungnya Kapten (KPT) S Kurumbaesun, yang meniti jejak langkah ayahnya untuk menjadi RSAF Regular, menganggap ayahnya sebagai modal peranannya. "Ayah saya rajin, berdedikasi dalam semua yang dilakukannya, dan selalu menaruhkan 100 peratus dalam segala usahanya," kata Pegawai Perang Udara (Kawalan Lalu Lintas Udara) berusia 26 tahun.

Dalam pelantikan terakhirnya sebagai Ketua Komando Latihan Angkatan Tentera Udara, SWO (Bersara) Sathiamoorthy memantau latihan dan disiplin anggota tentera udara di seluruh RSAF.

Komitmen kepada keluarga dan negara

Pada 2013, SWO (Bersara) Sathiamoorthy sedang menjalankan raptai perbarisan tamat kursus untuk sekumpulan kadet pegawai apabila menerima panggilan bahawa anak lelaki yang keduanya telah dimasukkan ke hospital.

Memandangkan perbarisan itu adalah satu detik penting bagi kadet-kadet ini, beliau meneruskan latihan sehingga waktu rehat, sebelum bergegas ke hospital. Setelah diberitahu doktor bahawa keadaan anaknya baik-baik sahaja, SWO (Bersara) Sathiamoorthy bergegas pula untuk meneruskan latihan bersama kadet.

Ada juga pada suatu ketika, beliau bermalam di hospital untuk menjaga anak perempuannya bersama-sama isterinya. Pada keesokan harinya, dia bangun pada pukul 5 pagi dan kembali ke Pangkalan Udara Tengah untuk menjalankan raptai perbarisan.

"Ada yang mengatakan lelaki tentera memang tegas, (tidak) berhati perut, tetapi saya betul-betul sayangkan kedua-duanya (keluarga saya dan organisasi)!" katanya sambil bergelak.

"Saya amat berterima kasih dan menghargai ayah saya yang telah menjadi modal peranan yang hebat sepanjang hidup saya. Saya bersyukur mendapat ayah sepertinya – saya boleh mendapatkan nasihat, sokongan dan bimbingannya."

Kata-kata KPT S Kurumbaesun kepada ayahnya pada Hari Bapa ini.

Mentor kepada anaknya

Ketika ditanya tentang KPT Kurumbaesun yang mengikuti jejaknya untuk menyertai Tentera Udara, SWO (Bersara) Sathiamoorthy mengatakan bahawa ini adalah keputusan anaknya sendiri.

Tetapi dia berasa bangga dengan apa yang telah dicapai oleh anaknya setakat ini dalam karier ketenteraannya sendiri. KPT Kurumbaesun adalah penerima Pedang Kehormatan, Rekrut Terbaik Syarikat semasa Latihan Asas Tentera dan banyak lagi.

Pegawai Waran Master-Sathiamoorthy pada masa itu dan isterinya mengenakan epaulet pangkat Leftenan ke-2 pada pakaian seragam anaknya, KPT Kurumbaesun di Perbarisan Pentauliahan Pegawai pada 2015.

KPT Kurumbaesun memberi penghargaan atas pencapaiannya kepada bimbingan ayahnya. Pada awal kariernya, ketika dia mengalami masa yang mencabar untuk belajar menjadi pengawal lalu lintas udara, ayahnya berada di sisinya.

"Dia menasihatkan saya untuk tidak menyerah, bertekad, dan bekerja keras dan menjadi pintar. Walaupun ia kedengaran seperti klise kata-katanya daripada ayah saya, yang saya hormati dan sanjungi selama ini, ungkapannya memberi saya sokongan dan motivasi yang sangat kuat!" kata KPT Kurumbaesun.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!