MEMBENTUK KEHIDUPAN PENGAWAL

28jun23_news2-herobannera https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/28jun23_news2-herobannera.jpg?sfvrsn=7a3c8637_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMBENTUK-KEHIDUPAN-PENGAWAL
MEMBENTUK KEHIDUPAN PENGAWAL https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMBENTUK-KEHIDUPAN-PENGAWAL
28 Jun 2023 | PEOPLE

MEMBENTUK KEHIDUPAN PENGAWAL

Pegawai Pengawal ini memberi kasih sayang yang TEGAS (baca: latihan) untuk anggota tenteranya. Dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel Kanan pada 1 Jul, beliau bersedia untuk menangani lebih banyak cabaran.

//KISAH KOH ENG BENG / FOTO KENNETH LIN & IHSAN LTC JAWAHIR

Sebagai Pegawai Pemerintah kepada 795 Pengawal, LTC Jawahir mengetuai satu batalion Anggota Kerahan Angkatan Tentera.
English 华文
English 华文

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Pemerintah (CO) Sekolah Kadet Pakar (SCS), Pusat Latihan Pengawal dan batalion Pengawal.

Tetapi apabila disoal tentang detik paling memuaskan hati dalam kerjaya ketenteraannya setakat ini, jawapan Leftenan Kolonel (LTC) Mohammad Jawahir bin Samuri adalah mengejutkan: Setiap kali bekas anggota tenteranya terserempak dengannya dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana meninggalkan kesan positif pada kehidupan mereka.

"Inilah detik-detik yang paling saya hargai dan memberi kepuasan dalam pekerjaan saya," kata pegawai berusia 42 tahun itu.

LTC Jawahir (kanan sekali) sedang menjalani latihan di luar medan padang bersama askar-askarnya pada 2009. Ketika itu, beliau merupakan Pegawai Bertugas Ke-2 Kompeni dalam Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

Beliau berkongsi secara berterus-terang bekas anggota-anggota tenteranya selalu mengatakan dia seorang pegawai yang tegas. "Tetapi saya perasan, selama bertahun-tahun, mereka sudah tahu niat sebenar saya ketika itu.

"Saya harus tegas bila perlu, untuk mengekalkan disiplin dan standard latihan. Tetapi adakalanya saya perlu melatih mereka mengguna pendekatan yang lebih lembut untuk mendapatkan hasil (latihan)."

LTC Jawahir akan dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel Kanan pada 1 Jul. Beliau adalah antara 765 anggota beruniform dari ibu pejabat MINDEF, Angkatan-angkatan Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Perkhidmatan Digital dan Perisikan yang akan dinaikkan pangkat tahun ini.

LTC Jawahir (kiri) menerima sijil kenaikan pangkat daripada Panglima Pasukan Pertahanan Laksamana Muda Aaron Beng dalam satu majlis pada 28 Jun.
Bapa yang bangga kepada Pegawai Kadet Jawahir ketika itu memberikan tanda pangkat Leftenan Ke-2 untuknya semasa perbarisan pentauliahan pegawainya pada tahun 2001.

Pada masa ini LTC Jawahir menyandang jawatan Pegawai Pemerintah Pusat Latihan Pengawal serta Batalion ke-795, Pengawal Singapura (795 Gds).

Di Pusat Latihan Pengawal, beliau menyelia reka bentuk dan semakan latihan Pengawal seperti Kursus Penukaran Pengawal dan latihan pengendali Kenderaan Penyerang Ringan. Beliau memastikan latihan itu selamat dan pada masa yang sama, menepati keperluan operasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

LTC Jawahir (tengah) bersama dengan rakan-rakan Pusat Latihan Pengawal di Exercise Wallaby 2022 di Australia.

Apabila disoal berkaitan perasaannya tentang kenaikan pangkatnya, LTC Jawahir menjawab: "Kenaikan pangkat ini menunjukkan SAF percaya pada saya, (dan saya bersedia) untuk memikul tugasan yang lebih mencabar.

"Setentunya saya ingin menjalankan tugas semasa saya dengan lebih baik – sentiasa menambahbaikkan sistem latihan kami, hasil latihan, budaya kerja dan kualiti jurulatih kami."

Memimpin batalion NS

LTC Jawahir mengambil alih 795 Gds pada November 2019, hanya beberapa bulan sebelum COVID-19 melanda Singapura.

Langkah-langkah penjarakan sosial semasa pandemik umpama melemparkan sepana dalam kerjanya; kebanyakan mesyuarat dan penyelarasan unit harus dilakukan dalam talian, dan Latihan Dalam Kem (ICT) pertama mereka untuk Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi pada 2021 terpaksa dibatalkan.

"Syukur, pada tahun lepas, kami berjaya mengendalikan ICT pertama kami. Saya berasa amat bangga dan terdorong dengan komitmen yang dipaparkan oleh Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi saya kerana mereka telah melakukannya dengan baik semasa ICT."

Rasa tujuan

Tugasan seorang Anggota Tentera Tetap memang sukar – latihan memang menjerihkan dari segi fizikal dan mental, dan waktu bekerjanya panjang. Apa yang mendorongnya untuk terus maju adalah rasa tujuan untuk melundungi negaranya.

Bersama-sama isteri dan dua daripada empat anaknya pada 2019.

Isterinya juga merupakan tunggak sokongan utamanya, katanya lagi. Pada 2013, apabila anak ketiganya dilahirkan, isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga keluarga, supaya LTC Jawahir dapat menumpukan lebih masanya pada kerjaya ketenteraannya.

Apabila disoal tentang kegemarannya menjadi Pengawal, matanya bersinar-sinar, dan beliau terus bercerita panjang lebar tentang pelbagai jenis latihan Pengawal, seperti mengendalikan Kenderaan Penyerang Ringan, heli-rappelling dan operasi kapal ke pantai.

"Ini adalah latihan yang sangat berbeza daripada infantri, dan ini menjadikannya lebih menarik untuk saya!" katanya.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!