MEMANDU ARAH MEREKA KE DIS

19jul23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/19jul23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=b6a2c814_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMANDU-ARAH-MEREKA-KE-DIS
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MEMANDU-ARAH-MEREKA-KE-DIS
MEMANDU ARAH MEREKA KE DIS
19 Jul 2023 | PEOPLE

MEMANDU ARAH MEREKA KE DIS

// KISAH BENITA TEO // FOTO KENNETH LIN & IHSAN ME4 KHOO & ME4 KAVIRAJ

ME4 Kaviraj (kiri) dan ME4 Khoo menemui semangat baharu untuk berkhidmat.

Seorang mendapat ilham untuk menjadi anggota tentera selepas menghadiri perbarisan tamat pengajian Latihan Asas Tentera (BMT) bekas pelajarnya; seorang lagi membawa legasi mendiang bapanya, yang merupakan pegawai waran dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Pakar Tentera (ME) 4 Evon Khoo dan ME4 Kaviraj S/O Anbalagan menunjukkan masih tidak terlewat untuk mencari hala tuju atau mengejar minat anda.

ME4 Khoo (kanan sekali) bersama dengan bekas pelajarnya LTA Yeo dan LTA Pang (dua dan ketiga dari kanan) di perbarisan tamat pengajian Latihan Asas Tentera BMT LTA Pang pada Mac 2020. Keazaman mereka untuk berkhidmat memberinya keberanian dan inspirasi untuk menyertai SAF.

Guru yang berjiwa besar

Bekas guru ME4 Khoo, 35, menyertai profesion itu kerana dia suka membantu orang ramai. Sepanjang tempoh tujuh tahun sebagai guru matematik dan pengajian sosial di Sekolah Tinggi Kerajaan Bukit Panjang, dia gigih berusaha untuk membantu menyamaratakan kedudukan pelajar yang kurang bernasib baik, dan memenangi Anugerah Guru Paling Prihatin pada 2016.

Menyertai DIS telah membolehkan ME4 Khoo meneruskan minat kembarnya dalam pengekodan dan statistik.

Pada awal 2019, dia mengambil keputusan untuk berehat daripada mengajar. Pada tahun-tahun berikutnya, dua daripada bekas pelajar wanitanya menjemputnya ke perbarisan tamat pengajian BMT mereka. Semasa di sana, suis di kepalanya terpetik.

"Saya lihat kebanggaan yang terpapar pada diri mereka. Semasa di sekolah, kedua-dua gadis itu tidak banyak terlibat dalam sukan – salah seorang daripada mereka adalah seorang penari. Tetapi mereka berjaya melengkapkan BMT, yang mematahkan stereotaip saya bahawa SAF adalah sangat lasak.

"Saya tidak sangka saya boleh mengharunginya, lebih-lebih lagi pada usia saya! Tetapi apabila saya melihat mereka melaluinya, saya rasa ia tidaklah seteruk yang disangkakan," jelasnya.

ME4 Khoo (tiga dari kiri) bersama dengan rakan gurunya semasa sambutan Hari Keharmonian Kaum di sekolahnya. Dia adalah seorang guru selama tujuh tahun sebelum menyertai DIS.

Selepas menamatkan diploma kepakarannya dalam Sains Data dan Analitis dari Politeknik Singapura pada 2021, dia menemui Perkhidmatan Digital dan Perisikan baharu (ketika itu dikenali sebagai Kawalan Perintah, Komunikasi, Komputer dan Perisikan atau C4I).

Memandangkan dia sentiasa berminat dengan perkhidmatan beruniform – dia menyertai Kor Kadet Polis Negara sebagai pelajar – dia memutuskan untuk menceburi bidang ini dan mendaftar sebagai Pakar Perisikan Tentera.

ME4 Khoo (kiri) menerima Pedang Kehormat daripada Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad di Majlis Pelantikan Kanan ME pada 19 Jul.

Menimba ilmu daripada yang lain

Mendaftar sebagai anggota tentera yang matang adalah menakutkan, ME4 Khoo mengakui: "Apabila saya mendaftar pada Januari 2022, ia agak menakutkan kerana saya sering tertanya-tanya bagaimana saya akan melakukan ini sendiri. Tetapi dari semasa ke semasa, saya sedari SAF bukan tentang melakukan sesuatu dengan sendiri, tetapi ia adalah berkaitan dengan kerja berpasukan. Saya sentiasa boleh mengharapkan teman dan rakan saya."

Sekiranya anda tertanya-tanya, teman-temannya di BMT tidak melayannya seperti guru mereka!

"Sebaliknya, saya perasan mereka lebih bagus daripada saya semasa kami belajar untuk topik baharu. Tetapi dengan adanya lebih dari satu setengah dekad lagi (yang telah saya jalani), saya mempunyai lebih banyak pengalaman hidup dan boleh membantu mereka dengan menawarkan perspektif berbeza tentang sesuatu perkara!" katanya sambil bergelak.

"Hidup ini bukan setakat belajar daripada orang yang lebih berpendidikan daripada anda, tetapi juga belajar daripada orang yang berbeza daripada anda."

Ibu bapa ME4 Khoo mengenalan epaulet pada pakaian seragamnya. Ibu bapanya sentiasa memberi sokongan dan memahami keputusannya untuk menukar kerjaya dan menyertai DIS.

Dia juga masih berhubung dengan para pelajarnya yang sudah beralih menjadi adik-beradik: "Saya terserampak dengan salah seorang daripada mereka, Leftenan (LTA) Yeo Tsing Ngia, semasa latihan saya, dan kerana pangkatnya lebih tinggi daripada saya, saya harus memanggilnya 'Puan'! Dia berada di Angkatan Tentera Laut dan saya telah meminta bantuannya beberapa kali sejak saya mendaftar.

"Pelajar saya yang lain, LTA Tania Pang, adalah seorang Pegawai Isyarat dan dia memang amat teruja untuk saya. Kami berancang untuk bertemu tidak lama lagi."

ME4 Kaviraj adalah seorang jurutera sebelum menyertai DIS sebagai Pakar Perisikan Tentera.

Gaya hidup tentera

Pakar Perisikan Tentera ME4 Kaviraj, 33, tidak asing lagi dengan gaya hidup tentera. Mendiang bapanya, ME2 Anbalagan S/O Vadivu, bekerja di bahagian logistik di Angkatan Tentera Laut Republik Singapura, dan menguruskan rumah tangganya dengan tegas.

"Ayah sentiasa mendedahkan kami kepada gaya hidup tentera – walaupun di rumah kami perlu berdisiplin dan bertanggungjawab. Kami tidak ada pembantu rumah, oleh itu kami terpaksa melakukan semuanya sendiri! Dan setiap 9 Ogos, dia akan mendudukkan kami untuk menonton Perbarisan Hari Kebangsaan dan menerangkan semua detik penting kepada kami."

ME4 Kaviraj (kanan) bersama bapanya, ME2 Anbalagan, di majlis tamat pengajian Politeknik Singapura pada 2014. Mendiang ME2 Anbalagan bekerja di bahagian logistik di Angkatan Tentera Laut.

Walaupun dia memang ingin menyertai bapanya dalam SAF, setelah dilatih sebagai jurutera, ME4 Kaviraj mengambil keputusan untuk memanfaatkan kemahirannya dan menyertai industri.

Dia menyertai ST Aerospace selepas menamatkan pengajian dari Institut Teknologi Singapura dengan kelulusan ijazah dalam Reka Bentuk dan Kejuruteraan Mekanikal, mengusahakan program peningkatan F-16.

Pengenalannya kepada DIS datang hampir secara kebetulan: "Saya selamba melangkah masuk ke Pusat Kerjaya SAF pada suatu hari dan bertanya sekiranya saya boleh melibatkan diri dalam sesuatu yang menarik dan memuaskan. Mereka mengesyorkan C4I dan komuniti perisikan.

"Saya menghabiskan masa dua bulan untuk berfikir, dan merasakan seolah-olah ini adalah seruan saya untuk menyertai komuniti perisikan. Saya mendaftar semula dan bermula di Sekolah Pegawai Kadet pada Mei 2022. Tidak lama selepas itu, DIS telah dirasmikan."

Katanya lagi: "Saya ada pengalaman yang baik semasa menjadi Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa – saya bertugas sebagai Anggota Polis Tentera, bekerja dengan rakan-rakan pasukan keselamatan untuk melindungi Pangkalan Tengah Air. Saya ingin memimpin anak buah saya seperti pegawai saya, jadi saya ingin mengambil langkah ini."

ME4 Kaviraj (kiri) menerima watikah pelantikan dan pedang daripada Panglima Pasukan Pertahanan Naib Laksamana Aaron Beng.

Mencari kekuatan di sebalik kesusahan

Tanpa sebarang pengalaman terdahulu dalam kerja perisikan atau geopolitik, keluk pembelajarannya curam, jelas ME4 Kaviraj.

"Semasa saya mula menceburi bidang ini, saya langsung tidak tahu-menahu tentang apa yang harus saya lakukan. Saya terpaksa belajar dan banyak membaca untuk memahaminya dengan cepat. Tetapi dengan bimbingan panglima dan rakan sebaya saya, kami berjaya melepasi setiap halangan."

ME4 Kaviraj (baris hadapan, kedua dari kanan) bersama rakan-rakannya dalam Kursus Pakar Domain Tentera.

Dia juga berterima kasih kepada rakan-rakannya atas sokongan mereka: "Kebanyakan rakan saya sekurang-kurangnya 10 tahun lebih muda daripada saya! Tetapi mereka sangat baik. Mereka memang celik teknologi, dan saya juga belajar daripada mereka bagaimana untuk menulis dan membentangkan laporan. Tidak seperti mereka, saya telah meninggalkan sekolah sebelum ini dan kemahiran saya dalam bidang ini sudah berkarat!"

Menyedari laluan pendidikannya "berbeza daripada kebanyakan orang", ME4 Kaviraj berkata: "Saya menuntut di ITE dan politeknik sebelum mendapat ijazah saya. Sehingga kini, kehidupan saya tertumpu pada menangani setiap halangan dihadapi. Saya masih ingat perkara ini dan apabila saya menghadapi kesukaran, saya kenang kembali bagaimana saya mengatasi cabaran ini dan ia memberi kekuatan untuk terus bertahan."

Keluarga ME4 Kaviraj mengenakan epaulet pada pakaian seragamnya. Mereka bangga melihat beliau meneruskan legasi arwah bapanya yang berkhidmat untuk negara.

Walaupun bapa ME4 Kaviraj telah meninggal dunia pada 2018 dan tidak dapat menyaksikan tamat pengajian BMT dan pelantikannya sebagai ME Kanan, dia berasa gembira dapat mengikut jejaknya dan memainkan peranannya demi mempertahankan negara.

"Keluarga saya gembira dan bangga dengan saya. Bagi saya perjalanan ini adalah suatu dedikasi buat ayah saya, untuk meneruskan legasinya."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!