MELATIH ASKAR, MENYENTUH KEHIDUPAN

01oct21_photo1cropped https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/01oct21_photo1croppedc7373b00-46ad-44d8-8768-56dc60ed0b9b.jpg?sfvrsn=b8640672_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MELATIH-ASKAR-MENYENTUH-KEHIDUPAN
MELATIH ASKAR, MENYENTUH KEHIDUPAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MELATIH-ASKAR-MENYENTUH-KEHIDUPAN
01 Oct 2021 | PEOPLE

MELATIH ASKAR, MENYENTUH KEHIDUPAN

MEJ Muhammad Redza Bin Mohd Asri melayan askarnya seperti adik-beradiknya, tidak teragak-agak untuk mendapatkan maklum balas yang jujur dan gemar membawa perubahan kepada kehidupan anak-anak didiknya.

// KISAH TEO JING TING

// FOTO KENNETH LIN

MEJ Redza sentiasa meminta maklum balas yang jujur untuk menambahbaik kaedah latihannya.
English 华文
English 华文

Ada suatu masa, dia dengan bersungguh-sungguh membantu askarnya yang diusir keluar dari rumah ibu bapa kerana teman wanitanya telah hamil. Mejar (MAJ) Redza, seorang pegawai junior pada masa itu bukan sahaja membantu Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) untuk mendapatkan pelbagai bantuan kewangan, malah dia sering mengunjungi pasangan itu, membawa mereka keluar untuk makan dan memberi nasihat di samping memastikan mereka ada segala bantuan yang diperlukan.

Ia berlaku pada 2009, semasa dia bertugas sebagai Panglima Platun (PC) di Batalion ke-3, Rejimen Infantri Singapura (3 SIR).

Sejak berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 2006, MEJ Redza telah menyandang beberapa jawatan kepimpinan termasuk jurulatih platun di Sekolah Pegawai Kadet dan Pegawai Pemerintah dan seorang Pegawai Pemerintah (OC) di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) dan 1 SIR.

Pada 2019, dia dilantik sebagai Jurulatih Syarikat Bravo di Pusat Latihan Unit Aktif Institut Latihan Infantri (ITI). Dia melatih Regular, NSF dan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) bagi penilaian Pusat Latihan Penilaian Tentera Darat (ATEC) mereka.

Sebagai jurulatih, tanpa segan silu dia mengaku dirinya "loh soh" (slanga untuk orang yang bercakap meleret-leret), dan tidak ragu-ragu meminta askarnya memberi maklum balas yang jujur kepadanya.

Ayah kepada tiga orang anak berusia 36 tahun itu juga percaya memberi ruang kepada anggota tenteranya untuk mengetuai misi tertentu dan hanya akan mencelah untuk membetulkan dan menasihati mereka apabila perlu – kaedah ini terus diamalkan oleh rakan jurulatih Kapten (KPT) Edmund Lim. Melalui kaedah ini, akhirnya syarikat KPT Lim menerima markah tertinggi untuk misi syarikatnya pada bulan Februari.

Kami bersembang dengan MEJ Redza dan KPT Lim, OC daripada Syarikat B dari 1 SIR.

MEJ Redza (kanan) membimbing Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) daripada Batalion ke-79, Rejimen Infantri Singapura (798 SIR) semasa mereka menjalani ulang kaji mengikat simpul tindih kasih (bowline) daripada senjata mereka kepada LBV mereka, sebagai sebahagian daripada latihan Operasi Coastal Hook.

Hai MEJ Redza, apakah gaya latihan anda?

MEJ Redza: Saya bukan jenis jurulatih yang akan memaksa kaedah saya terhadap diri anda. Saya berada di sini untuk menasihati, melatih, mendidik OC syarikat untuk mencapai keputusan baik bagi ATEC mereka kerana itu adalah syarikat OC, bukan milik saya.

Sebagai jurulatih utama, saya akan memberi ruang secukupnya kepada anak-anak didik saya untuk belajar tanpa menjejaskan standard. Saya juga akan memberi nasihat tentang cara terbaik dan singkat untuk menjalankan sesuatu misi atau operasi tetapi sekiranya jurulatih saya lebih selesa melatih mengikut kaedah mereka sendiri, saya merelakannya juga.

Saya akan membimbing jurulatih dan anak-anak didik saya untuk mencapai matlamat mereka tetapi tidaklah sehingga ke tahap saya mengganggu mereka.

Kami diberitahu anda selalu meminta maklum balas negatif dan jujur daripada anak-anak didik anda. Mengapa begitu?

MEJ Redza: Supaya saya boleh terus meningkatkan prestasi saya. (ketawa) Sekiranya mereka asyik memberi saya maklum balas positif, saya akan menganggapnya sebagai suatu tugasan yang baik. Sekarang saya sedang melatih syarikat NSmen, saya cuba mendapatkan maklum balas setiap dua hingga tiga hari kerana Latihan Dalam Kem (ICT) mereka adalah selama dua minggu sahaja. Selepas mendapat maklum balas atau perbincangan, lazimnya saya akan bertanya panglima saya sekiranya ada maklum balas negatif untuk saya, atau sebarang cadangan untuk mengendalikan ICT mereka dengan lebih baik. Sekiranya mereka kurang selesa untuk memberitahu saya secara terbuka, mereka boleh menghantar mesej kepada saya.

Ini adalah kerana mereka ini NSmen dan saya ingin memastikan ICT mereka dijalankan dengan lancar. Saya juga akan bercakap dengan pasukan darat kerana mereka yang akan mengendalikan sebahagian besar misi.

MEJ Redza (latar depan, kanan) meneliti NSmen 798 SIR semasa mereka mensimulasikan pendaratan di tebing pantai dan menggeledah kawasan pantai.

Daripada siapakah anda mendapat inspirasi untuk menguruskan askar-askar anda?

MEJ Redza: Leftenan Kolonel Jasni, beliau adalah Pegawai Pemerintah saya dari Sekolah 4 BMTC. Dia menyuruh saya melayan rekrut atau anak didik saya seperti adik-beradik saya sendiri. Saya masih ingat kata-katanya: "Usah layan mereka seperti orang yang sedang berlalu dalam hidup anda dan dilepaskan setelah menjalani Latihan Asas Tentera selama tiga bulan. Pastikan anda melatih mereka dengan bersungguh-sungguh sehingga mereka menjadi anak yang taat kepada ibu bapa mereka dan boleh menyara keluarga mereka sendiri dengan baik setelah mendirikan rumahtangga."

Inilah sebabnya saya perlu menjelaskan kepada anak-anak didik saya, terutamanya apabila saya menghukum mereka. Mereka mungkin berfikir saya ni kuat meleter tetapi mereka juga menghargai penjelasan saya apabila mereka mendapat tahu alasan di sebalik hukuman itu. Saya juga turut melakukan hukuman (mis. penurunan 20) dengan mereka untuk membuktikan bahawa saya berada bersama sepanjang perjalanan mereka.

KPT Lim, adakah itu sebabnya anda menganggap MEJ Redza seperti abang anda?

KPT Lim: Walaupun dia jurulatih syarikat saya tetapi dia bagaikan abang yang selalu ada bila masa saya memerlukannya. Biasanya, saya akan meminta pendapatnya dan membincangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum membuat keputusan kerana dia jurulatih yang sangat berpengalaman dan mudah didekati.

Semasa misi syarikat pada bulan Februari, askar-askar saya berasa begitu muram kerana hujan turun dengan lebat sekali. Masa itu jam 3 pagi dan mereka sudahpun berjalan sepanjang malam. MEJ Redza juga berada bersama-sama kami dan menggalakkan kami untuk meneruskan perjalanan. Kata-katanya menyentuh hati saya dan mendorong saya untuk menjayakan misi dan tidak mengecewakannya.

KPT Lim (kiri) menganggap MEJ Redza sebagai abang yang cukup prihatin yang sering memberi nasihat dan petua bernas untuk membantunya memimpin anggota tenteranya dengan lebih baik.

Kami juga mendengar MEJ Redza memberi anda beberapa petua agar tidak keterlaluan dalam menguruskan pasukan anda…

KPT Lim: Antara semua petunjuk yang diberi kepada saya, inilah yang paling berharga! Dulu saya ada obsesi untuk memastikan setiap aspek operasi berjalan lancar dan mengikut perancangan saya. Oleh itu, saya asyik menguruskan PC saya dengan terlalu teliti untuk memastikan mereka mengikuti langkah-langkah dengan betul. MEJ Redza menyedarkan saya tentang perkara ini dan menyuruh agar memberi lebih kepercayaan dan kuasa kepada PC saya.

Pemerhatiannya memang tepat. Saya berbincang dengan PC saya dan syarikat saya berasa lebih selesa sekiranya saya tidak mengamalkan pengurusan mikro terhadap mereka. Mereka sebenarnya boleh menjalankan operasi dengan lebih lancar kerana PC juga dapat menikmati kejayaan untuk memimpin askar mereka daripada hanya menurut cara saya.

MEJ Redza: Ya, saya memberitahunya syarikat itu perlu berfungsi walaupun dia tidak ada. Sebagai OC, anda perlu memastikan bahawa semuanya berjalan dengan baik tetapi anda juga perlu menaruh kepercayaan terhadap askar-askar anda.

MEJ Redza, anda pernah membantu seorang NSF yang diusir keluar dari rumah. Bolehkah anda berkongsi serba sedikit tentangnya dengan kami?

MEJ Redza: Pada suatu malam, saya bekerja lewat dan terdengar tangisannya yang mendorong saya untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Ternyata kedua-dua ibu bapa dan teman wanitanya tidak mahu mengakui mereka sebagai anak kerana teman wanitanya telah hamil. Pada masa itu, mereka berdua berusia 18 tahun.

Semasa saya melawatnya di alamat yang diberi, saya sedar bahawa dia sudah diusir dari rumah dan mereka berdua tinggal di pangsapuri sewa yang kosong, tanpa perabot atau katil. Mereka juga tidak ada cukup wang untuk membayar sewa pangsapuri tersebut, oleh itu saya berusaha untuk mendapatkan pelbagai bantuan kewangan untuk mereka. Saya juga akan membeli keperluan asas untuk mereka, belanja mereka makan dan menjadi teman mereka kerana saya tidak mahu masalah luarnya mengganggu prestasinya dalam kem.

Baru-baru ini, saya terserempak dengannya dan mendapat tahu dia bekerja dalam bidang hotel dan sedang berkembang maju. Dia juga berkahwin dengan teman wanitanya dan mereka kini ada tiga orang anak! Saya berasa sangat gembira dengan keadaan mereka sekarang.

MEJ Redza (kanan) berinteraksi dengan NSmen dari 798 SIR.

Akhir kata, apakah kepuasan anda sebagai jurulatih?

MEJ Redza: Bagi saya apabila jurulatih saya dan syarikat mereka memperoleh keputusan yang baik, anda tahu segala usaha anda telah membuahkan hasil. Saya selalu menganggap misi mereka sebagai misi saya, justeru apabila penampilan mereka bagus, penampilan saya juga turut meningkat. (ketawa)

Kemudian ada juga sesetengah orang yang masih ingat saya sebagai jurulatih mereka, terutama bila mereka menyapa saya di khalayak ramai. Walaupun saya tidak boleh mengingati semua anak didik saya tetapi bila mereka menyapa saya, mungkin kerana saya telah menyentuh kehidupan mereka dengan satu cara atau lain, saya berasa cukup puas hati.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?