ME6 SATHANANTHAR: ANGKATAN TENTERA UDARA MENCERGASKAN DIRI SAYA

28nov23_news1-photo1-thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/28nov23_news1-photo1-thumbnail.jpg?sfvrsn=f98cfcf6_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ME6-SATHANANTHAR-ANGKATAN-TENTERA-UDARA-MENCERGASKAN-DIRI-SAYA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ME6-SATHANANTHAR-ANGKATAN-TENTERA-UDARA-MENCERGASKAN-DIRI-SAYA
ME6 SATHANANTHAR: ANGKATAN TENTERA UDARA MENCERGASKAN DIRI SAYA
28 Nov 2023 | PEOPLE

ME6 SATHANANTHAR: ANGKATAN TENTERA UDARA MENCERGASKAN DIRI SAYA

//KISAH TEO JING TING / FOTO KENNETH LIN & IHSAN ME6 SATHANANTHAR

Tidak menghairankan mengetahui ME6 Sathananthar Suresh gemar berkhidmat dalam RSAF. Ketahui kenapa dia berada dalam angkatan tentera udara selama 28 tahun dan apa yang mendorongnya?

ME6 Sathananthar tidak menyesal menyertai RSAF.

Sejak kecil, Pakar Tentera (ME) 6 Sathananthar Suresh sudah tahu dia ingin menyertai Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Ini mempunyai kaitan dengan bapa saudaranya, Kolonel (KOL) (Bersara) Frank Singam – yang merupakan antara juruterbang pejuang pertama Singapura dan ahli pengasas Kesatria Hitam RSAF.

Bapa saudara ME6 Sathananthar ialah KOL (Bersara) Frank Singam (dua dari kiri), salah seorang juruterbang pejuang pertama Singapura. Bersama-samanya ialah Leftenan Harry Lim (kiri sekali), Leftenan Jimmy Lim (dua dari kanan) dan kemudian Kapten Anthony De Souza (kanan sekali). [Foto: RSAF]

Terdorong untuk menyertai Tentera Udara

"Bapa saudara saya akan membawa saya ke banyak pertunjukan udara dan pameran, dan di situlah saya dapat mengetahui tentang pesawat dengan lebih lanjut. Saya betul-betul seronok melihat pesawat itu dan mendengar bunyi deruan enjin," kata ME6 Sathananthar.

"Dia juga menasihati saya dari segi sifat kerja, terutamanya apabila saya lebih tua – jadi itu benar-benar menarik minat saya."

ME6 Sathananthar (kiri) dan KOL (Bersara) Singam.

Pada Jun 1995, ME6 Sathananthar menyertai sebagai juruteknik kanan, mengendalikan sistem kawalan kebakaran A-4SU Skyhawks RSAF.

Selepas dua tahun, dia memulakan kursus penukaran pegawai dan menjadi pegawai penyelenggaraan udara pada Oktober 1998.

Selepas tamat pengajian ijazahnya dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti New South Wales, dia ditugaskan sebagai pegawai kejuruteraan udara pada 2006.

Empat tahun kemudian, dia bertukar kepada Skim Pakar Domain Tentera untuk menjadi Jurutera Tentera Udara.

Pegawai berusia 48 tahun itu kini menyandang jawatanTimbalan Pegawai Pemerintah Skuadron 110.

ME6 Sathananthar (kanan sekali) bersama-sama pasukannya di majlis makan malam NS50 (menandakan 50 tahun Perkhidmatan Negara) di The Float @ Marina Bay pada 2017.

Pengerahan yang unik

Setelah bertugas di Angkatan Tentera Udara Singapura selama 28 tahun, ME6 Sathananthar berpeluang menyandang beberapa pelantikan – kenangan manis yang bermakna bagi dirinya.

Pengerahannya yang dikenang sehingga kini ialah menyertai Pasukan Petugas Bersama (Assurance), atau JTF (A), semasa kemuncak pandemik COVID-19 pada Jun 2020.

Apabila dia menerima panggilan itu, dia terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Dia memegang peranan sebagai peneraju Pasukan Jaminan dan Sokongan Hadapan (FAST) untuk mengendalikan operasi dan menguruskan kebajikan pekerja asing di bilik asrama.

"Melihat bagaimana orang ramai bersatu-padu menyelesaikan pelbagai masalah dan menguruskan keadaan (di bilik asrama) memang menyentuh hati saya – walaupun bukan mudah tetapi, dengan bekerja bersama-sama, kami berjaya menangani tempoh itu," kata bapa kepada dua anak itu dengan seorang lagi anak dalam kandungan.

ME6 Sathananthar (baris hadapan, kanan sekali) bersama pasukan JTS (A)nya. Bersama-sama mereka adalah seorang pengurus asrama (baris hadapan, tengah) dan foremannya (baris hadapan, kiri sekali).

Semasa tempoh pengerahan selama tiga bulan ini, ME6 Sathananthar berinteraksi dengan  banyak agensi dan orang ramai dari setiap lapisan masyarakat – daripada pekerja penjagaan kesihatan dan polis, kepada pekerja migran  dan majikan mereka.

Dia menganggap pengalaman itu, sama ada menggalakkan pekerja migran dan mendengar kisah mereka atau menganjurkan aktiviti sukan untuk mereka, telah membantunya menjadi pemimpin dan pendengar yang lebih prihatin.

ME6 Sathananthar dan pasukannya menganjurkan aktiviti sukan untuk pekerja migran untuk mengalihkan fikiran mereka daripada pandemik.

"Saya mahu mencabar diri dan ini adalah pengerahan yang berlainan daripada yang lain," ujar ME6 Sathananthar.

Saya tahu saya ini seorang introvert jadi saya terpaksa mendorong diri untuk berkomunikasi dengan orang ramai  – walaupun sukar pada  mulanya tetapi lama-kelamaan ia menjadi lebih mudah."

Satu untuk kenangan: Swafoto untuk menandakan tugas ME6 Sathananthar semasa operasi di bilik asramanya.

Dedikasinya dihargai

ME6 Sathananthar adalah di kalangan 652 penerima yang dianugerahkan Pingat Khidmat Lama di Istiadat Pengurniaan  Hari Kebangsaan, yang berlangsung di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 28 Nov.

ME6 Sathananthar (kiri) menerima Pingat Khidmat Lama daripada Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How.

Anugerah ini dihadiahkan kepada warga kerja Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Singapura sebagai mengiktiraf prestasi cemerlang dan dedikasi mereka terhadap tugas dan perkhidmatan kepada negara.

Tahun ini, seramai 942 anggota tentera dan bukan tentera telah dianugerahkan dalam majlis tersebut. Daripada jumlah itu, 142 anggota tentera menerima Pingat Kepujian, 162 dianugerahkan Pingat Kecekapan dan 652 menerima Pingat Perkhidmatan Lama.

Tambahan pula, 14 warga kerja dianugerahkan Pingat Kepujian/Kecekapan dan Pingat Perkhidmatan Lama.

ME6 Sathananthar bersama dengan isterinya, Jamielyn, di majlis tamat pengajiannya dari Kursus Markas dan Staf dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee pada 2018.

Sentiasa meningkatkan prestasi mengikut peredaran zaman

Apabila ditanya kenapa dia berada di Angkatan Tentera Udara untuk tempoh yang lama, ME6 Sathananthar mengatakan dia gemar melihat bagaimana RSAF sentiasa membaiki dan menaik tarafkan diri untuk mengikuti perkembangan masa.

"Kami sentiasa memacu ke hadapan dari segi sistem dan platform kami.

"Selain itu, organisasi memberi peluang kepada anda untuk mencuba perkara baharu dan berbeza. Sama ada peranan pentadbiran atau teknikal, RSAF mempunyai kerjaya yang berbeza untuk memenuhi keperluan individu."

ME6 Sathananthar (kiri sekali) sedar bahawa dia mempertahankan negara dan keluarganya setiap hari – dan inilah yang mendorongnya untuk terus maju.

Sebagaimana RSAF mengikuti perkembangan zaman, ME6 Sathananthar kini sedang menuntut pengajian Sarjana dalam kecerdasan buatan di Universiti Teknologi Nanyang.

"Walaupun saya berusia 48 tahun, ia tidak bermakna saya tidak boleh belajar. Saya berharap, dengan kemahiran baharu ini, saya boleh mencari jalan untuk menambah baik perkara dalam organisasi."

Dengan itu, sudah pasti persaraan menjadi fikiran terakhirnya.

"Saya suka bagaimana Angkatan Tentera Udara sentiasa memberi cabaran dan ini membuat saya berasa cergas.

"Setiap hari, saya tahu apa yang saya lakukan adalah penting. Saya mempertahankan negara ini, saya mempertahankan keluarga saya – inilah yang mendorong saya."

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!