MASIH SAMA, TETAPI LEBIH MANTAP

26nov20_news1-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26nov20_news1-photo1.jpg?sfvrsn=a58cd126_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MASIH-SAMA-TETAPI-LEBIH-MANTAP
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MASIH-SAMA-TETAPI-LEBIH-MANTAP
MASIH SAMA, TETAPI LEBIH MANTAP
26 Nov 2020 | PEOPLE

MASIH SAMA, TETAPI LEBIH MANTAP

// BERITA OLEH BENITA TEO

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE & IHSAN SCT LEE

Penerima Golden Bayonet Kadet Spesialis (SCT) Michael Lee mungkin lebih selesa bermain muzik daripada menjerit perintah, meskipun begitu apabila keadaan memerlukannya, dia akan menyusup keluar daripada cengkerangnya untuk bersedia memikul tanggungjawabnya.

Perjalanan kadet spesialis SCT Lee (kiri) telah mengajarnya untuk memanfaatkan kekuatan orang lain bagi mengatasi kelemahannya dan menjadi pemimpin yang lebih baik. Dan dia berterima kasih kepada rakannya SCT Ng (kanan) atas kesedaran ini.

"Saya menyaksikan bagaimana NS (Khidmat Negara) memberi inspirasi kepada mereka yang berlainan personaliti, untuk membangunkan diri, tanpa mengubah siapa diri mereka yang sebenar," kata SCT Lee, Spesialis Sistem Marin Tentera Laut Republik Singapura.

Pernyataan yang dibuat oleh pengajarnya itu semasa menjalani Latihan Ketenteraan Asas (BMT), masih terpahat dalam fikirannya sepanjang latihannya sebagai kadet spesialis. "Katanya di NS, anda tidak perlu mengubah siapa diri anda. Sebaliknya, NS membolehkan setiap orang untuk memperbaik diri dan untuk terus belajar."

SCT Lee juga bersetuju dengan kata-katanya, dan memahami betapa sukarnya untuk mengubah personaliti seseorang.

Pemuda berusia 19 tahun yang bersuara lembut itu mengaku dirinya pemalu dan tidak suka meninggikan suaranya. Dia lebih selesa bermain biola di ensambel alat tali kolej rendah daripada berdiri di hadapan barisan lelaki dan menjerit perintah.

SCT Lee (barisan depan, dua dari kanan) bermain dengan ensemble alat tali Raffles Institution.

"Tetapi di NS, terdapat lebih banyak situasi yang memerlukan ini, seperti memberi perintah dalam perbarisan atau menyampaikan mesej ketika anda berada di luar kawasan. Saya tidak akan mengatakan bahawa saya sangat selesa dengannya sekarang, tetapi NS telah mengajar saya bagaimana untuk menangani kelemahan saya. Ia membolehkan saya mencari suara saya di samping melepaskan inhibisi saya supaya kita dapat berfungsi sebagai satu kumpulan.

Menjadi seorang askar telah mengajar SCT Lee yang pemalu dan bersuara lembut untuk melepaskan inhibisinya dan mengambil tanggungjawab tugas sebagai pemimpin. Golden Bayonet yang dipegangnya adalah bukti kemajuan dirinya.

Dia juga memberi penghargaan kepada rakan-rakan kadet spesialis di Institut Pakar Tentera Laut (NMI) yang mengajarnya mengenai kepentingan kerja berpasukan dan bekerja dengan semua golongan masyarakat.

Dia masih teringat mengenai latihan memadam kebakaran dan kawalan kerosakan, di mana mereka harus bekerja sepasukan untuk memperbaik sebuah kapal rosak yang dinaiki air dengan cepat. Tugasan itu amat meletihkan dan setiap pasukan saling membantu di samping menangani cabaran tambahan yang diberikan semasa latihan.

"Dipaksa berkolaborasi untuk menyelesaikan masalah telah merapatkan lagi hubungan kami. Ia mengajar kami untuk menyampaikan idea kami dan mengadakan perbincangan terbuka bagi memudahkan kami mencari jalan, memutuskan hala tuju dan menyelesaikan masalah kami. "

Umpamakan malam dan siang: Perwatakan dua kawan rapat, iaitu SCT Lee (kiri) dan SCT Ng adalah amat bertentangan, tetapi ia memberi mereka peluang untuk belajar sesama sendiri dan mengembangkan kemahiran baharu.

Tarikan yang Bertentangan

Xavier Ng, 19, salah seorang rakannya bersyukur kerana telah menyertai kursus kadet spesialisnya. Kedua-duanya bertemu secara kebetulan dan berpasangan sebagai teman, sebelum menyedari mereka adalah rakan sekolah di Raffles Institution.

Namun, di situlah kesamaan mereka berakhir. Tidak seperti Xavier, SCT Ng adalah pemimpin semula jadi yang selalu bersedia untuk membantu dan mengatur orang mengikut peranan tertentu apabila keadaan memerlukannya.

"Xavier tidak takut untuk bersuara sekiranya dia mendapati sesuatu yang salah. Walaupun dia kelihatan seperti seorang yang keras hati, namun dia mudah bergaul mesra dengan orang lain bagi menyelesaikan sebarang perselisihan faham. Dia adalah salah seorang yang memberi saya inspirasi untuk bersikap lebih tegas dan lebih yakin pada diri sendiri, "katanya sambil merenung jauh.

"Berkhidmat dalam Tentera Laut adalah mengenai kepemimpinan diri dan bertanggungjawab atas tugasan anda di kapal. Anggota kumpulan perlu saling bergantung antara satu sama lain untuk terus hidup."

Ibu bapa SCT Lee sedang mengenakan sevron pada pakaian seragamnya. Sejak mendaftar, dia telah menjadi lebih yakin dan tidak bersikap pemalu seperti dulu, malahan dia juga telah menjadi lebih berdikari.

Sentiasa cerdas dan sedia untuk beroperasi,

SCT Lee menerima sevronnya pada 25 Nov, di Pangkalan Tentera Laut Changi – salah satu lokasi perbarisan dalam berskala kecil setempat yang berlangsung dari 25 Nov sehingga 3 Disember. Dia adalah di antara 758 askar yang akan menjadi Spesialis dalam Angkatan Bersenjata Singapura ( SAF) pada 3 Dis.

Golden Bayonet yang diterimanya adalah bukti kemajuan dirinya sepanjang perjalanan untuk menjadi Spesialis dan pemimpin sepenuhnya.

Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah bagi SCT Lee dan rakan-rakan sebayanya. Dia mendaftar pada Februari tahun ini, sebelum situasi COVID-19 di Singapura berubah menjadi lebih teruk. Sebenarnya, dia adalah salah seorang anggota Tentera Negara Sepenuh Masa yang BMTnya terganggu kerana tindakan pemutus litar.

Di NMI, latihan atas kapal tergendala disebabkan oleh langkah-langkah penjarakan yang selamat. SCT Lee dan kohortnya terpaksa memanfaatkan waktu latihan mereka secara berkesan dalam kumpulan yang lebih kecil dan pada pemasaan berperingkat. Mereka juga terpaksa membiasakan diri bekerja dengan memakai topeng di bilik enjin yang panas lagi sesak.

Kadet spesialis sedang menyaksikan ucapan Cik Sim di perbarisan.

Pegawai Penyemak Sim Ann, Menteri Negara Kanan bagi Kementerian Komunikasi dan Maklumat, dan Kementerian Pembangunan Negara, menyampaikan ucapan kepada para graduan dalam pesanan video pra-rakaman.

Sambil menyerlahkan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh Singapura dalam dunia pasca-COVID-19, beliau menyeru para graduan agar mengambil ikhtibar kepemimpinan yang penting daripada para pegawai kanan dan ketua sebelumnya mengenai cara untuk bertindak balas dalam keadaan pandemik.

"Salah satu pembelajaran yang penting bagi saya ialah kesediaan pemimpin untuk menghadapi sesuatu yang tidak diduga," katanya.

"Justeru, sebagai pemimpin dalam keadaan baharu ini, atribut yang paling penting adalah kebolehan menyesuaikan diri dan bertindak balas terhadap perubahan, berfikir secara inovatif, dan bersedia untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang kurang lengkap, memantau pelaksanaan dan menyesuaikan rancangan sekiranya perlu. "

Menjalani latihan dan berkhidmat di NS semasa pandemik telah memberi SCT Lee satu keazaman yang baharu.

"Pertahanan negara akan tetap diutamakan kerana pandemik ini tidak akan mengurangkan ancaman keselamatan. Adalah penting untuk sentiasa berwaspada dan mengekalkan kesediaan operasi yang berterusan demi memastikan agar SAF berjalan lancar pada masa akan datang. "

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?