MARSYAL LAUT MELINDUNGI SELAT SINGAPURA

19apr18_news-01 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/19apr18_news-01.jpg?sfvrsn=7e4993a6_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MARSYAL-LAUT-MELINDUNGI-SELAT-SINGAPURA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MARSYAL-LAUT-MELINDUNGI-SELAT-SINGAPURA
MARSYAL LAUT MELINDUNGI SELAT SINGAPURA
19 Apr 2018 | OPS & TRAINING

MARSYAL LAUT MELINDUNGI SELAT SINGAPURA

// LAPORAN OLEH BENITA TEO

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG

Di Selat Singapura, satu Pasukan Keselamatan Laut Pengiring (ASSeT) dari Angkatan Laut Republik Singapura (RSN)menaiki sebuah kapal dagang untuk menjalankan satu pemeriksaan mengejut.

Kapten kapal diarah untuk berlabuh di sebuah pelabuhan yang dicadangkan tetapi tidak mengikut arahan sopan tetapi tegas pasukan itu. Dia enggan bekerjasama dan terlibat dalam satu pertengkaran dengan anggota-anggota ASSeT.

Pada masa yang sama, pasukan itu giat memberi maklumat terkini kepada ibu pejabat yang bimbang dengan masa operasi yang lebih lama daripada biasa.

Mujurlah kapten itu akhirnya mematuhi arahan pasukan itu untuk berlabuh dan membenarkan mereka untuk menjalankan tugas-tugas mereka.

Ini adalah satu kejadian yang Leftenan (LTA) Mervyn Low saksikan ketika operasi menaiki dan mencari kapal semasa beliau menjadi Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF).

"Apabila situasi-situasi sedemikian timbul, kami perlu berwaspada kerana kami tidak tahu bila kapten akan berkelakuan agresif. Ia adalah satu kemungkinan yang boleh terjadi," kata Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSman) yang berumur 29 tahun itu. Beliau bekerja sebagai juruaudit. 

Berfikir dan bertindak dengan cepat perlulah seimbang bagi kursus anggota ASSeT dalam Skuadron (SQN) 180 yang mengandungi satu unit aktif dengan lebih kurang 50 orang anggota Regular dan NSF, serta NSmen yang menyertai operasi semasa Latihan Dalam Markas (ICT) mereka.

Dikenali juga sebagai Marsyal Laut, anggota-anggota ini bekerja 24/7 untuk membantu memastikan laluan selamat bagi kapal-kapal dagang melakukan perjalanan melalui Selat Singapura yang merupakan salah satu laluan pelayaran paling sibuk di dunia.

Sebagai sebahagian daripada Petugas Keselamatan Maritim RSN, mereka melaksanakan pemeriksaan terhadap kapal-kapal dagang komersil yang dinilai sebagai mengancam keselamatan. Penilaian adalah berdasarkan kepada faktor data kru dan pelabuhan singgah sebelumnya. Laluan-laluan perjalanan kapal-kapal itu juga dinilai berdasarkan pada lencongan dan pergerakan luar biasa kapal.

Anggota ASSeT dan kakitangan Polis Pengawal Pantai bekerjasama di dalam empat atau lapan pasukan mencari kapal komersial yang terlibat dengan aktiviti mencurigakan dan membawa penumpang-penumpang gelap serta barang-barang dan senjata yang diseludup.

Operasi boleh memakan masa antara tiga dan enam jam bergantung pada saiz kapal dan kerumitan operasi. Pada tahun lepas, anggota ASSeT menjalankan 585 operasi menaiki dan mencari kapal.

"SQN 180 mengendalikan operasi menaiki kapal-kapal di barisan hadapan terhadap kapal-kapal sensitif untuk mencegah dan menghalang keganasan maritim apabila mereka mulai memasuki pelabuhan Singapura. Ini ialah kapal dengan kargo yang boleh menyebabkan kerosakan terhadap infrastruktur atau pangkalan," kata Leftenan Kolonel (LTC) Nick Neo iaitu Pegawai pemerintah SQN 180.

Anggota ASSeT yang baru perlu menjalani latihan empat minggu sebagai persediaan untuk mengambil peranan itu. Sebagai tambahan kepada kemahiran seperti menembak dan pengendalian senjata, berenang dan memanjat, mereka juga perlu mempunyai pengetahuan tentang perkara seperti sistem tempat berlabuh dan Peraturan Pertempuran (ROE).

Mereka belajar untuk bertindak segera terhadap perubahan apabila beroperasi dalam keadaan tidak menentu sedemikian. "Kami perlu mempunyai kesedaran keadaan kerana terdapat banyak perkara yang tidak dapat diduga dan kami perlu menilai situasi itu berdasarkan pengalaman kami," jelas anggota NSF iaitu Koperal Kelas Pertama (CFC) Li Weng Kin yang berumur 22 tahun.

Kemahiran mereka ditunjukkan kepada sekumpulan anggota Majlis Penasihat Mengenai Hubungan Masyarakat dalam Pertahanan (ACCORD) yang dihoskan oleh Menteri kedua Pertahanan Ong Ye Kung dalam satu lawatan terhadap SQN 180 di Kapal Latihan Menaiki dan Mencari di Pulau Brani pada 19 April lalu.

Semasa lawatan itu, ahli-ahli ACCORD telah menyaksikan satu demonstrasi ASSeT menaiki sebuah kapal komersial dengan menggunakan tangga Jacob yang dipasang di kapal itu.

Kadang-kadang mereka perlu memanjat hingga ke ketinggian 15m sambil membawa peralatan perlindungan dan senjata dengan berat sehingga 20kg.

Ahli-ahli ACCORD juga menyaksikan cara anggota ASSeT mengaplikasikan ROE dalam situasi bahaya dengan pelbagai tahap yang berbeza-beza. Beroperasi di dalam keadaan merbahaya, anggota ASSeT mestilah cepat-cepat menentukan jenis tindakan untuk digunakan ke atas anak-anak kapal yang tidak patuh dan agresif. Tindakan paling muktamad iaitu peringkat tertinggi hanya digunakan apabila nyawa pasukan itu berada dalam bahaya. 

Encik Ong dan ahli-ahli ACCORD cuba menggunakan senapang submesingan MP5 iaitu senjata utama ASSeT. Mereka juga memanjat tangga Jacob di pesisir pantai sambil memakai Anak Baju Perisai Balistik Pengapungan.

Kesukaran memanjat tangga dengan memakai peralatan menyebabkan Cik Joanna Portilla memberi satu penghargaan kepada ASSeT atas kerja mereka. Ahli Majlis Keluarga dan Masyarakat ACCORD dan Penaung Majlis Rangkaian Integrasi Wanita (WIN), Asosiasi Orang-Orang itu berkata: "Memanjatnya adalah sukar kerana berat lebihan (daripada gear) dan selepas kamu selesai memanjat, kamu (anggota ASSeT) perlu bertindak dengan cepat. Jadi kecergasan fizikal amat penting."

"Saya sangat gembira yang kita mempunyai wawasan dan latihan yang betul untuk melatih askar kita supaya bersiap-sedia dengan pelbagai jenis cabaran di masa hadapan", tambah wanita yang berumur 46 tahun itu. "Mereka amat memerlukan latihan yang betul untuk menghadapi (cabaran sedemikian) kerana tiada masa untuk rasa takut. Saya sangat kagum dengan apa yang telah mereka tempuhi --ketabahan dan keberanian mereka."

Encik Kelvin Ang iaitu seorang ahli Majlis Keluarga dan Masyarakat ACCORD, bersetuju.

"Terdapat begitu banyak ancaman di luar sana sama ada ancaman sebuah kapal berniat jahat atau sebutir bom di dalam sebuah kapal. Mereka boleh memasuki ke dalam perairan kita pada bila-bila masa. Kewaspadaan adalah kuncinya.”

"Selepas hari ini, saya menghargai semua usaha yang telah dilakukan - latihan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kakitangan untuk menjaga Singapura supaya selamat," kata lelaki yang berumur 41 tahun itu yang merupakan pengasas Blog Cheekiemonkies dan Perancang Kewangan AIA Singapura.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?