MAKAN DI SEKITAR KEM: PANGKALAN UDARA PAYA LEBAR

19may23_news1-herobanner https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/19may23_news1-herobanner.jpg?sfvrsn=2174035e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MAKAN-DI-SEKITAR-KEM-PANGKALAN-UDARA-PAYA-LEBAR
MAKAN DI SEKITAR KEM: PANGKALAN UDARA PAYA LEBAR https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MAKAN-DI-SEKITAR-KEM-PANGKALAN-UDARA-PAYA-LEBAR
19 May 2023 | COMMUNITY

MAKAN DI SEKITAR KEM: PANGKALAN UDARA PAYA LEBAR

Mencari tempat makan yang enak di sekitar kawasan Pangkalan Udara Paya Lebar? Berikut adalah tiga opsyen masakan rumah dengan harga berpatutan dalam siri pertama PIONEER Makan Di Sekitar Kem!

KISAH TEO JING TING // FOTO AMOS CHEW

Walaupun berada di bahagian yang lebih terpencil di Singapura, PLAB tidak kekurangan opsyen makanan yang bagus.
English 华文
English 华文

Ia amat terkenal sebagai rumah kepada pesawat pejuang F-15SG milik Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), Pangkalan Udara Paya Lebar (PLAB) mungkin terletak di kawasan Singapura yang lebih ulu (terpencil) tetapi ia tidak kurang dengan opsyen makanan yang enak.

Untuk makanan yang murah dan lazat, sila lihat Pasar Eunos Crescent & Pusat Makanan. Ia mengambil masa perjalanan 25 minit dengan bas dari PLAB (naik bas 94 dan berhenti di Eunos Interchange!).. Ia hanya mengambil masa 10 minit dengan kereta.

Semasa lawatan tengah hari kami, kami melihat warga angkatan tentera udara membeli makanan bawa pulang dari gerai – membuktikan ia adalah tempat makan yang terkenal untuk warga di pangkalan!

Daripada char kway teow dan lor mi kepada nasi ayam dan sup ikan, makanan di pasar ini disaji dengan harga yang berpatutan. Terdapat hidangan yang lazat dengan hanya lebih kurang $4.

Nuget ikan goreng emas adalah bahan paling enak dalam lor mi.

Lor mi yang enak bagikan sutera

Kami tiba pada pukul 10.45 a.m. dan sudah ada ramai orang beratur di Fu Chun Laksa & Lor Mi. Usah takut – barisan bergerak sangat pantas.

Seperti namanya, gerai ini hanya menjual dua hidangan – laksa dan lor mi. Kedua-duanya dengan harga $4.

Kami makan lor mi dan tambah ikan goreng sebanyak satu dolar. Percayalah, anda tidak akan menyesal dengan tambahan itu – ketulan besar dan keemasan itu adalah bahan paling lazat dalam hidangan itu.

Lor mi itu disaluti kuah berkanji hitam yang sungguh menyelerakan.

Usah takut dengan ramai orang uang menunggu– barisan itu bergerak dengan pantas.

Ujian rasa

Setiap mi kuning itu disaluti kuah pekat yang berperisa herba. Ketulan daging babi yang direndidih dalam mangkuk adalah besar, dan saya berasa sangat puas hati menjama ketulan daging yang empuk dan lazat itu.

Hidangan itu disaji dengan separuh telur rebus dan dua bebola daging goreng – bagi saya bebolanya agak keras.

Bahan hidangan yang paling lazat ialah ikan goreng. Setiap hidangan diberi empat ketulan besar dan walaupun direndam dalam kuah, baternya masih rangup.

Tahukah anda sesetengah ikan goreng ada lebih bater daripada daging? Tetapi tidak di sini. Nisbah daging kepada bater adalah terbaik dan apa yang paling enak adalah bagaimana salutan kuah menambah sedikit pemerhatian herba, menaikkan perasa ikan goreng. Sungguh lazat sehingga boleh dimakan begitu sahaja.

Saya kenyang dengan hanya makan setengah mangkuk. Ia lazat, menyelerakan dan bayarannya pula amat berpatutan

Gerai Fu Chun Laksa & Lor Mi 福春叻沙卤面

Pasar Eunos Crescent & Pusat Makanan #01-25

Waktu buka: 6 pagi - 12 malam (Ditutup pada Isnin & Selasa)

Epok epok buatan tangan ini adalah antara yang paling enak kami rasai.

Karipap buatan tangan

Sebaik sahaja selesai dengan hidangan utama anda, pergi ke gerai Epok Epok Central untuk menikmati epok epok buatan tangan (karipap ala Melayu).

Jika anda bernasib baik, anda dapat menyaksikan pakcik itu menari sambil membuat karipap!

Pakcik sedang menceduk sesudu kentang kari merah ke dalam kulit sambil bergerak mengikut rentak muzik latar.

Sungguh menarik melihat aksinya - dia menari mengikut rentak alunan muzik yang berdendang di belakang sambil membubuh sesudu kentang kari merah dan sesuku potongan telur rebus ke dalam pastri putih. Kemudian, dia melipat pastri menjadi dua dan menutup intinya dengan lipatan karipapnya yang terkenal.

Sebaik sahaja karipap siap, dia akan masukkan dalam minyak panas dan goreng sehingga berwarna keemas-emasan yang cantik.

Kami terpaksa tunggu hampir 30 minit untuk mendapatkan epok epok yang baru digoreng dan kami dapat melihat cara pakcik menyediakan karipapnya dengan penuh kasih sayang.

Lihatlah epok epok yang baru digoreng!

Memang berbaloi menunggunya. Kami adalah orang ketiga dalam barisan untuk merebut epok epoknya. Masih panas dan baunya sungguh menyelerakan. Saya rasa aromanya yang menjadi tarikan kepada ramai pelanggan kerana dalam masa 10 minit sahaja, semua 30 karipap laris dijual.

Nisbah kulit dengan inti adalah sempurna dan kentang karinya juga tidak terlalu pedas.

Ujian rasa

Sekali makan dan anda sudah tahu kenapa ia begitu popular.

Bahagian karipap yang paling sedap ialah kulitnya. Kulitnya agak nipis dan walaupun sedikit flaky, intinya masih diisi dengan elok. Kulitnya bermentega dan rangup, rasa enak sekali.

Rempah dalam kentang kari juga cukup-cukup saja. Saya habiskan epok epok dalam tiga suap dan rasa nak makan satu lagi.

Pakcik itu memang faham– sebab itulah dia menjual tiga karipap untuk $2 kerana sudah tentu satu saja tidak cukup. Jika anda hanya beli satu karipap, harganya ialah $0.70.

Karipap buatan sendiri ini membentuk jiwa Epok Epok Central.

Epok Epok Central

Pasar Eunos Crescent & Pusat Makanan #01-09

Waktu buka: 7 am - 7 pm (Selasa hingga Jumaat), 7 am- 4 pm (Sabtu & Ahad)

Tutup Isnin

Mengidam untuk sesuatu yang lazat dan betul-betul berperisa? Anda pasti akan manghirup mi sup tomato ini.

Mi sup tomato yang penuh dengan perisa

Jika anda idamkan sesuatu yang lebih berperisa dan dalam persekitaran berhawa dingin, pergi ke Formosa Delights di Breadtalk IHQ's Food Republic untuk menjamu sup mi tomato istimewa mereka.

Berharga $7.90, mangkuk itu penuh dengan bahan ramuan. Saya kira ada tujuh tomato merah gebu, empat ketul besar daging babi cincang dan segenggam sayur dalam sup merah jingga itu. Hidangan ini dilengkapkan dengan hirisan putih telur dan taburan ikan bilis goreng.

Dengan harga $7.90 semangkuk, penuh bahan dan berbaloi dengan bayaran anda.

Ujian rasa

Rasa masam dan savuri, sup ini mempunyai perasa tomato yang kuat dan rasa sungguh selesa dalam perut saya. Saya tergigit tomato yang enak – ia manis, licin dan mencair dalam mulut saya.

Rasa ketulan daging babi cincang yang enak walaupun agak masin sikit, membantu mengimbangkan rasa masamnya. Alangkah bagus kalau masih ada banyak lagi! Mi buatan tangan yang kenyal itu direndam dalam sup yang berperisa dan ikan bilisnya yang rangup menambahkan keenakan hidangan.

Sebagai seorang yang suka tomato, saya menghirup semua sup. Memang sedap sekali.

Selain mi sup tomato, gerai ini juga menjual pelbagai jenis mi buatan tangan termasuk mi berperisa bayam dan labu.

Formosa Delights

Breadtalk IHQ Food Republic

Waktu buka: 10 am - 10 pm setiap hari

 

Dah lapar? Kini anda sudah tahu ke mana hendak pergi jika anda berada di sekitar Pangkalan Udara Paya Lebar dan perut anda berkeroncong untuk menjama hidangan yang lazat (atau dua)!

PSA: seperti mana dengan kesemua dalam kehidupan, sila nikmati makanan secara berpatutuan. Gaya hidup sihat, okay?

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!