MAKAN DI SEKITAR KEM: PANGKALAN TENTERA LAUT CHANGI

05jun23_news1-herobanner_DT https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05jun23_news1-herobanner_dt.jpg?sfvrsn=5277a92a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MAKAN-DI-SEKITAR-KEM-PANGKALAN-TENTERA-LAUT-CHANGI
MAKAN DI SEKITAR KEM: PANGKALAN TENTERA LAUT CHANGI https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MAKAN-DI-SEKITAR-KEM-PANGKALAN-TENTERA-LAUT-CHANGI
05 Jun 2023 | COMMUNITY

MAKAN DI SEKITAR KEM: PANGKALAN TENTERA LAUT CHANGI

Memang tidak dinafikan banyak gerai makanan terbaik di timur terletak di Pusat Penjaja Changi Village. Kami zum masuk ke lokasi makanan popular ini yang terletak berdekatan beberapa pangkalan SAF, dalam siri terakhir PIONEER Makan di Sekitar Kem!

KISAH TEO JING TING // FOTO AMOS CHEW

Changi Village tidak kekurangan pilihan makanan yang enak – daripada sate mihun kepada Ipoh horfun kepada pisang goreng tradisional.
English 华文
English 华文

Ada sesuatu yang berkaitan dengan garam dan air laut yang membangkitkan selera anda.

Rumah kepada beberapa kapal terbesar di Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN), RSS Singapura - Pangkalan Tentera Laut Changi sentiasa menawarkan pelbagai makanan yang menyelerakan.

Salah satu tempat makanan yang paling popular di kawasan tersebut ialah Pusat Penjaja Changi Village, sejauh 25 minit dengan menaiki kereta dari pangkalan.

 

Tempat itu juga menjadi kegemaran di kalangan tapak Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) lain di Kawasan sekitarnya, termasuk Kem Hendon, Pangkalan Udara Changi dan Terminal Feri SAF.

Semasa kami di sana kami berada di sana hampir waktu makan tengah hari, kami melihat ramai anggota tentera sedang menjamu selera dengan penuh semangat.

Tak tahu apa nak makan di Pusat Penjaja Changi Village? Kami mengesyorkan tiga gerai yang berikut!

Horfun Ipoh adalah hidangan paling laris di gerai tersebut.

Horfun yang licin bak sutera

Ketika kami tiba pada pukul 11.45 pagi, ramai sudah beratur panjang di gerai.

Hampir semua orang memesan hidangan yang sama - horfun Ipoh yang terkenal (kuih teow) ($5 untuk mangkuk besar) dengan wantan goreng ($2).

Seperti warga Singapura yang tipikal, kami pun ikut sama.

Satu lagi hidangan istimewa ialah ayam goreng, yang boleh disajikan dengan horfun Ipoh mereka.

Ujian rasa

Semasa beratur, saya sudah dapat menghidu aroma yang mengecurkan. Dan ia tidak mengecewakan: Hidangan itu dihiasi dengan hirisan ayam, char siew, cendawan brais dan dua keping wantan – semuanya dalam kuah berkicap.

Saya mencampurkan semuanya, makan sesuap dan terus hilang diri menjama horfunnya yang lazat.

Lihatlah kuah herba yang pekat!

Hirisan ayam dan char siew lembut dan empuk, dan cendawan brais yang lazat, tetapi yang paling sedap sekali ialah horfunnya.

Licin selembut sutera, kueh teowyang dimakan bersama kuah berherba yang manis, dan hampir mencair dalam mulut saya.

Wantan gorengnya rangup dan berperisa.

Satu lagi hidangan yang perlu dicuba ialah wantan goreng yang rangup dan berperisa. Mujurlah harga bagi enam wantan hanya $2, kerana teman saya dan saya tidak boleh berhenti dengan hanya satu!

Sambil kami menghirup kuah sehingga habis, sekumpulan remaja lelaki yang duduk di sebelah kami sedang bercakap tentang kelazatan horfun Ipoh itu.

"Gerai ini memang bagus tetapi baris gilirnya selalu sangat panjang," kata seorang remaja kepada rakan-rakannya.

Anda tahu anda telah berjaya apabila Gen Z pun memuji kelazatan makanan anda.

Jangan risau tentang baris gilirnya! Memang berbaloi.

Weng Kee Ipoh Horfun 荣记正宗原味怡保河粉

Pusat Penjaja Changi Village #01-19

Waktu buka: 10.30 am-11 pm (Hari Minggu), 8 pagi-12 pagi (Hujung Minggu)

Lemak, berperisa kacang dan berkuah, sate mihun ini memang hidangan yang menyelerakan.

Mihun Berkuah

Nak cari hidangan yang lebih menyelerakan? Cubalah Ho Guan Satay Bee Hoon.

Terletak menyerong di lorong sebelah daripada gerai Weng Kee, gerai ini telah wujud sejak lebih daripada 40 tahun.

Mereka hanya ada tiga hidangan utama dalam menu – sate mihun hidangan terkenal mereka, versi makanan laut hidangan istimewa mereka (kedua-duanya berharga $5) dan sotong kangkung ($6, $8 atau $10).

Rahsia mereka terletak pada sos sate mereka.

Ujian rasa

Mihun nipisnya menyerap setiap titisan sos yang kaya dengan sos kacang pedas, menjadikannya hidangan yang menyelerakan sekali. Ia tidak berasa muak dan anda boleh nikmati bau kacang tanah yang wangi dengan setiap suapan.

Hidangan itu juga dipenuhi pelbagai bahan - daripada hirisan hati dan daging khinzir kepada sotong dan kangkong.

Dengan hanya $5, ini adalah hidangan yang memang setimpal dengan perbelanjaan anda.

Gerai ini telah wujud lebih dari 40 tahun – membuktikan resipi mereka memang terbaik!

Ho Guan Satay Bee Hoon

Pusat Penjaja Changi Village #01-61

Waktu buka: 11 am - 9 pm (Khamis - Ahad)

Tutup dari Isnin - Rabu

Tersalut dengan adunan tempura goreng adalah pisang yang lemak dan berkrim.

Gila tentang pisang

Anda perlu menjimatkan ruang perut untuk ini – di Mei Xiang Goreng Pisang, pisang goreng yang laris dijual sebaik sahaja ia digoreng.

Sementara menunggu 10 minit untuk pisang-pisang yang baru digoreng, kami memerhati pasangan tua, yang menjaga gerai, bekerja tanpa henti – pakcik mengupas pisang dan isterinya pula menggoreng pisang.

Pisang goreng yang lebih kecil berharga $1.20 setiap satu manakala yang lebih panjang pula $2 setiap satu.

Menggoreng pisang goreng sehingga berwarna keemas-emasan.

Ujian rasa

Pisang goreng yang baru digoreng, baunya sungguh enak sekali.

Saya menggigit salutan tempura dan merasai pisang kuning yang manis itu. Nisbah adunan tepung dengan pisang adalah sempurna, dan tempuranya yang rangup dengan pisang yang sedikit lembut dan berkrim, begitu enak sekali.

Anda perlu memesan sekurang-kurangnya dua pisang goreng kerana satu memang tak cukup.

Kami memesan tiga pisang goreng – saya menawarkan untuk bahagi dua goreng terakhir dengan teman saya tetapi dia menolak dan menyuruh saya menghabiskannya.

Saya (bukan diam-diam) berasa sangat gembira dan menjama pisang terakhir itu dengan perlahan-lahan. Sedap sehingga menjilat jari.

Siapkan ruang perut anda untuk menjama pisang goreng lazat daripada Mei Xiang ini!

Mei Xiang Goreng Pisang 美香炸香蕉

Pusat Penjaja Changi Village #01-61

Waktu buka: 10.30 am – 8 pm

Tutup pada hari Selasa

Daripada makanan ala rumah kepada snek gorengan, terdapat banyak pilihan juadah yang lazat di Pusat Penjaja Changi Village. Apa pilihan anda?

 

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!