MAKAN BERSIH, TEKUN BERLATIH, SKOR DENGAN CEMERLANG

17oct22_news1_image1_cropped https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17oct22_news1_image1_cropped29c29b60-b8f2-4b72-9372-4e17e37691d7.jpg?sfvrsn=8ecc4e71_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MAKAN-BERSIH-TEKUN-BERLATIH-SKOR-DENGAN-CEMERLANG
MAKAN BERSIH, TEKUN BERLATIH, SKOR DENGAN CEMERLANG https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/MAKAN-BERSIH-TEKUN-BERLATIH-SKOR-DENGAN-CEMERLANG
17 Oct 2022 | PEOPLE

MAKAN BERSIH, TEKUN BERLATIH, SKOR DENGAN CEMERLANG

LTC Twelve Lim telah memperoleh 100 mata untuk IPPTnya sebanyak empat kali! Apakah rahsianya? Sajian sihat dan latihan tetap.

//KISAH  TEO JING TING

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN LTC LIM

Pemakanan bersih dan bersenam secara tetap adalah sebahagian daripada rahsia LTC Lim untuk mendapat markah baik untuk IPPTnya.
English 华文
English 华文

Semasa pemeriksaan kesihatan tahunan pada 2012, Leftenan Kolonel (LTC) Twelve Lim mendapati kolesterolnya agak tinggi – hasil pemeriksaan kesihatan benar-benar menakutkannnya lantas mendorongnya untuk menukar diet dan meningkatkan rejim kecergasannya.

"Sebenarnya saya berasa agak terkejut kerana saya seseorang yang aktif! Tetapi dengan diagnosis ini, saya tahu saya perlu bersenam dengan lebih banyak lagi untuk mengekalkan kolesterol saya dalam julat yang sihat," kata LTC Lim dengan sinis.

 

Pegawai Pemerintah Pangkalan Bekalan Timur yang berusia 39 tahun itu juga menjaga kebersihan pemakanannya – seboleh-bolehnya dia mengelak daripada makan kway chap kegemarannya, tidak makan daging merah dan hanya makan tiga hidangan sayuran apabila memesan cai png (nasi ekonomi).

Pada hujung minggu, dia akan dapatkan salad daripada rangkaian sup tempatan The Soup Spoon atau makan poke bowl.

Elakkan daging merah: LTC Lim selalunya mendapat tiga hidangan sayur apabila memesan nasi ekonomi.
Poke bowl juga telah membentuk sebahagian daripada diet LTC Lim.

Usaha LTC Lim sudah berbaloi. Dia mencapai 100 mata untuk IPPT (Ujian Kecekapan Fizikal Individu) sebanyak empat kali – dalam tahun 2016, 2019, 2021 dan 2022.

Bagi mereka yang belum tahu, IPPT terdiri daripada tiga stesen: tekan tubi, sit-up dan larian sejauh 2.4km. Skor maksimum untuk kedua-dua stesen tekan tubi dan sit-up adalah 25 manakala skor tertinggi untuk larian sejauh 2.4km ialah 50 mata. Mendapat 100 mata untuk IPPT bermakna mendapat markah penuh, sesuatu yang bukan mudah.

Ketahui bagaimana bapa kepada dua anak ini mengekalkan gaya hidup sihat dan rejim latihan, serta rahsianya di sebalik mendapat skor  terbaik!

Menjelang musim IPPT, LTC Lim (kiri) biasanya akan melakukan latihan kelajuan bersama dengan rakan sekerjanya.

LTC Lim, apakah skor IPPT anda yang terbaik setakat ini?

KPT Lim: (bergelak) Wah, saya berlari dalam masa 9.14 minit untuk jarak 2.4km dan mencatat mata tertinggi (di Divisyen Ke-3) bagi stesen sit-up – saya melakukan 70 sit-up dalam satu minit. Kedua-duanya dalam tahun 2019.

Sungguh menakjubkan! Jadi saya rasa anda akan cuba mengekalkan skor anda pada setiap tahun?

KPT Lim: Ya, saya menganggap setiap tahun sebagai cabaran yang baharu. Tetapi sukar untuk mengekalkannya kerana ia bergantung pada jadual saya. Jika saya sangat sibuk menjelang tempoh IPPT saya atau saya berasa kurang sihat, saya tidak boleh banyak berlatih dan saya  tidak akan memaksa diri saya untuk mendapat markah penuh.

Sebenarnya, saya tidak yakin boleh mendapat 100 mata tahun ini kerana saya dijangkiti COVID-19 dalam bulan Februari. Saya mula berlatih pada bulan Januari tetapi terpaksa memulakan semula latihan saya selepas saya pulih, oleh itu saya tangguhkan ujian IPPT saya (ujian lazimnya diadakan pada bulan April) hingga Mei untuk memberi saya lebih masa untuk bersedia.  

 

Latihannya meliputi senaman statik seperti tekan tubi dan tendangan fluter.

Bagimanakah corak rejim latihan anda biasanya?

KPT Lim: Pada bulan Disember, saya akan mula melatih untuk membina ketahanan saya. Ini memberi saya asas untuk membina kecergasan saya.

Menjelang bulan-bulan Februari dan Mac, saya akan memberi lebih tumpuan pada latihan kelajuan. Jadi saya akan bermula dengan enam pusingan 400m, di mana saya akan berlari selama 1.30 minit dan berehat untuk 1.30 minit lagi antara pusingan. Kemudian saya akan beralih ke larian 8 x 400m, 4 x 800m dan akhirnya 3 x 1.2km.

Pasca-IPPT, saya akan berlari dua kali seminggu dan meneruskan latihan fizikal seperti senaman teras, tekan tubi dan sit-up. Saya akan berlari sekurang-kurangnya 25 minit pada kadar yang kurang lasak. Saya bermain bola sepak sebulan sekali dan kadangkala berbasikal dengan rakan-rakan saya, meliputi jarak purata 50km setiap perjalanan.

Secara puratanya, LTC Lim (dua dari kanan) berbasikal kira-kira 50km setiap perjalanan bila berbasikal dengan rakan-rakannya.

Apa yang mendorong anda untuk kekal cergas dan mendapat skor yang baik?

KPT Lim: Ada dua faktor pendorong bagi saya –  pertamanya ialah untuk mengekalkan tahap kolesterol saya. Kedua pula, supaya saya boleh bermain bola sepak. Saya suka kekal cergas, berlari di keliling padang tanpa berasa sesak nafas semasa bermain bola sepak. (bergelak)

LTC Lim (baris depan, kiri sekali) suka berlari keliling padang bermain bola sepak bersama-sama rakan kursusnya dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Ceritakan kenapa anda suka bola sepak!

KPT Lim: Semasa di sekolah menengah, saya ingin menyertai bola sepak sebagai CCA (Aktiviti Kokurikulum) tetapi saya kurang cekap. Kemudian saya mengambil keputusan untuk menyertai badminton tetapi masih tidak dipilih. Akhirnya, saya menyertai kelab magis. Tetapi saya masih kekal aktif dan terus bermain bola sepak untuk suka-suka sahaja.

Di Menengah 2, saya disuruh menyertai pasukan merentas desa dan saya menganggotai  pasukan sehingga Menengah 4. Saya tidak memenangi apa-apa pingat dalam pertandingan antara sekolah tetapi saya sering ditempatkan dalam lingkungan 20 terbaik untuk sekolah saya.

Jadi bermain bola sepak adalah cara anda menebus impian anda yang tidak tercapai?

KPT Lim: (ketawa) Yah, mungkin begitu.

Berlari telah menjadi sebahagian daripada rejim LTC Lim (dua dari kanan) untuk kekal cergas dan sihat. Dia juga kerap menyertai larian seperti Adidas Runners Singapore (gambar) pada 2019.

Justeru, adakah petua anda untuk mendapat markah yang lebih baik bagi IPPT?

KPT Lim: Jangan cuba benda baharu beberapa hari sebelum atau pada hari ujian seperti memakai kasut baharu atau menguji gel kuasa baharu. Jika anda tidak pernah melakukannya sebelum ini, usah lakukan sesuatu yang baharu atau berbeza.

Selain itu, jauhi makanan pedas dan mala, terutamanya sehari sebelum ujian anda. Kerana anda akan merasakan kesemua ini dalam perut anda semasa anda berlari. Sebaliknya, makan makanan ringan seperti roti atau mil oat dua jam sebelum ujian anda untuk memastikan badan anda ada cukup tenaga.

 

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.