LOMPAT! PELAKON-MODEL MENJALANI LATIHAN KOMANDO DI UDARA

08nov22_news1_image1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/08nov22_news1_image14848665e-9199-4622-9649-c474c9d605ff.jpg?sfvrsn=7fcceda_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LOMPAT-PELAKON-MODEL-MENJALANI-LATIHAN-KOMANDO-DI-UDARA
LOMPAT! PELAKON-MODEL MENJALANI LATIHAN KOMANDO DI UDARA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LOMPAT-PELAKON-MODEL-MENJALANI-LATIHAN-KOMANDO-DI-UDARA
08 Nov 2022 | PEOPLE

LOMPAT! PELAKON-MODEL MENJALANI LATIHAN KOMANDO DI UDARA

Pada mulanya, 2SG (NS) Iswan Ismail anggap penglibatannya dalam siri realiti baharu tentang cabaran SAF adalah sesuatu yang mudah – model pelakon itu akhirnya dapat merasai latihan Komando di udara!

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN 2SG (NS) ISWAN

English 华文
English 华文
1-UP-B-caption

Apabila didekati pertama kali untuk menyertai rancangan realiti bertemakan ketenteraan baharu CAMOKAKIS: Whole Lot Fall In, 2SG (NS) Iswan Ismail diberitahu dia akan menjalani cabaran Latihan Asas Tentera (BMT).

"Mudah Saja! Pergi untuk latihan asas sahaja, jadi saya pun menjawab 'ya'," kata pelakon dan model bebas itu. Bekas sarjan platun BMT semasa tempoh khidmat Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masanya, menganggapnya mudah sahaja.

Tetapi seminggu kemudian, penerbit TV melepaskan kejutan: Anda akan mengikuti Latihan Asas Komando Di Udara!

"Bolehkah saya kata 'tidak' sekarang?" katanya sambil mengimbas kembali reaksinya dan ketawa. "Saya risau dengan lompat payung terjun. Semasa itu, saya ingat kita perlu membuat lompatan solo!"

Syukurlah, kedua-dua pasukan selebriti itu sebenarnya bersaing merebut peluang membuat lompatan bersama dengan Komando daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

CAMOKAKIS: Whole Lot Fall In adalah siri yang merangkumi 13 episod, di mana tetamu selebriti seperti 2SG (NS) Iswan bertarung dalam siri cabaran yang berkaitan dengan SAF.

Dalam episod ke-7 CAMOKAKIS: Whole Lot Fall in, 2SG Iswan (kanan) bergandingan dengan Cheryl Chou, Ratu Miss Universe Singapura 2016 (kiri) dan pelakon Paul Foster.

"Perkara yang paling menakutkan saya ialah saya terpaksa melompat dari platform dengan sendiri," kata 2SG (NS) Iswan. "Ia bukan seolah-olah seseorang akan menolak anda; anda benar-benar perlu memaksa diri anda untuk melompat."

Jadi bagaimanakah prestasinya? Tontoni episod tersebut untuk mengetahuinya!

Tetamu selebriti perlu menjalani latihan payung terjun di Airborne Trooper Training Facility. [Foto fail]
Seorang pelatih melompat dari ketinggian 11.2m di Sistem Jurulatih Udara. [Foto fail]

Latihan ketat

Instruktor Komando begitu serius semasa latihan, kata 2SG (NS) Iswan.

"Penerbit memberitahu kami ini adalah rancangan TV jadi kami perlu menjadikannya suatu siri yang rancak dan seronok. Tetapi setiap kali saya tersenyum atau ketawa, saya kena buat tekan tubi!

"Encik kemudian menjelaskan semasa kami membuat lompatan sebenar dan latihan sebenar, kami perlu memandang serius latihan ini kerana ada unsur bahaya."

Salah seorang daripada 50 Bujang Paling Layak CLEO pada 2013, 2SG (NS) Iswan memenangi anugerah Bujang Paling Fotogenik. Acara tersebut membuka jalan untuk dia memasuki industri hiburan.
2SG (NS) Iswan (berbaju kuning) bersama-sama peminatnya dari Malaysia.

Merealisasikan misi mustahil

Apakah pembelajaran terbaik berasaskan latihan di udara baginya? Mengatasi ketakutannya terhadap ketinggian. "Jangan biarkan ketakutan anda menghalang anda daripada melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil," kata 2SG (NS) Iswan.

Lelaki berusia 34 tahun itu sentiasa berpegang pada mantra ini. Ini jelas dilihat daripada perjalanan yang kelihatan mustahil sehingga menjadi bintang TV dari seberang tambak.

Mr Ballerino, sebuah drama Suria pada 2020 yang dibintangi 2SG (NS) Iswan.
2SG (NS) Iswan, yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, kini bekerja di sebuah firma perunding Perancis. Dia terus mendalami minatnya untuk berlakon.

Selama dua tahun, dari 2018 hingga awal 2020, dia mengimbangi kerja hariannya sebagai perunding perniagaan dan gig-gig lakonan di Singapura dan Malaysia.

Dia akan terbang berulang-alik di antara kedua-dua negara hampir setiap minggu, dan bangun pada pukul 3 pagi atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja korporatnya.

"Semasa rehat, ketika orang lain membaca skrip mereka, saya akan membuat kerja dalam komputer riba saya," katanya.

Semuanya berbaloi kerana kerjaya lakonannya mula berkembang maju – 2SG (NS) Iswan dicalonkan sebagai salah satu daripada 5 pelakon lelaki baharu paling popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019, anugerah tahunan berprestij di Malaysia.

2SG (NS) Iswan (dua dari kiri, berdiri) bersama dengan rekrut BMTnya.

Sarjan platun yang berdedikasi

Mengenangkan hari-harinya di NSF, 2SG (NS) Iswan berkata antara pembelajaran yang pentingnya daripada kursus perkhidmatan Negara ialah belajar berkawan dan bekerja dengan baik bersama mereka dari latar belakang yang berbeza.

Sebagai sarjan platun BMT, dia mengetuai rekrut dari latar belakang pendidikan dan keluarga yang berbeza serta juga mereka yang mengalami keadaan yang sukar. Contohnya, beberapa orang mengambil bahagian dalam aktiviti geng sebelum ini.

Sebagai Anggota Perkhidmatan Sedia Beroperasi, 2SG (NS) Iswan adalah penilai Ujian Situasi. Dia menilai potensi kepimpinan rekrut dan menjaga keselamatan mereka.

"Apa yang paling saya hargai ialah hubungan rapat mereka. Selepas tamat kursus BMT, mereka akan menjemput saya untuk keluar bersiar-siar dengan mereka," katanya.

"Sepanjang tahun-tahun tersebut, saya sedar mereka bukan orang nakal. Mereka ada personaliti sendiri, (tetapi) mereka semua mahu mencapai matlamat yang sama (seperti kami semua), iaitu untuk melakukan yang terbaik (dalam hidup)," katanya lagi.

Jangan ketinggalan menonton CAMOKAKIS: Whole Lot Fall In di Saluran 5 dan dalam talian di meWATCH.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!