Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07feb20_news1-1c2734d28-2d6a-48d7-a023-1eaac6983937.jpg?sfvrsn=d0f49981_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LIMA-PERKARA-YANG-PERLU-DIKETAHUI-MENGENAI-PERSEMBAHAN-UDARA-SINGAPURA-2020
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LIMA-PERKARA-YANG-PERLU-DIKETAHUI-MENGENAI-PERSEMBAHAN-UDARA-SINGAPURA-2020
LIMA PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI PERSEMBAHAN UDARA SINGAPURA 2020
07 Feb 2020 | COMMUNITY

LIMA PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI PERSEMBAHAN UDARA SINGAPURA 2020

DARIPADA PERSEMBAHAN AERIAL YANG MENGUJAKAN KEPADA KEMUNCULAN BUAT PERTAMA KALI PESAWAT PENGANGKUTAN TANGKI PELBAGAI PERANAN A330 - BERIKUT ADALAH APA YANG BAKAL DIJANGKAKAN DI PERSEMBAHAN UDARA TAHUN INI.

Persembahan Udara Singapura (SA2020) bakal kembali ke Pusat Pameran Changi dari 11 hingga 16 Februari. PIONEER menyenaraikan lima persembahan yang mesti disaksikan:

1 Pertunjukan aerial bersepadu yang pertama seumpamanya oleh RSAF

Penonton boleh menikmati persembahan aerial bersepadu yang menyeronokkan, menampilkan jet F-15SG jet (atas) dan dua Apache AH-64D.

SA2020 menandakan buat pertama kalinya sebuah pesawat pejuang F-15SG dan dua helikopter penggempur Apache AH-64D digabungkan untuk persembahan aerial bersepadu.

Persembahan 14 minit oleh Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) bakal menampilkan 15 maneuver yang mengagumkan. Daripada jumlah ini, lima ialah maneuver bersepadu dengan tiga pesawat terbang rapat dengan satu sama lain.

Lima maneuver ini adalah baru dan tidak pernah dipersembahkan sebelum ini, kata Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Mark Tan, Pengerusi Jawatankuasa Pertunjukan Udara.

"Kemuncaknya ialah Hammerhead (maneuver), di mana F-15SG akan terbang rapat dengan AH-64D dan muncul di antara dua AH-64D," beliau menambah.

SLTC Tan berkata bahawa perancangan dan latihan untuk persembahan aerial bermula seawal Oktober lepas.

SLTC Tan berkata bahawa cabaran menganjurkan persembahan ini adalah untuk merancang dan mereka bentuk profil yang boleh dilaksanakan oleh dua jenis pesawat, bagi menyampaikan persembahan yang baik.

2 Penerbangan tepat

Dua helikopter Apache AH-64D akan terbang serapat mungkin sambil dua rotor membuka jauh dari satu sama lain.

Berbanding dengan persembahan udara terdahulu, persembahan tahun ini akan menunjukkan aksi dua Apache AH-64D terbang lebih rapat berbanding dahulu. Ini adalah untuk mempamerkan koordinasi yang lebih rapat dengan penonton, kata SLTC Tan. Beliau menambah bahawa helikopter-helikopter Apache tersebut akan terbang serapat mungkin sambil dua rotor itu membuka jauh dari satu sama lain semasa pertunjukan tersebut.

CPT Ingkiriwang (kiri) dengan juruterbang bersama CPT Eugene Chua, ialah antara empat juruterbang helikopter Apache yang terlibat dengan SA2020.

Bagi juruterbang Kapten (CPT) Ingkiriwang Reeve, ia bermakna jam latihan tambahan bagi membiasakan diri dengan jarak serta menyampaikan "pukulan tepat" untuk penonton.

"Kami perlu menganalisis perimeter kami dengan cepat, berbekalkan latihan penyelaku yang lebih banyak untuk membina gerak hati bagi mengurangkan margin kesilapan dan masa tindak balas," beliau berkata.

3 Saksikan MRTT dengan lebih dekat

A330 MRTT dilihat dari belakang jet pejuang. Kedua-dua akan dipaparkan di pameran statik SA2020.

SA2020 juga adalah di mana orang awam buat kali pertama boleh mendekati aset terbaru RSAF - Pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 (A330 MRTT). A330 MRTT mengambil alih keperluan pengisian minyak dari udara ke udara dan angkut udara RSAF daripada Stratotanker KC-135R yang terbang buat kali terakhir pada Jun tahun lepas.

Dengan rentang sayap lebih 60 meter dan panjang keseluruhan 58.8m, anda pastinya terpegun dengan "kios bahan api" terbang yang hebat ini.

4 Saksikan mesin anti-pesawat RSAF yang terbaharu

ASTER 30 ialah antara 10 pesawat dan sistem senjata daripada RSAF di kawasan pameran statik SA2020.

Selain daripada pesawat, orang awam juga dapat melihat sistem anti-pesawat semua cuaca RSAF yang terbaru, Sistem Misil ASTER 30.

Peluang menyaksikan mesin hebat ini tidak harus dilepaskan - ASTER 30 disepadukan dengan Sistem Pertahanan Udara Pulau RSAF sendiri dan berupaya memintas ancaman udara pada jarak sehingga 70 kilometer.

5 Lawati gerai RSAF

RSAF juga akan mempunyai gerainya sendiri di dalam pusat pameran untuk mempamerkan peranannya dalam pertahanan udara Singapura. Datanglah dan ucapkan hai kepada askar udara lelaki dan wanita untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang operasi RSAF. Terdapat juga dinding penghargaan di mana orang awam boleh mencatat mesej mereka untuk RSAF.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?