Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/23sep23_news1-thumbnailbf8070ef-3369-4c18-a796-6fff12e3e8db.jpg?sfvrsn=4efd6844_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LEBIH-PINTAR-LEBIH-GIGIH-BERJUANG-DALAM-LATIHAN-FORGING-SABRE
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LEBIH-PINTAR-LEBIH-GIGIH-BERJUANG-DALAM-LATIHAN-FORGING-SABRE
LEBIH PINTAR, LEBIH GIGIH BERJUANG DALAM LATIHAN FORGING SABRE
23 Sep 2023 | OPS & TRAINING

LEBIH PINTAR, LEBIH GIGIH BERJUANG DALAM LATIHAN FORGING SABRE

SERANGAN DARI SETIAP PENJURU.

Serangan pelbagai serampang yang diselaraskan dari bumi dan udara. Sistem Perintah dan Kawalan Maklumat (CCIS) pintar yang membolehkan panglima membuat keputusan dengan lebih pantas dan jitu.

Ini adalah antara ciri-ciri baharu di Latihan Forging Sabre (XFS) 2023, edisi kesembilan latihan kesan-dan-serang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang menggabungkan semua Perkhidmatan dalam satu ujian integrasi dan penyelarasan. 

Dikendalikan di Pangkalan Tentera Udara Mountain Home di Boise, Idaho di Amerika Syarikat, latihan tahun ini menyaksikan penglibatan terbesar sekitar 1,100 warga kerja dan rangkaian aset  kesan dan serang daripada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Darat.

Tahun ini juga menyaksikan penyertaan sulung Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS), Perkhidmatan terbaharu SAF yang melindungi domain digital.

1-UP-B-caption

Tembak! HIMARS (Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi) melancarkan peluru berpandunya. Dengan adanya integrasi CCIS Angkatan Tentera dengan CCIS SAF di latihan tahun ini, penembak askar Tentera boleh dikerah dengan lebih pantas untuk menyokong helikopter Apache RSAF dalam misi serangan.

1-UP-B-caption
1-UP-B-caption

Pesawat Apache AH-64D melepaskan tembakan ke sasaran semasa misi tembakan langsung. Ruang udara yang meluas di Pangkalan Tentera Udara Mountain Home – lebih 20 kali ganda saiz Singapura – membolehkan SAF menjalankan latihan realistik pada skala yang lebih besar.

1-UP-B-caption

Juruterbang AH-64D Mejar (MEJ) Joshua Yap merupakan anggota Pos Perintah dalam XFS 2021. Kembali sebagai anak kapal tahun ini, beliau menyaksikan bagaimana CCIS yang dinaik taraf kian berkembang membolehkan penembak menjadi lebih tangkas dan fleksibel dengan mengerahkan semula mereka dengan pantas untuk berfokus pada sasaran yang lebih kritikal dalam misi.

Pegawai berusia 39 tahun itu, yang menganggotai Detasmen Peace Vanguard di Tucson, Arizona, tidak sabar untuk belajar lebih mendalam dan berintegrasi dengan lebih baik dengan penembak lain.

"Kami mengadakan latihan di mana kedua-dua HIMARS dan jet pejuang menggunakan peluru hidup (pada sasaran) sebagai tambahan kepada Apache. Dengan pemahaman yang lebih baik tentang cara mereka beroperasi dan integrasi yang ketat, kami berjaya mencapai peluru pada sasaran dalam tempoh yang singkat."

1-UP-B-caption

Pengendali Strike ObserveRs Mission (STORM) Leftenan Kedua Aloysius Chua sedang memancar laser untuk jet pejuang F-15SG. Sebagai Panglima STORM, Anggota Perkhidmatan Negara (NSF) Sepenuh Masa berusia 20 tahun bertanggungjawab untuk menyelaraskan misi udara-darat untuk menyokong serangan.

1-UP-B-caption

Pembantu Koperal Alfian Bin Abdul Rahman adalah pengendali HIMARS yang memandu dan menyelenggara aset tersebut. Dan ia telah menjadi pengalaman yang membuka mata saya menjalankan operasi yang tidak mungkin dilakukan di Singapura.

Bersedia untuk beroperasi dalam persekitaran yang asing bukan suatu tugasan yang mudah, kata NSF berusia 20 tahun itu, dan latihan progresif bermula lebih awal.

"Sebelum datang ke sini, saya meluangkan masa berbulan-bulan untuk bersedia bersama rakan-rakan bateri dengan melalui prosedur. Kami bermula dengan menyebut berulang-ulang apa yang sepatutnya kami lakukan," jelasnya.

"Kemudian, kami beralih ke sesi praktikal di mana kami berlatih latih tubi kami berulang kali – ini adalah untuk memastikan asas kami adalah kukuh. Sesudah mencapainya, kami menjadi lebih yakin untuk beroperasi dalam persekitaran dan rupa bumi yang baharu."

1-UP-B-caption

Pesawat F-16 / D berlepas untuk misi di XFS21.

1-UP-B-caption
1-UP-B-caption

Sementara anda tidur: Anak kapal darat bekerja sepanjang malam untuk memuatkan GBU-54 Laser Joint Direct Attack Munition yang lengai ke dalam jet pejuang F-15SG, sebagai persediaan untuk misi keesokan harinya.

1-UP-B-caption

XFS merupakan peluang baik bagi F-15SG untuk berlatih dengan pelbagai aset, kata juruterbang Leftenan Kolonel Lim Jian Yang (di tempat duduk hadapan). 

Umpamanya, jet pejuang berfungsi dengan pesawat Heron 1 bekerjasama dalam memancar laser, di mana UAV mengguna laser untuk memandu bom jet ke arah sasaran, dan Pengangkutan Tangki Berbilang Peranan untuk meningkatkan daya tahan jet. Dia juga boleh melakukan serangan selaras dengan penyerang seperti pesawat HIMARS, Apache dan F-16C/D+.

Tahun ini, Pamglima Detasmen Peace Carvin V mengalu-alukan untuk bekerja bersama F-16 yang dinaik taraf: "Tahun ini, tumpuan kami adalah pada penembakan bersama yang diselaraskan dan bekerjasama dengan CCIS yang ditingkatkan. Kami ingin menyampaikan kuasa tembakan dengan penyelarasan yang terdekat dan dalam masa yang tersingkat."

"Pesawat F-16 yang ditingkatkan, dengan sensor tambahan mereka, akan membantu kami mengesan sasaran kami dengan lebih awal. Kami juga akan cuba meletupkan bom bersama-sama dengan HIMARS."

1-UP-B-caption

Jet pejuang F-16C/D RSAF sedang bersiap sedia untuk berlepas untuk misi sehari. Rangkaian jet F-16C/D ini, yang dinaiktarafkan baru-baru ini, mempunyai radar tertingkat yang membolehkan mereka menjejak dan melibatkan sasaran pada jarak yang lebih jauh.

1-UP-B-caption

Ini adalah kali ketiga MAJ Ooi Liwen berada di XFS, tetapi kali pertamanya dengan detasmen Heron 1. Berkongsi landasan di Pangkalan Tentera Udara Mountain Home dengan banyak pesawat lain bererti pasukan itu mesti menyelaras dengan teliti untuk memastikan operasi berjalan dengan selamat, kata juruterbang Heron 1 berusia 29 tahun itu.

Kali ini, dia akan bekerja bersama dengan sistem penyebaran perisikan imejan baharu RSAF, yang membolehkan rakaman video dari Heron 1 disalurkan kepada anggota tentera darat seperti pengendali STORM, memberikan mereka kesedaran yang lebnih baik tentang  situasi di medan perang.

1-UP-B-caption

MEJ Ooi (kanan) juga tidak sabar untuk menerbangkan Heron 1 dalam konsep UAV berbilang peringkat baharu, di mana Heron 1 akan melaksanakan pengesanan kawasan luas pada tahap yang tertinggi.

UAV yang lebih kecil di peringkat pertengahan boleh digunakan untuk memberi penjejakan berterusan pada sasaran. Akhirnya, dron mikro-mini berkerumun di pencarian peringkat terendah untuk sasaran jarak dekat.

1-UP-B-caption

Sebagai Pakar Perisikan Imejan Udara, Pakar Tentera (ME) 2 Samraj (kiri) bertindak sebagai penghubung di antara juruterbang UAV dan Pos Perintah untuk menyampaikan keperluan panglima kepada pengendali dan membimbing mereka ke arah sasaran mereka. 

Bekerja dengan CCIS yang dinaik taraf telah melancarkan lagi proses kesan-serang, kata pegawai berusia 28 tahun itu. "CCIS membolehkan kami mengesan sasaran dengan lebih pantas, dan Sistem Analisis Perisikan membolehkan kami menghantar isyarat sensor dari Pos Perintah kepada (pengendali UAV di) stesen kawalan bumi."

"Dengan video gerakan penuh daripada Heron 1 yang digabungkan dengan CCIS, kami boleh mengesan sasaran secara automatik. Ini menyingkatkan proses kesan-serang."

1-UP-B-caption

Warga tempur di Pos Perintah bertungkus-lumus mengesan data yang masuk daripada sensor yang berbeza, supaya panglima (berdiri, kiri atas) boleh membuat keputusan termaklum dan jitu dalam penggunaan senjata api.

CCIS, iaitu "minda" Pos Perintah, sedang membuat penampilan kedua di latihan tersebut – kali ini dengan banyak ciri tertingkat yang mengetatkan komunikasi, meningkatkan penyelarasan dan mempercepatkan proses membuat keputusan untuk semua warga kerja Pos Perintah.

1-UP-B-caption

Inilah kali pertama dia menyertai NDP. Tahun ini, DIS telah membangunkan bersama algoritma Penglihatan Komputer (CV), dengan Komuniti Teknologi Pertahanan. 

Satu peningkatan baharu kepada CCIS, CV membolehkan Sistem Analisis Perisikan CCIS untuk mengesan dan mengelaskan objek secara automatik daripada suapan video Heron 1.  

Kapten Dion Michael Chan adalah Ketua Bahagian Ops Pembangunan CV. Dengan intensiti  misi yang dijalankan di latihan itu, dia berjaya menggunakan jumlah data yang besar untuk memperbaik model CV dengan pantas, yang membantu mengesan dan mengelaskan objek yang menarik perhatian.

"Kami sentiasa memantau prestasi model CV, dan setiap hari kami mengambil maklumat baharu dan menggunakannya untuk memperhalus model agar ia lebih bagus untuk keesokan harinya," kata lelaki berusia 32 tahun itu.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?