LATIHAN YANG BERTENAGA & SIHAT DI BMTC

01oct20_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/01oct20_news1_photo17773533b-721f-476e-8b75-3762fa239448.jpg?sfvrsn=64321ab1_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LATIHAN-YANG-BERTENAGA-AMP-SIHAT-DI-BMTC
LATIHAN YANG BERTENAGA & SIHAT DI BMTC https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LATIHAN-YANG-BERTENAGA-AMP-SIHAT-DI-BMTC
01 Oct 2020 | OPS & TRAINING

LATIHAN YANG BERTENAGA & SIHAT DI BMTC

Latihan Asas Tentera (BMT) yang sukar dan realistik untuk para rekrut di bawah langkah-langkah pengurusan selamat.

// BERITA TEO JING TING

// FOTO KENNETH LIN DAN CHAI SIAN LIANG

English 华文
English 华文

Di tengah-tengah COVID-19, latihan di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) berjalan seperti biasa, dengan langkah-langkah pengurusan selamat yang ketat.

Sejak BMT bermula semula pada 26 Mei, para rekrut telah menjalani latihan yang sukar dan realistik sambil mematuhi langkah-langkah keselamatan. Ini termasuk mengambil suhu badan dua kali sehari, meningkatkan amalan kebersihan serta penyahjangkitan kawasan umum.

Para rekrut juga telah dibahagikan kepada kumpulan fungsi yang lebih kecil untuk semua aktiviti, dan waktu hidangan dijarakkan untuk mengelakkan interaksi silang antara kumpulan.

Para rekrut mematuhi penjarakan sosial semasa kawad laluan.

Di samping itu, para rekrut atau pengajar yang menunjukkan gejala jangkitan pernafasan akut akan terus dipisahkan daripada yang lain dan diuji untuk jangkitan COVID-19.

Standard latihan yang tinggi

Walaupun dengan langkah-langkah tambahan ini, standard latihan tidak pernah dikompromikan.

Dengan para rekrut dikohort menjadi kumpulan fungsi yang lebih kecil, lebih banyak masa telah dibahagikan untuk aktiviti latihan tertentu. Contohnya, latihan penembakan hidup selalunya mengambil masa setengah hari. Ia kini dijalankan selama satu hari dengan pelaksanaan langkah-langkah penjarakan sosial.

Latihan dalam kumpulan yang lebih kecil telah membolehkan komander membimbing para rekrut dan membetulkan kesilapan mereka dengan serta-merta.

Berlatih dalam kumpulan yang lebih kecil membolehkan komander memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran rekrut, kata Pegawai Waran 1 (1WO) Hardial Singh S/O Inder Singh, 58.

"Dengan kumpulan yang lebih kecil, kita boleh mengesan kesilapan mereka dengan cepat dan membetulkannya dengan serta-merta.”

Panglima Platun Kompeni daripada Sekolah BMTC 1 menambah bahawa semangat dalam kalangan para rekrut tinggi, dengan dua daripada rekrutnya yang obes mencapai standard Emas untuk Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) selepas fasa latihan fizikal.

Dari kiri: REC Durgesh, REC Hafiz dan REC Chew yakin dengan langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan oleh SAF.

Antaranya ialah Rekrut (REC) Sebastian Chew, yang telah hilang sebanyak 12kg sejak menyertai tentera. Semasa anggota berusia 21 tahun itu mula menyertai tentera pada 20 Julai, ibu bapanya mula-mula bimbang mengenai latihan yang bakal dijalani. Namun mereka diyakinkan sebaik mereka mengetahui mengenai langkah berjaga-jaga yang telah ditetapkan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

"Terdapat banyak langkah keselamatan yang telah dilaksanakan, jadi ia membantu menenangkan hati kami," kata REC Chew.

Pelindung telah diletakkan di meja dewan makan untuk meminimumkan kemungkinan penularan virus.

Dia menambah bahawa para komander sangat proaktif dalam mengingatkan mereka mengenai keperluan penjarakan selamat, memakai pelitup muka dan mengambil suhu.

Di dewan makan, pelindung telah diletakkan di meja untuk meminimumkan kemungkinan penularan virus. Para rekrut juga diwajibkan membasuh tangan mereka sebelum dan selepas makan.

Memupuk ikatan yang kukuh

Bagi REC Abdul Hafiz Bin Ahmad Sulaiman, latihan setakat ini memuaskan walaupun dengan langkah berjaga-jaga tambahan.

"Walaupun dengan penjarakan selamat, kami masih boleh memupuk ikatan. Ia berkaitan dengan detik-detik yang kami kongsi - keakraban kami memang terserlah, dengan semua orang menyokong satu sama lain dan mendorong satu sama lain agar mencapai had kebolehan keupayaan kita," kata anggota berusia 20 tahun itu.

Dia menambah bahawa para komander juga memupuk dan bersikap prihatin. Mereka akan sentiasa memeriksa kesejahteraan para rekrut dan bertanya jika mereka berasa sihat, sebelum dan selepas setiap aktiviti latihan.

Perlunya pertahanan yang kukuh

Menteri Negara Kanan untuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Tenaga Manusia Zaqy Mohamad menyaksikan ini semasa lawatannya ke BMTC di Pulau Tekong pada 1 Oktober.

Selain daripada memerhati para rekrut menjalani latihan pengendalian teknikal bagi Raifal Tempur Singapura - kurun ke-21 (SAR 21), Encik Zaqy juga menyaksikan upacara mengangkat sumpah dengan langkah-langkah pengurusan selamat yang telah ditetapkan, sebagai sebahagian daripada proses penyertaan yang diubah suai.

Encik Zaqy (memakai kemeja kelabu) berbual dengan para rekrut semasa lawatannya ke BMTC.

Bercakap dengan media selepas lawatannya, Encik Zaqy berkata bahawa pertahanan Singapura perlu kekal kukuh ketika masa-masa yang tidak menentu ini untuk menjaga agar rakyat serta negara Singapura selamat.

"Penting bagi kita untuk mengekalkan tahap kesediaan dan persiapan yang tinggi bagi memastikan operasi tentera dan keselamatan negara kita terus dilindungi,” dia berkata.

"Dan tentunya hari ini, sambil kita melihat bagaimana BMTC diuruskan, kami masih mengambil rekrut dan melaksanakan langkah-langkah latihan bagi memastikan anggota-anggota kita selamat dan kesihatan mereka dijaga dalam tempoh ini.”

Keyakinan dalam SAF

Sejak penyertaannya pada 20 Julai, REC Durgesh S/O Murugah yang berusia 21 tahun itu telah menjalani latihan progresif di bawah arahan para komander yang sabar.

"Mereka (para komander) akan mengajar kami langkah demi langkah dan menjawab soalan kami agar kami tahu segala apa yang kami lakukan." Dia berkata bahawa ini memberikan dia keyakinan untuk mengusahakan yang terbaik semasa latihan.

"Latihan adalah penting kerana ada sahaja anggota perkhidmatan negara yang akan mencapai Tarikh Sedia Beroperasi, dan SAF perlu melatih anggota lain untuk mengganti mereka.

"Dalam jangka panjang, penting bagi kami untuk berlatih dan memelihara Singapura dengan cara kami sendiri.”

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?