LATIHAN TERBESAR LUAR NEGARA SAF KINI KEMBALI DI AUSTRALIA

09oct23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/09oct23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=5567ec59_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LATIHAN-TERBESAR-LUAR-NEGARA-SAF-KINI-KEMBALI-DI-AUSTRALIA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LATIHAN-TERBESAR-LUAR-NEGARA-SAF-KINI-KEMBALI-DI-AUSTRALIA
LATIHAN TERBESAR LUAR NEGARA SAF KINI KEMBALI DI AUSTRALIA
09 Oct 2023 | OPS & TRAINING

LATIHAN TERBESAR LUAR NEGARA SAF KINI KEMBALI DI AUSTRALIA

//BERITA THRINA THAM / FOTO CHAI SIAN LIANG

Empat kali ganda saiz Singapura – itulah ruang luas Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Shoalwater Bay Training Area (SWBTA) di Queensland, Australia, di mana Latihan Wallaby sedang dijalankan.

Berlangsung dari 7 Sep hingga 15 Okt dalam dua rangka latihan, edisi tahun ini melibatkan hampir 4,300 warga kerja dan lebih kurang 450 platform dari Angkatan Tentera Darat, Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) – jumlah terbesar sejak 2016.

Latihan Wallaby merupakan latihan luar negara unilateral SAF yang terbesar.

Helikopter serangan AH-64 Apache RSAF dan helikopter CH-47 Chinook terbang dalam satu pembentukan merentasi SWBTA.

Sebagai sebahagian daripada rangka kedua Latihan Wallaby, Tentera Darat dan RSAF akan melakukan tembakan langsung bersepadu udara darat dengan batalion bermotor untuk kali pertama sejak 2012.

SAF juga akan menjalankan latihan penambahan kapal ke udara-darat-laut ke pantai di Tangki Kapal Pendarat di laut.

Terrex ICV (kiri sekali) dan Belrex PCSV (kanan) akan mengendalikan tembakan langsung sebagai sebahagian daripada tembakan langsung batalion bermotor oleh Batalion Kedua, Rejimen Infantri Singapura.

Pada tahun ini, Latihan Wallaby akan menampilkan tembakan langsung batalion bermotor pertama sejak 2012, melibatkan tembakan secara langsung oleh Kenderaan Pengangkut Infantri Terrex (ICV) dan Kenderaan Sokongan Tempur Terlindung Belrex (PCSVs).

Ia juga menandakan tembakan langsung pertama oleh Belrex PCSV Mortar dalam latihan itu, yang akan disokong oleh serangan dari helikopter serang AH-64D Apache RSAF dan jet F-16D+.

Pengerahan pesawat RSAF secara besar-besaran sebelum mereka menuju ke misi latihan di XWB.

Ruang latihan yang luas di SWBTA membolehkan SAF berlatih pada skala, tahap dan kerumitan yang tidak tertanding di Singapura, kata Pengarah Latihan Brigedier Jeneral Cai Dexian.

"Ini memaksimumkan sepenuhnya nilai latihan yang ditawarkan SWBTA dan adalah penting bagi SAF untuk memajukan transformasinya sebagai sebuah pasukan pejuang yang moden dan bersepadu," katanya dalam satu kenyataan media.

KOL Fan (dua dari kiri) bersama dengan peserta latihan (dari kiri) LTC (NS) Muhammad Malik, Staf Sarjan Joey Ng dan KPT Mohamad Faisal.

Panglima Rangka 2, Kolonel (KOL) Fan Mun Poh berkata dalam suatu taklimat media pada 8 Okt: "Muka bumi di SWBTA membolehkan kami menjalankan banyak latihan– ada bukit-bukau, beralun dan rupa bumi yang merentas desa."

Menurut beliau lagi ada juga ruang udara yang luas untuk latihan Tentera Udara, serta ruang litoral (berhampiran pesisir pantai) dengan kesalinghubungan ke pantai untuk Tentera Laut. "Ia adalah taman permainan yang begitu mengujakan bagi kami... Ia (umpama) Happy Meal."

Ruang udara yang meluas di SWBTA membolehkan SAF menjalankan latihan bersepadu pada skala dan kerumitan yang tidak yang tidak tertanding di di Singapura.

KOL Fan juga menyatakan bahawa Latihan Wallaby bukanlah usaha satu negara. "Kami berasa sangat gembira kerana Australia telah (bekerjasama) dengan kami dalam usaha ini sejak 1990.

"Apabila angkatan tentera semakin matang dan menjadi lebih bersepadu, plot tanah (di sini) tutut dimajukan selaras dengan keperluan latihan kami. Kami telah melalui pembangunan bersama dengan warga Australia (untuk kami) melakukan lebih banyak (dan) melakukan latihan yang kompleks."

ICV Terrex diletakkan berhampiran Camp Growl, tempat Tentera Darat beroperasi dari dalam SWBTA.

Rangka 1 latihan menyaksikan selesainya misi seperti penilaian latihan Armor; Latihan pengawal berkaitan Kenderaan Penyerang Ringan Tanda II; dan guguran udara oleh pesawat C-130 RSAF.

LTC (NS) Malik berterima kasih kepada pihak atasan dan rakan sekerja atas sokongan mereka dalam memberi ketenangan fikirannya semasa menjalani Latihan Dalam Kem di Latihan Wallaby.

Leftenan Kolonel (LTC) (NS) Muhammad Malik bin Badaruddin mengetuai Batalion Sokongan Khidmat Tempur – unit yang berfungsi sebagai "7-11" kepada briged dalam bidang operasi mereka.

"Kami ada keupayaan penyelenggaraan dan bekalan dan – pada satu tahap – (malah boleh menyokong) pembedahan perubatan di medan lapangan. Objektif utama kami adalah untuk menyokong briged dan memastikan mereka dapat mengekalkan perjuangan mereka," jelas pegawai berusia 40 tahun itu.

Persiapan untuk beliau dan batalion Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi) bermula lebih awal, sebelum tempoh tiga minggu mereka di SWBTA.

"Sebagai Panglima, saya telah mengadakan banyak mesyuarat untuk memastikan pihak pentadbiran dilakukan dengan wajar, objektif latihan ditetapkan, dan kami mempunyai semua bahan yang diperlukan semasa meraka berada di sini," kata LTC (NS) Malik, yang menggalas jawatan Ketua Pegawai Teknologi di platform perkongsian kereta GetGo.

"Saya igin tegaskan, ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi mujurlah bos saya seorang yang hebat dan menyokong NS. Saya juga mempunyai pasukan yang menakjubkan...dan itu membantu semasa saya tiada di sini."

Bagi KPT Faisal, latihan dalam Latihan Wallaby bererti dapat merancang dan menyelaraskan misi yang lebih kompleks.

Sebagai Perancang Latihan Pertahanan Udara Bahagian, Kapten (KPT) Mohamad Faisal bin Mohamad Aziz membantu dalam perancangan misi bersepadu udara-darat.

Ia adalah termasuk misi angkat tentera, yang melibatkan pemindahan askar dengan helikopter CH-47F Chinook ke kawasan latihan yang besar untuk menyisipan segera di pinggir "medan perang".

Ini amat berbeza dengan peranan KPT Faisal di tanah air – di mana dia menyelia pertahanan udara masa aman.

"Latihan yang berlainan di sini membolehkan kami melakukan misi yang lebih kompleks dalam konsep pertempuran darat," kata pegawai berusia 31 tahun itu. "Contohnya, ia melibatkan Sistem Pertahanan Udara Berasaskan Darat RSAF yang bergerak keluar dengan unit darat, memberi mereka perlindungan pertahanan udara.

"Walaupun ia mungkin dianggap mudah, ia melibatkan banyak penyelarasan – daripada perancangan misi kepada pengerahan sebenar di medan lapangan."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?