LATIHAN PAKAR SERENTAK DENGAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI COVID-19

19may21_news1-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/19may21_news1-photo1.jpg?sfvrsn=e76ebbb3_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LATIHAN-PAKAR-SERENTAK-DENGAN-LANGKAH-LANGKAH-MENGATASI-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LATIHAN-PAKAR-SERENTAK-DENGAN-LANGKAH-LANGKAH-MENGATASI-COVID-19
LATIHAN PAKAR SERENTAK DENGAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI COVID-19
19 May 2021 | PEOPLE

LATIHAN PAKAR SERENTAK DENGAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI COVID-19

// KISAH GABRIEL LEE

// FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN SEKOLAH KADET PAKAR, SINGAPURA

Meskipun menghadapi kesusahan dengan langkah-langkah menangani COVID-19, 3SG Santhosh memahami keperluannya dan menghargai bagaimana latihan telah disesuaikan. Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa ini adalah di antara 927 kadet yang tamat kursus sebagai Pakar dan Pakar Tentera pada 17 Mei.

Pada masa dia mendaftar untuk menjalani Perkhidmatan Nasional (NS), Singapura berada dalam Fasa 2 pembukaan semula. Dua minggu dalam tempoh latihannya di Sekolah Kadet Pakar (SCS), Singapura masuk ke Fasa 3.

Sarjan Ketiga Pakar Infantri (3SG) Santhosh Kumar a/l Selvam, yang tamat kursus sebagai Pakar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 17 Mei, mengenang semula bagaimana langkah-langkah COVID-19 dikendalikan sepanjang latihannya.

Sekumpulan SCT dari kumpulan 47/20 sedang mengendalikan latihan pemindahan orang yang cedera pada Mei.

"Sejak kami mendaftar, peraturan COVID-19 sentiasa dikuatkuasakan. Sebagai contoh, kami mula berlatih dalam kumpulan yang lebih kecil untuk mengelakkan berlakunya sebarang pembentukan kelompok.”

Untuk mengelak daripada pergaulan sesama kumpulan, syarikat 3SG Santhosh – daripada Kursus Kadet Pakar 47/20, berusaha sebaik-baiknya untuk mengurangkan interaksi di antara kedua-dua platunnya. Contohnya, dengan menugasi platun ke kawasan latihan yang berbeza.

Langkah-langkah itu juga dilanjutkan ke rumah masak, di mana Kadet Pakar (SCT) mematuhi peraturan penjarakan selamat satu meter yang ditandakan dengan warna kuning di atas tanah.

"Memakai pelitup muka setiap masa (bila tidak makan atau minum) juga adalah wajib dan kami akan ditegur jika kami tidak mematuhi peraturan ini."

SCT juga mengamalkan penjarakan satu meter di antara satu sama lain semasa duduk bersama di bilik kuliah untuk taklimat pra-latihan.

"Saya rasa ada baiknya SAF menjalankan langkah-langkah ini, kerana saya tidak mahu keluarga dan rakan saya menghadapi risiko jangkitan virus ketika saya keluar nanti," kata anggota berusia 21 tahun itu.

Menyesuaikan diri dengan Langkah-langkah COVID-19

Tetapi langkah-langkah COVID-19 yang dilaksanakan juga menimbulkan beberapa kesulitan. Umpamanya, 3SG Santhosh mendapati dirinya mudah sesak nafas semasa berkawad ke rumah masak dengan platunnya kerana dia terpaksa menyorak pemasaan berkawad dengan memakai pelitup mukanya.

"Kami mengatasi cabaran ini dengan membuat panggilan pemasaan kawad bagi platun secara bergilir-gilir. Komunikasi termaklum ini membantu apabila kami perlu bersorak sambil memakai pelitup muka kita."

SCT dari kumpulan 47/20 semasa Latihan Operasi Bandar pada Januari. Mereka dikehendaki memakai pelitup muka pada setiap saat kecuali semasa menjalani latihan fizikal.

Satu lagi cabaran yang dihadapi adalah memakai pelitup muka setelah menjalankan aktiviti fizikal yang lasak. "Kami basah kuyup dengan peluh apabila memakai pelitup muka kami ... Pernafasan anda tersekat dan rasanya tidak selesa langsung.”

Walau bagaimanapun, 3SG Santhosh menghargai kepentingan langkah-langkah ini lebih-lebih lagi dalam keadaan seperti ini: "Kami perlu melihat gambaran yang lebih besar."

Kedua-dua platun itu juga tidak dapat bergaul mesra di antara satu sama lain kerana interaksi dikurangkan.

"Apa yang kami lakukan adalah untuk cuba memaksimumkan interaksi besemuka di luar sesi latihan. Contohnya, kami bertemu dalam kumpulan kecil untuk makan tengah hari atau makan malam setelah kami keluar,” kata 3SG Santhosh.

Mengatasi Cabaran Peribadi

Selain menangani ketidakselesaan langkah penjarakan selamat, 3SG Santhosh juga terpaksa mengatasi cabaran peribadinya semasa latihan. Sebagai contoh, dia mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan standard kecergasan fizikal yang tinggi di SCS.

"Lagipun, untuk memimpin anak-anak buah anda, kecergasan fizikal anda perlu berada pada tahap yang setanding. (Para komander) mendorong kami untuk melakukan yang terbaik dalam Kursus Balapan Berhalang Standard dan Ujian Kecergasan Jasmani Individu(IPPT). Kami digalakkan untuk mencapai tahap Emas bagi IPPT atau untuk mencapai pemasaan tertentu, umpamanya.”

Untuk mencapainya, latihan ini dilakukan sekadar progresif dan semua SCT akhirnya berjaya memenuhi harapan komander mereka pada akhir tempoh latihan 22 minggu mereka.

Berkaitan mengatasi peralihan emosi, 3SG Santhosh mengatakan bahawa peralihan kali itu adalah lebih lancar jika dibandingkan dengan kursus Latihan Asas Tentera di mana latihannya dikendalikan di pulau yang lain.

"Perasaan menaiki feri dan bergerak jauh dari tanah besar menimbulkan tahap emosi yang berlainan sama sekali. Di SCS, sekurang-kurangnya kami masih berada berhampiran dengan rumah kami sendiri."

Meskipun begitu, 3SG Santhosh masih menelefon keluarganya pada setiap malam dia berlatih di SCS.

3SG Santhosh (tengah) bersama ibu bapanya yang bangga.

"Keluarga saya adalah sumber inspirasi saya. Merekalah yang mendorong saya agar terus maju, selain rakan-rakan seksyen saya dan komander saya yang juga memberi motivasi dan menggalakkan saya untuk sentiasa bersikap positif."

Keadaan ini berlaku semasa dia berada di tahap emosi terendah ketika mula mendaftar di samping terpaksa meninggalkan keluarganya.

"Ini adalah kerana saya amat rapat dengan keluarga saya, terutamanya dengan ibu saya."

Perasaan rindu terhadap keluarganya mula reda apabila rakan-rakan seksyen BMTnya juga berkongsi perasaan mereka dan menyakinkannya bahawa mereka akan menjaganya.

Sarjan Mejar Bahagian 9 / Infantri, Pegawai Waran Kanan Yeo Keng Hua (kanan) menyampaikan anugerah Bayonet Perak kepada 3SG Santhosh.

Bila disoal tentang detik yang paling manis sepanjang tempohnya dalam Perkhidmatan Negaranya, 3SG Santhosh mengatakan setentunya bila dia meraih anugerah Bayonet Perak di majlis tamat kursusnya pada Isnin yang lalu.

Bayonet Perak dianugerahkan kepada kadet-kadet paling cekap dalam Kursus Kadet Pakar untuk prestasi teladan dalam bidang seperti kecergasan dan kepimpinan.

Dengan penuh bangga, anak bongsu ke-2 daripada empat adik-beradik itu berkata: "Saya rasa seolah-olah usaha gigih saya amat berbaloi kerana saya adalah seseorang yang enggan menyerah.

"Pada mulanya, saya fikir saya akan tersingkir daripada sesi latihan fizikal yang menjerihkan, tetapi saya tetap bertahan untuk melalui kesemua itu. Penerimaan Silver Bayonet ini adalah berkat semangat ketekunan itu."

Melangkah hadapan, 3SG Santosh ingin mengkhususkan kerjayanya dalam industri maritim, setelah lulus pengajian Diploma Teknologi Luar Pesisir Laut dari Politeknik Ngee Ann. "Saya yakin kemahiran kepimpinan yang saya pelajari di SCS akan memanfaatkan saya pada masa akan datang."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?