LATIHAN KOMANDO MENGUBAH HIDUPNYA

22feb21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/22feb21_news1_photo17d06fbeb-a8bb-45e8-8893-a21afdb44ac1.jpg?sfvrsn=4584cef6_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LATIHAN-KOMANDO-MENGUBAH-HIDUPNYA
LATIHAN KOMANDO MENGUBAH HIDUPNYA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LATIHAN-KOMANDO-MENGUBAH-HIDUPNYA
22 Feb 2021 | PEOPLE

LATIHAN KOMANDO MENGUBAH HIDUPNYA

Komando merangkap pegawai perubatan Kapten (KPT) (NS) (Dr) Ramesh Wijaya berkongsi pelajaran hidupnya sebagai anggota pasukan elit ini.

// KISAH & VIDEO OLEH KOH ENG BENG

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN KPT (NS) (DR) WIJAYA & ANGKATAN TENTERA SINGAPURA

English 华文
English 华文

Pada mulanya, dia ingin menuntut pengajian kejuruteraan sesudah tamat Perkhidmatan Nasional (NS) sepenuh masanya pada 2002 tetapi bila tiba masanya, Koperal (CPL) Ramesh Wijaya mengubah fikirannya dan memilih bidang perubatan.

Alasannya? Dia sedar keinginan sebenarnya dan betapa penting untuk mendahulukan bangsa sebelum dirinya semasa dia berkhidmat di NS sebagai komando.

KPT (NS) (Dr) Wijaya adalah penerima Anugerah SAF NSman Tahun 2020.

"Menyertai Komando mengajar saya dua perkara penting. Pertama, saya pasti tidak dapat menguruskan tugasan di pejabat kerana saya adalah jenis orang yang tidak boleh duduk diam.

"Keduanya ialah kepentingan NS dan perkhidmatan awam. Banyak orang di negara kita memainkan peranan mereka dalam diam bagi memastikan pengendalian negara kita berjalan lancar. Ada di antara kami yang mendapat kepuasan dalam hal ini," jelas KPT (NS) (Dr) Wijaya. Kapten berusia 39 tahun itu sekarang adalah pakar bedah perunding di Hospital Besar Changi.

KPT (NS) (Dr) Wijaya adalah pakar bedah perunding di Hospital Besar Changi.

Sejak menamatkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura pada 2007, dia berkhidmat dalam perkhidmatan awam, bertugas di beberapa hospital awam.

Dan setelah melengkapkan khidmat NS Sedia Beroperasi pada 2012, dia melanjutkan perkhidmatan NSnya di bawah Skim ROVERS (Askar Simpanan dalam Skim Simpanan Lanjutan Sukarela) – dalam peranan yang berlainan, iaitu sebagai pegawai perubatan komando.

Dia berkhidmat sebagai ROVERS selama lapan tahun, didorong oleh rasa tanggungjawab yang mendalam untuk berkhidmat kepada negara. Baginya, inilah masa untuk berbakti kepada negara yang telah memberinya banyak manfaat dalam latihannya sebagai komando.

Para komando yang pakar dalam serangan, pengintipan dan larangan musuh melalui udara, darat dan laut. [Foto fail]

Menerapkan nilai Komando dalam hidup

Sebagai komando, KPT (NS) (Dr) Wijaya telah menjalani beberapa latihan paling menjerihkan di SAF.

Katanya lagi, selain memperoleh kemahiran taktikal dan kecergasan dari NS – latihan Komando telah membentuk cara dia menjalani hidupnya.

"Kekuatan mental dan daya ketahanan yang diterapkan oleh (Komando) adalah sesuatu yang saya amalkan selalu. (Ia) menyerlahkan sifat terbaik dalam diri anda untuk menyumbang dengan cara terbaik yang anda mampu."

KPT (NS) (Dr) Wijaya tentang bagaimana menjadi komando telah membentuk hidupnya

Jelasnya: "Kekuatan mental dan daya tahan untuk melakukan perkara yang betul walaupun dalam keadaan yang paling meletihkan adalah penting. Kami selalu melatih diri untuk menjalani tugasan yang diperlukan ... bukan sekadar tahap kesempurnaan, tetapi juga sehingga ke peringkat ingatan otot.

"Kombinasi keupayaan fizikal dan ketabahan mental ini memupuk tabiat dan budaya yang baik. Contohnya, keperluan untuk latihan telah menjadi suatu kebiasaan bagi saya sebagai pakar bedah. Saya berusaha untuk berlatih secara mental sebelum setiap pembedahan dan cuba mengenalpasti sekiranya timbul masalah yang perlu ditangani jika perlu, sebelum memulakan pembedahan.”

KPL Wijaya sebelum ini (baris belakang, pertama dari kanan) bersama rakan komando semasa NSF.

Sejak mendaftar di Batalion Komando Pertama, dia telah menerapkan nilai-nilai Komando dalam kehidupan hariannya dan memberi khidmat terbaik dalam tugasannya.

Dia merupakan Pelatih Terbaik dalam Kursus Pengendali Mortar 120mm semasa Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF)nya. Sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSman), dia adalah penerima Pedang Kehormatan untuk Kursus Kadet Pegawai Perubatan NS pada 2015.

Dalam pekerjaan awam sebagai doktor, dia menerima Anugerah Prihatin Perikatan Kesihatan Timur (Emas) pada tahun 2015 atas usahanya dalam perawatan pesakit.

"Disiplin untuk memastikan anda melakukan apa yang perlu dilakukan, walaupun anda bekerja berjam-jam lamanya atau perlu melakukan pembedahan yang lama – adalah berkat Komando (latihan), saya dapat mengasah sejak dari kecil," katanya.

Kini sebagai pegawai perubatan di Ibu Pejabat Komando, KPT (NS) (Dr) Wijaya menggunakan kepakaran perubatannya untuk membantu membangunkan Perubatan Pasukan Khas –bidang perubatan ketenteraan yang memberi sokongan perubatan dalam persekitaran kekurangan sumber dan taktikal di mana kemungkinan ada musuh yang berdekatan.

KPT (NS) (Dr) Wijaya (baris hadapan, paling kanan) bersama rakan pelatih kursus Pegawai Perubatan Lanjutan SAF pada 2016.

Dia juga bertugas sebagai Penolong (Aide-de-Camp) Kehormat kepada Presiden Halimah Yacob. Peranannya adalah untuk membantu mengatur acara negara dan menerima tetamu yang merangkumi pegawai kanan dan orang kenamaan asing.

Bertugas di Istana sebagai Penolong Kehormat kepada Puan Halimah. KPT (NS) (Dr) Wijaya digambarkan di sini bersama rakan bedah Menteri Kanan Kesihatan Negara Dr Koh Poh Koon. [Foto: Koh Poh Koon Instagram]

Ingin tahu apakah tugasan KPT (NS) (Dr) Wijaya sebagai doktor tentera dan awam? Tontoni video yang memaparkan perkongsian kisahnya dalam perjalanan NSnya:

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!