LANGKAH-LANGKAH PRAKTIKAL UNTUK MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN DI SAF OPS

30jun21_news3_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/30jun21_news3_photo1ba89f419-8fa3-441b-ae63-4bdb28f6eacb.jpg?sfvrsn=8fabb632_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LANGKAH-LANGKAH-PRAKTIKAL-UNTUK-MEMASTIKAN-KESINAMBUNGAN-DI-SAF-OPS
LANGKAH-LANGKAH PRAKTIKAL UNTUK MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN DI SAF OPS https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LANGKAH-LANGKAH-PRAKTIKAL-UNTUK-MEMASTIKAN-KESINAMBUNGAN-DI-SAF-OPS
30 Jun 2021 | OPS & TRAINING

LANGKAH-LANGKAH PRAKTIKAL UNTUK MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN DI SAF OPS

SAF akan mengamalkan strategi serampang tiga mata untuk sedia beroperasi dalam persekitaran endemik COVID-19.

// KISAH THRINA THAM

// FOTO CHAI SIAN LIANG

English 华文
English 华文

Memandangkan pendirian negara untuk mengiktiraf COVID-19 sebagai endemik, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah membuat anjakan untuk mempertahankan kesinambungan dalam operasinya dan untuk melanjutkan latihan skala besar tempatan dan luar negara.

Pendekatan strategi serampang tiga mata melibatkan vaksinasi; pengujian dan pengawasan yang diperkukuh; dan kohort.

Bagi Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC), ini bermaksud ujian swab sebelum masuk untuk rekrut, serta langkah-langkah yang ketat semasa keluar.

Semua peserta pra-pendaftar menjalani ujian swab pada hari pendaftaran mereka, sebelum memasuki BMTC, supaya kes-kes positif dapat dikesan dengan pantas.

Pada masa ini, lebih daripada 90 peratus warga Kementerian Pertahanan dan SAF telah menerima dos vaksin pertama mereka dan akan melengkapkan kedua-dua dos tersebut pada pertengahan bulan Julai.

Walaupun ini tidak bererti mereka tidak akan dijangkiti COVID-19 atau berjangkit, ini akan mengurangkan risiko dan keterukan penyakit dan penyebaran virus, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Mengorak langkah ke hadapan, kami tidak perlu menutup sekolah latihan seperti BMTC ... (dan) kami boleh mengelakkan gangguan dalam aktiviti NS," kata Dr Ng semasa wawancara tahunan SAFnya.

Sistem pengurusan COVID-19 yang kukuh dalam BMTC juga amat kritikal untuk memastikan kesediaan operasi, tambah Komander BMTC, Kolonel (COL) Yee Kok Meng: "BMTC merupakan titik permulaan kritikal SAF untuk sistem penjanaan angkatan tenteranya, dan amat penting untuk pembangunan unit operasi dan komander masa depan kami.”

KOL Yee mengatakan bahawa BMTC telah menerapkan langkah-langkah pengurusan COVID-19 yang kukuh, selaras dengan SAF yang lain.

Perlindungan bagi pra-pendaftar awal

Sebagai sebahagian daripada usaha memerangi COVID-19, BMTC telah mengutamakan vaksinasi bagi pra-pendaftar awal dan rekrut.

Kohort BMTC terbaharu menerima dos pertama di antara 8 dan 11 Jun di Kem Selarang, sebelum mendaftar pada 29 Jun. Mereka akan diberikan dos kedua semasa di BMTC.

Meskipun vaksinasi tidak diwajibkan, lebih daripada 90 peratus rekrut telah memilih untuk menerimanya.

Ibu bapa menurunkan anak-anak lelaki mereka di Kem Selarang sebagai sebahagian daripada pendaftaran langsung untuk kohort BMTC 03/21 pada 29 Jun.

Ini dituruti sesi suai kenal yang diadakan dengan pra-pendaftar dan ibu bapa mereka, sebelum menerima vaksinasi mereka, kata KOL Yee.

"Salah seorang pegawai komando sekolah dan pegawai perubatan (akan berada di sana), supaya mereka boleh menjawab pertanyaan mereka, sama ada persoalan tentang perubatan atau proses. Ini akan mententeramkan perasaan gelisah ibu bapa dan pra-pendaftar," kata beliau.

Pada hari pendaftaran, para rekrut juga akan melalui swab pra-kemasukan di Kem Selarang sebelum menuju ke Pulau Tekong.

SAF juga sedang membina keupayaan pengujiannya dengan kaedah yang lebih pantas dan kurang invasif seperti Deep Throat Saliva Point-of-Care Tests dan Kit Uji Cepat Antigen Bertukang Sendiri. Ini membolehkan pengesanan awal dengan cara yang lebih praktikal dan mapan.

Rekrut kohort BMTC 03/21 mengangkat sumpah di Pulau Tekong. Para rekrut menjalani aktiviti mereka dalam kumpulan berfungsi, dengan langkah-langkah pengurusan yang selamat.

Langkah-langkah dalam latihan

Di BMTC, rekrut mengendalikan latihan dalam kumpulan berfungsi peringkat seksyen, dengan langkah-langkah pengurusan yang selamat.

Waktu makan peringkat serta waktu daftar masuk dan daftar keluar juga telah dilaksanakan, tanpa sebarang pergaulan bebas di antara kumpulan-kumpulan yang berfungsi.

"Kami akan meneruskan latihan dalam kumpulan kecil, sehingga pada peringkat adanya suatu kes positif, kami boleh mengawal jumlah bilangan anggota dan mengurung kumpulan tersebut," kata KOL Yee.

Sekiranya terdapat kes yang disyaki, rekrut itu akan dihantar ke pusat perubatan dengan segera, manakala anggota kumpulannya akan meneruskan latihan dan pembelajaran mereka dalam talian di katil mereka, dan makanan akan dihantar kepada mereka.

Jurulatih yang berinteraksi dengan kumpulan fungsi yang berlainan juga akan menjalani ujian jadual rutin setiap tujuh hingga 14 hari.

BMTC juga telah memulkan pengawasan air buangan sebagai cara tambahan untuk memantau tanda-tanda COVID-19.

Para rekrut menjalani Latihan Kemahiran Menembak Individu di BMTC. Latihan di BMTC akan diteruskan dalam kumpulan berfungsi yang lebih kecil untuk mengurangkan risiko dan gangguan.

Sentiasa selamat semasa bercuti

Sejak tempoh Fasa 2 (Awasan Tertingkat) negara, BMTC telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan Duduk di Rumah bagi para rekrut semasa cuti minggu mereka.

Komander juga akan menelefon anggota mereka dua kali sehari–sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang–untuk meneliti suhu mereka. Rekrut akan memberitahu komander mereka jika mereka perlu keluar untuk aktiviti penting, seperti keluar membeli makanan.

Ini akan menggalakkan para rekrut agar tidak keluar rumah melainkan untuk urusan penting, kerana masih ada risiko jangkitan masyarakat, kata KOL Yee.

Tambah beliau, kawalan sedemikian akan disesuaikan mengikut keadaan COVID-19 dalam negara.

"Saya rasa tujuan setiap orang ialah tidak ada kes COVID langsung. Tetapi… kami bersedia (jika) ada kes yang disyaki, kami boleh mengesan kes tersebut dengan segera dan mengambil langkah-langkah sendiri untuk membendungnya bagi memastikan bilangannya kekal kecil, dan meneruskan latihan dalam COVID-19 endemik."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?