LAMARAN DI AWAN BIRU

10feb21_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/10feb21_photo16b5b232b-4c6a-4bfd-98a7-459ed14710ff.jpg?sfvrsn=a570febe_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LAMARAN-DI-AWAN-BIRU
LAMARAN DI AWAN BIRU https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/LAMARAN-DI-AWAN-BIRU
10 Feb 2021 | PEOPLE

LAMARAN DI AWAN BIRU

Cinta berkumandang di udara: Jurutera Tentera Udara ME4 Ryan Koh melamar teman wanitanya jurutera Tentera Laut, ME4 Ang Chiu Lee, di awan biru.

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN ME4 KOH & ME4 ANG

Pasangan itu mengadakan perkahwinan ala tentera dengan pakaian seragam mereka, dengan pengantin lelaki mendukung pengantin perempuannya melalui lengkungan pedang tradisional.
English 华文
English 华文

Pakar Tentera (ME) 4 Ryan Koh menjadikan lamaran perkahwinannya suatu misi rahsia – dia membeli cincin lamaran itu sendiri tanpa memberitahu siapapun tentang rancangannya.

Sepuluh minit dalam masa penerbangan ke Bali, Indonesia, semasa teman wanitanya, ME4 Ang Chiu Lee, kini isterinya sedang lelap tidur, dia menyuarakan rancangannya kepada seseorang.

"Boleh kamu tolong saya? Boleh kamu tolong kemaskan lorong ini nanti? Saya ingin melamar teman wanita saya,” dia berbisik kepada anak kapal kabin.

Anak kapal kabin pun meninggalkannya dan sejurus kemudian, dia dipanggil oleh ketua anak kapal kabin. Katanya: "Kami akan melakukannya pada skala yang lebih besar. Kami akan memanggilnya untuk pemeriksaan pasport secara rawak dan akan menyembunyinya di belakang tirai. Kemudian anda berdiri di luar tirai, berlutut dan bersedia."

Inilah lamaran perkahwinannya pada ketinggian lebih daripada 30,000 kaki di awan biru.

ME4 Koh, 28, yang terkejut sampai tak terkata menandakan misi sudah berjaya – ya, katanya!

Pada masa itu, pasangan itu memang ada hasrat untuk berkahwin– hanya belum dirasmikannya secara formal dengan lamaran. Kata ME4 Ang sambil mengenangkan detik manis itu: "Saya benar-benar terkejut; saya sangka dia akan melamar di lapangan terbang sebelum berlepas atau sesudah kami mendarat.

"Apabila ini tidak berlaku, saya fikir, tidak mengapa, mungkin ia akan berlaku di Bali. Saya tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku dalam pesawat pula."

Tambah pegawai berusia 29 tahun itu: "Suatu usaha yang terbaik. Rakan-rakan saya mengatakan dia perlu melamar semasa di udara kerana dia adalah anggota Tentera Udara!"

Ini berlaku pada 2018. Pasangan ini berkahwin pada Februari tahun lalu, sebelum penularan wabak COVID-19.

Dalam gaya ketenteraan: kedua-dua pengantin kelihatan segak berpakaian seragam No.1 untuk perkahwinan mereka pada 2020. Mereka diapit oleh 10 pembawa pedang daripada Tentera Udara dan Tentera Laut.

PIONEER bertemu bual dengan pasangan ini untuk mengetahui kisah cinta mereka dan bagaimana mereka menguatkan perkahwinan mereka sebagai suami isteri di Tentera Udara dan Tentera Laut.

Apakah tugasan anda di Angkatan Bersenjata Singapura?

ME4 Koh: Saya seorang jurutera Tentera Udara. Saya mendaftar dengan tentera Udara pada 2012 semasa berada di Sekolah Pegawai Kadet menjalani Perkidmatan Negara saya, Kini, saya adalah Ketua Seksyen di Jabatan Operasi Udara, di mana saya dipertanggungjawabkan untuk membentuk polisi dan rancangan untuk operasi pangkalan udara di Tentera Udara.

ME4 Ang: Setelah bekerja di industri pembangunan dan binaan selama setahun, saya menyertai Tentera Laut pada 2016 sebagai jurutera. Kini, saya adalah Ketua Seksyen di Pusat Kejuruteraan Penguasaan Kapal, yang berada di bawah Perintah Logistik Tentera Laut. Saya memantau penyenggaraan korvet peluru berpandu dan kapal laut khas di Tentera Laut.

Walaupun mereka bertugas dalam bidang Perkhidmatan yang berbeza, mereka berdua masih berkhidmat demi mempertahankan Singapura.

Bagaimanakah anda saling berkenalan?

ME4 Koh: Kami pertama sekali bertemu di kem orientasi mahasiswa baharu di Universiti Teknologi Nanyang. Dia adalah dua tahun senior saya tetapi kami hanya mula berpacaran tiga tahun kemudian setelah dia menamatkan pengajiannya. Dengan sambil lewa, saya mengirim mesej langsung di Instagram dan dari situ berputiklah perbualan kami.

ME4 Ang: Sebenarnya ada kisah yang menarik di sebaliknya! Dalam salah satu permainan "sembang-sembang dari hati ke hati" di kem orientasi, dia ditanya siapakah di antara gadis-gadis yang cantik padanya, dan dia pun menyebut nama saya. (ketawa) Ia sepatutnya rahsia tetapi, anda tahu, lama- kelamaan ramai yang tahu.

Tetapi saya cuba menjauhkan diri kerana saya tidak mahu berpacar dengan seorang yang lebih muda dari segi akademik daripada saya. Itu adalah pertimbangan utama saya. Tetapi setelah tamat pengajian, hal ini tidak menjadi penting lagi! (ketawa) Justeru, apabila dia mengajak saya keluar tiga tahun kemudian, saya mula mengesyaki mungkin ada udang di sebalik batu, tetapi tidak mengapalah, kami mula sebagai kawan dahulu.

Apakah yang menarik minat anda terhadap satu sama lain?

ME4 Koh: Dia tidak mementingkan diri, setia dan ... tidak matang bila berada di depan saya! (ketawa) Apabila dia pulang ke rumah, dia akan menceritakan tentang harinya – sama ada baik mahupun buruk – dengan penuh serba-serbi dan animasinya, dan bukan sekadar "Oh ya, hari yang baik."

ME4 Ang: Dia matang, berhati mulia dan berani. Pada suatu masa, dia ternampak seseorang yang jatuh daripada motosikalnya dan diserang sawan. Dia terus menghampirinya sebagai responden pertama sehingga ambulans tiba. Saya rasa tidak ramai yang berani menghadapi keadaan yang sedemikian. Dia menerima surat pujian daripada komander pangkalannya.

ME4 Koh (kanan) mengenakan epaulet pangkat ME4 bagi ME4 Ang bersama-sama ibunya pada Majlis Pelantikan Pakar Tentera Kanan pada 2017.

Bagaimana perasaannya sebagai pasangan tentera?

ME4 Koh: Mencabar! Ada suatu latihan yang melibatkan kami berdua; dia bekerja syif siang, saya pula syif malam. Selama dua minggu lebih ini, kami tidak bertemu satu sama lain melainkan semasa kami HOTO* kereta. Dia akan memandu ke tempat kerja; saya akan mengambil alih kereta dan pulang sementara dia pergi bersenam. Tidak bersua muka selama dua minggu adalah suatu cabaran bagi kami tetapi menyedari kami berkhidmat demi tujuan yang lebih besar.

*HOTO adalah singkatan bagi Hantar dan Ambil Alih.

Pasangan ini menerima kenaikan pangkat mereka dari ME4-2 sehingga ME-4-3 pada 2020.

ME4 Ang: Sekarang kami sudah berkahwin dan tinggal bersama, adalah lebih mudah untuk keluar masuk rumah pada masa yang sama, pergi kerja bersama dan sering bertemu. Sebelum ini, dia perlu memandu dari Pangkalan Udara Paya Lebar ke Pangkalan Laut Changi untuk menjemput saya dari tempat kerja dan menghantar saya pulang!

ME4 Koh: Adakalanya dia terpaksa bekerja lewat dan pemasaannya sukar dikawal, dan saya akan menunggu di sana dengan sabar seperti seorang bapa. (ketawa) Saya pernah menunggu paling lamanya 2 jam!

Walau bagaimanapun, bagi saya sebagai pasangan tentera, kami saling memahami tentang kekangan yang dihadapi masing-masing. Kami boleh berbual dengan mesra kerana kami saling memahami kerja masing-masing.

Bagaimana anda akan menyambut Hari Valentine?

ME4 Ang: Biasanya kami tidak meraihkannya! Kami bersikap lebih praktikal, dan lagipun banyak restoran ditempah sepenuhnya.

ME4 Koh: Tetapi ulang tahun kami adalah dalam masa satu minggu lagi dan kami akan melakukan sesuatu. (ketawa)

 

Bagi pasangan ini, kasih sayang mereka adalah lebih pada perkara-perkara remeh-temeh harian yang mereka lakukan untuk satu sama lain.

Apakah perkara paling romantis yang pernah anda lakukan untuk pasangan anda?

ME4 Ang: Perkara-perkara remeh yang dia lakukan untuk saya setiap hari: menyediakan sarapan untuk saya setiap pagi, dan mendengar kisah harian masing-masing.

ME4 Koh: Saya akan menyediakan sarapan pagi seperti sayuran kukus. Tetapi ia bukan mudah – saya akan "siap paksa" pada malam sebelumnya dan buat AOP (Persetujuan Pelan) dengannya! (ketawa)

Perkara paling romantis yang pernah dilakukan untuk saya adalah memberi saya peluang untuk mengejar dan memikatnya: menerima temu janji pertama dan bersetuju untuk keluar dengan saya, walaupun dia sudah "memboikot" saya di sekolah!

Bukan setakat itu sahaja – dia menyertai semua aktiviti keluarga saya, dan menjaga ayah dan ibu saya dan anjing kami. Dia juga akan mencari restoran yang bagus dan merancang semua tarikh temu janji kami.

Pasangan ini saling meluangkan masa untuk berbual mesra dan mendengar kisah masing-masing.

Apakah nasihat hubungan anda untuk pasangan lain?

ME4 Koh & ME4 Ang: Sering berkomunikasi dan usah berputus asa. Pasangan akan selalu menikmati detik-detik manis dan sukar, justeru mereka tidak boleh membiarkan tempoh sukar memalapkan perasaan detik-detik manis mereka.

Anda perlu meluahkan hati tentang pelbagai perkara dan selepas itu, perhubungan anda berdua akan bertambah kukuh. Yang pentingnya ialah kesudian untuk mendengar, dan tidak berpegang pada pandangan anda sendiri.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?