Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02oct23_news1-thumbnaile774be7c-0419-4246-89cf-266b25490ea2.jpg?sfvrsn=1a0033a2_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KOMANDO-MEWAKILI-S-39-PURA-DALAM-ULTRAMARATON-GLOBAL
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KOMANDO-MEWAKILI-S-39-PURA-DALAM-ULTRAMARATON-GLOBAL
KOMANDO MEWAKILI S'PURA DALAM ULTRAMARATON GLOBAL
02 Oct 2023 | PEOPLE

KOMANDO MEWAKILI S'PURA DALAM ULTRAMARATON GLOBAL

BAYANGKAN BERLARI MELEBIHI 200KM SETIAP MINGGU – INI ADALAH CORAK LATIHAN SEORANG BAPA KEPADA DUA ANAK INI UNTUK PERLUMBAAN "ORANG YANG TERAKHIR BERDIRI".

LTC Toh akan bertanding dalam Kejohanan Dunia Ultra Individu Backyard pada bulan depan, bersama-sama para pemenang pertandingan 2022.

Ia memerlukan keazaman dan kegilaan tertentu untuk menyertai ultramaraton "orang yang terakhir berdiri". Anda harus berlari selama berjam-jam tanpa kelihatan penghujungnya, sehingga anda memenangi pertandingan.

Meskipun begitu, Leftenan Kolonel (LTC) Joshua Toh berasal dari Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF), di mana askar-askarnya dilatih sehingga melebihi had fizikal dan mental mereka.

Pecah rekod negara

Komando berusia 46 tahun itu memecahkan rekod Singapura dalam Kejohanan Berpasukan Ultra Dunia Backyard tahun lalu – berlari sekitar 340km selama lebih 50 jam.

Dalam perlumbaan ini, pelari maraton secara berturut-turut berlari 6.7km pusingan setiap jam; mereka yang gagal memulakan pusingan pada jam seterusnya akan disingkir. LTC Toh melengkapkan 51 lingkaran, satu pusingan mendahului naib juara.

LTC Toh, yang berusia 45 tahun pada masa itu, muncul sebagai orang yang terakhir berdiri di perlumbaan satelit Backyard Ultra tahun lalu di Singapura. [Foto ihsan LTC Toh]

"Saya masih tidak percaya. Saya memang berharap untuk menang tetapi saya sedar ada beberapa pelari yang jauh lebih tangkas daripada saya berdasarkan prestasi lalu …jadi saya berasa sangat gembira dan terharu," katanya.

Kemenangan itu melayakkannya ke Kejohanan Dunia Ultra Individu Backyard yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS) pada Oktober ini.

LTC Toh bersiap untuk larian malam. Dia berlari hampir 20 hingga 30km sehari sebagai rancangan latihannya.
1-UP-B-caption

Bagaimanakah cara berlatih untuk ultramaraton

Tidak seperti tahun lepas – apabila dia mula membuat persiapan tiga bulan sebelum perlumbaannya – LTC Toh mula berlatih untuk perlumbaan Oktobernya pada awal 2023.

Ini membolehkannya membina tahap latihan secara beransur-ansur dari 80km kepada 150km larian seminggu, sehingga mencatatkan hampir 200km seminggu.

Lazimnya, dia berlari lewat malam selepas menidurkan anak-anaknya, tetapi akan berlari pada waktu siang dan malam menjelang hari perlumbaan.

LTC Toh juga telah melakukan lebih banyak larian di MacRitchie, untuk menyediakan diri menghadapi keadaan larian jejak di AS; dan menaruh lebih perhatian kepada pemulihan dan pemakanan.

Kesan sampingan daripada larian yang berterusan termasuk sakit otot, ketidakselesaan lutut dan kuku jari kakinya tercabut.

Mari bersama LTC Toh dalam salah satu sesi latihan lewat malam di sini:

Adakalanya, mengimbangi latihan, kerja dan keluarga memang memberi kesan pada dirinya dan berasa dia memerlukan rehat.

"Banyak kali saya berasa terdorong untuk ponteng latihan kerana terlalu letih bekerja. Saya akan tertidur atas sofa selepas makan malam sambil menonton Netflix bersama anak-anak saya," kata bapa kepada sepasang kembar lelaki dan perempuan yang berusia 10 tahun.

"Tetapi, setiap kali, saya berjaya meyakinkan diri untuk keluar dari rumah dan berlari, dan saya berasa puas hati melakukannya kerana saya sedar badan saya masih boleh melakukannya."

LTC Toh melatih dan menerajui peranan dalam Pasukan Petugas Operasi Khas. [Foto ihsan LTC Toh]

Jangan putus asa sehingga tamat misi.

Menurut LTC Toh kegigihannya adalah berkat latihan Komando yang dilalui sejak bertahun-tahun.

"Komando beroperasi di kawasan bandar dan luar bandar... Seringkalinya anda perlu mengharungi kawasan rupa bumi yang tebal lagi sukar yang memerlukan kekuatan fizikal. Atau anda perlu mengamalkan pelbagai latih tubi dan aksi berulang yang menambah keletihan."

"Ia membina daya tahan mental...untuk tidak berputus asa sehingga misi anda tercapai."

Bagi LTC Toh, latihan Komando telah membina daya tahan mental untuk sentiasa memacu ke hadapan baik semasa misi ketenteraan atau perlumbaan ultramaraton. [Foto: Facebook Tentera]

Dia berdaftar pada 1997 dan menggalas jawatan pegawai Komando pada tahun berikutnya.

Sepanjang kerjayanya yang melangkaui 25 tahun, LTC Toh telah mengetuai beberapa jawatan dalam SOTF, yang terdiri daripada askar elit yang menguruskan operasi pembanterasan keganasan.

"Pada 11 Sep 2001, kami menonton berita berhubung dua pesawat yang terhempas ke Pusat Dagangan Dunia. Pada ketika itulah kami sedar latihan kami bertujuan untuk menangani ancaman sebenar seperti ini," katanya.

LTC Toh (kedua dari kanan) tamat pengajiannya dan berada di tahap teratas kohortnya dari Kursus Hal Ehwal Awam AS pada 2019.

Dia menghadiri kursus Navy Seal AS yang berprestij pada 2004 dan Kursus Hal Ehwal Awam AS dari 2018 hingga 2019, di mana dia muncul sebagai graduan kepujian terulung bagi pelajar bersekutu.

Kini, Timbalan Ketua Cawangan di Ibu Pejabat SOTF ini bertanggungjawab menyokong operasi keselamatan di acara peringkat kebangsaan seperti Perbarisan Hari Kebangsaan.

Satu pusingan lagi

Mengenai apa yang mendorongnya untuk terus bertanding dalam perlumbaan ini walaupun latihannya amat menjerihkan, LTC Toh berkata dia tertarik dengan cabaran untuk mendorong dirinya untuk "satu pusingan lagi".

"Saya suka idea untuk mendorong diri sendiri, untuk melihat setakat mana kekuatan saya dari segi mental dan fizikal. Saya akan terus berlari selagi kaki saya boleh membawa saya dan badan saya boleh menyokong saya."

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, teman sekerja dan rakan-rakannya – termasuk rakan-rakan Komando yang memberi galakan dan semangat sepanjang perjalanan perlumbaannya.

"Sokongan mereka benar-benar memacu saya untuk terus berlari, lebih-lebih pada hari-hari yang muram."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

She used to serve on the Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

She used to serve on the COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

She used to serve on the Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!