KINI ANGGOTA PERKHIDMATAN NEGARA BOLEH MELENGKAPKAN SESI NS FIT DARI RUMAH

05jul21_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05jul21_photo1.jpg?sfvrsn=a933ec0a_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KINI-ANGGOTA-PERKHIDMATAN-NEGARA-BOLEH-MELENGKAPKAN-SESI-NS-FIT-DARI-RUMAH
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KINI-ANGGOTA-PERKHIDMATAN-NEGARA-BOLEH-MELENGKAPKAN-SESI-NS-FIT-DARI-RUMAH
KINI ANGGOTA PERKHIDMATAN NEGARA BOLEH MELENGKAPKAN SESI NS FIT DARI RUMAH
05 Jul 2021 | OPS & TRAINING

KINI ANGGOTA PERKHIDMATAN NEGARA BOLEH MELENGKAPKAN SESI NS FIT DARI RUMAH

// KISAH TEO JING TING

// FOTO IHSAN MINDEF

FIT@Home akan memberi Anggota Perkhidmatan Negara (NS) kefleksebelan tambahan untuk memenuhi syarat NS FIT mereka di rumah.

Bersenam ikut keselesaan anda: Seorang Anggota Perkhidmatan Negara sedang menyertai sesi FIT@Home.

Mulai 12 Jul, Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen) boleh menghadiri sesi Latihan Peningkatan Kecergasan Perkhidmatan Nasional (NS FIT) mereka dari keselesaan rumah mereka atau dari tempat kerja mereka.

Dijalankan melalui Zoom, iaitu platform persidangan video, sesi FIT@Home merangkumi siri litar metabolik dan senaman aerobik. Tiada peralatan tambahan yang diperlukan.

Seperti program NS FIT lain yang dijalankan secara fizikal, setiap sesi FIT@Home berlangsung selama 60 hingga 75 minit dan dihitung untuk satu sesi NS FIT. Kurikulum NS FIT semasa menawarkan pelbagai aktiviti kecergasan yang terdiri daripada latihan aerobik, litar metabolik dan Ujian Kecergasan Fizikal Individu (IPPT)-latihan khusus di 42 lokasi di seluruh pulau.

Anggota Perkhidmatan Negara boleh mendaftar untuk sesi FIT@Home melalui Portal NS mulai 7 Jul. Peserta yang berdaftar akan menerima pautan web untuk sesi FIT @ Home melalui e-mel.

Seorang jurulatih kecergasan dari FCC SAF sedang menjalankan sesi FIT@Home melalui persidangan video.

Kefleksibilan & kemudahan tambahan

Bercakap tentang kemudahan tambahan FIT @ Home kepada Anggota Perkhidmatan Negara, Ketua Jabatan Hal Ehwal NS Kolonel Lim Han Yong berkata: "FIT@Home akan melengkapkan senarai aktiviti NS FIT semasa bagi Anggota Perkhidmatan Negara untuk mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat di samping tetap sedia beroperasi.

"Opsyen maya ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kefleksebelan dan menjadikannya lebih mudah bagi Anggota Perkhidmatan Negara untuk mengambil bahagian, sambil mengekalkan standard latihan dan keselamatan yang setanding dengan aktiviti NS FIT yang lain."

Terdapat dua sesi FIT@Home yang dijalankan setiap hari melainkan hari Jumaat di mana tiada latihan dijalankan. Jadual waktu untuk sesi tersebut adalah dari 12.30 tengah hari sehingga 1.30 petang dan 6.30 petang hingga 7.30 malam. Maksimum 45 peserta Anggota Perkhidmatan Negara boleh menyertai setiap sesi.

Anggota Perkhidmatan Negara yang berdaftar akan menerima pautan Zoom untuk sesi latihan pilihan mereka dalam alamat e-mel berdaftar mereka. Semasa sesi dijalankan, peserta dikehendaki memaparkan nama penuh dan empat aksara terakhir Kad Pengenalan mereka pada skrin sepanjang sesi. Mereka juga perlu memasang kamera mereka dan boleh dilihat dalam bingkai sepanjang masa sesi dijalankan.

Sekurang-kurangnya dua jurulatih kecergasan dari Pusat Penyesuaian Kecergasan (FCC) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan hadir pada setiap sesi untuk memantau keselamatan peserta. Mereka juga akan memberi panduan untuk memastikan para peserta menunjukkan prestasi yang tinggi.

Dijalankan melalui Zoom, sesi FIT@Home merangkumi siri litar metabolik dan senaman aerobik.

Sistem keselamatan ditetapkan

Setelah menyertai sesi percubaan FIT@Home, Mejar (MAJ) (NS) Garick Bay mendapati sesi tersebut adalah setanding dengan sesi NS FIT fizikal.

"Intensiti senaman dikawal sendiri dan terserah kepada anda untuk mendorong diri sendiri. Selagi anda bergerak, anda bersenam dan jurulatih memerhati anda untuk memantau bentuk anda dan untuk memastikan anda melakukan pergerakan dengan betul," kata jurugambar dan jurulatih sukan pendakian berusia 39 tahun itu.

Bagi seseorang yang menjalankan sesi kecergasan maya untuk Kegiatan Kokurikulum Sukan di Politeknik Temasek, MEJ (NS) Bay juga tertarik dengan langkah-langkah keselamatan yang disediakan untuk FIT@Home.

Sebelum setiap sesi FIT@Home, peserta dikehendaki mengisi borang pengisytiharan keselamatan yang terdiri daripada alamat lokasi latihan dan hubungan kecemasan.

Sekiranya pelatih mendapati mana-mana tanda kemungkinan kecederaan, terdapat sistem hubungan tiga peringkat yang disediakan. Jurulatih akan memanggil peserta terlebih dahulu melalui telefon mudah alih mereka. Sekiranya dia tidak dapat dihubungi, mereka akan menghubungi kenalan kecemasan. Sekiranya kedua-duanya masih tidak dapat dihubungi, jurulatih akan menggesakan ambulans ke lokasi latihan.

Semasa sesi percubaannya, MEJ (NS) Bay mengalami langkah keselamatan ini apabila dia terpaksa melangkah keluar daripada skrinnya sebanyak dua kali untuk melayan pelanggan. Dia menjalankan senaman di tempat kerjanya.

"Apabila saya melangkah keluar daripada skrin, jurulatih akan menghantar SMS kepada saya untuk bertanya tentang keadaan saya. Langkah-langkah keselamatan yang disediakan memang wujud," kata Ketua Bahagian Maklumat Briged dari Briged Infantri Singapura ke-9

"Saya memang suka bila anda perlu menyatakan lokasi latihan anda. Aspek keselamatan diutamakan."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?