Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02mar22news1_photo1_edited9bcd73c5-1e8f-458e-82d8-5c0aa6d0d14b.jpg?sfvrsn=f684b794_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KHIDMAT-KEEMPAT-SAF-UNTUK-MEMPERTAHANKAN-DOMAIN-DIGITAL
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KHIDMAT-KEEMPAT-SAF-UNTUK-MEMPERTAHANKAN-DOMAIN-DIGITAL
KHIDMAT KEEMPAT SAF UNTUK MEMPERTAHANKAN DOMAIN DIGITAL
02 Mar 2022 | OPS & TRAINING

KHIDMAT KEEMPAT SAF UNTUK MEMPERTAHANKAN DOMAIN DIGITAL

PERKHIDMATAN DIGITAL DAN PERISIKAN AKAN DITUBUHKAN PADA SUKU TERAKHIR 2022, UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI DARIPADA SERANGAN DALAM DOMAIN SIBER DAN MEMBANTU ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA UNTUK BERJUANG DENGAN LEBIH BERKESAN SEBAGAI PASUKAN TERANGKAI.

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menubuhkan Perkhidmatan Digital dan Perisikan, atau DIS, untuk mengukuhkan pertahanan Singapura terhadap ancaman dalam domain digital. Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengumumkan demikian dalam ucapannya di Jawatankuasa Bekalan (COS) berkaitan belanjawan pertahanan pada 2 Mac.

Apabila dunia siber terus berkembang luas, ancaman daripada domain digital juga semakin meningkat dalam kecanggihan dan bilangan, kata Dr Ng. Terdapat juga bukti negara dan entiti bukan negara seperti kumpulan pengganas yang melancarkan serangan merentasi kedua-dua sfera fizikal dan digital.

Dr Ng berkata: "Penambahan Perkhidmatan keempat ini, iaitu DIS, akan membolehkan SAF melatih dan berjuang dengan lebih berkesan sebagai pasukan terangkai, bersepadu dan dikembangkan untuk menangani (bukan sahaja) spektrum ancaman yang kita tahu wujud hari ini, malahan juga di domain digital yang kita sedar akan bertambah menjelang masa hadapan."

DIS dijangka akan ditubuhkan pada suku terakhir 2022.

Untuk menangani ancaman digital yang dijangka semakin meningkat dalam bilangan dan kecanggihan, DIS akan memerlukan askar yang berdedikasi, baik dalam bidang teras IT dan komunikasi mahupun dalam bidang lain daripada sains data hingga psikologi. [Foto fail]

Kemahiran baharu, nilai kukuh yang sama

DIS adalah langkah seterusnya dalam pembangunan Komuniti Perintah, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisikan (C4I).

SAF telah membina rangkaian dan sistem C4Inya secara berperingkat,sejak perasmian komuniti C4I pada 2012. Ini disusuli dengan penubuhan Organisasi Siber Pertahanan pada 2017, yang menyelaras keselamatan siber di seluruh sektor pertahanan.

"Secara kiasan, sekiranya pasukan digital kini merupakan pasukan batalion, kita sebenarnya memerlukan beberapa briged, mungkin juga pasukan sebesar saiz Divisyen", kata Dr Ng.

Beliau juga menyatakan bahawa askar DIS akan memerlukan pengkhususan bukan sahaja dalam bidang IT teras dan komunikasi tetapi juga dalam pelbagai bidang termasuk sains data, psikologi, linguistik, antropologi dan geografi, untuk membolehkan mereka memahami motivasi dan cara di sebalik serangan oleh kumpulan negara dan bukan negara.

Walaupun set kemahiran yang diperlukan oleh warga kerja DIS adalah berbeza daripada mereka yang berjuang dalam domain fizikal, mereka perlu memiliki sifat dan nilai yang sama seperti rakan sejawat mereka di Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara, seperti daya tahan dan "komitmen kepada misi bersama untuk menambahbaikkan keamanan dan keamanan Singapura ".

Perkembangan keupayaan digital serta aset yang baharu dan dinaik taraf akan membolehkan Generasi SAF seterusnya menyerang dengan lebih pantas dan lebih tajam, dan melindungi Singapura dengan lebih baik daripada ancaman domain digital, darat, laut dan udara.

Generasi SAF Seterusnya Yang Lebih Teguh

Penambahan DIS merupakan salah satu langkah yang akan melengkapkan visi MINDEF tentang SAF menjelang 2040. Mengulas dengan lebih lanjut tentang bagaimana Generasi SAF Seterusnya akan terbentuk, Dr Ng berkata: "Menjelang 2040, Tentera Darat, dilengkapi dengan Batalion Infantri Generasi Seterusnya dan Kenderaan Berpantau Berperisai dan howitzer baharu, akan lebih mudah dikendalikan, boleh menyerang dengan lebih pantas dan lebih kuat.

"Tentera Laut, dengan Kapal Tempur Pelbagai Peranan, kapal selam kelas Invincible dan kapal tanpa pemandu, boleh melihat dan menyerang lebih jauh di lautan dan ke dalam untuk melindungi perairan kita dengan lebih berkesan... Tentera Udara Generasi Seterusnya, dengan pesawat F-15SG, F-35 dan UAV Generasi Seterusnya, akan lebih letal, serba boleh (dan) berkesan untuk melindungi awan biru kita dengan lebih baik."

Lebih kecil dan lebih tajam berbanding UAV RSAF yang lebih besar seperti Heron 1, Orbiter 4 CR-UAV boleh digunakan dengan lebih cepat dan di ruang yang terbatas untuk mengimbas medan perang.

Sistem tanpa pemandu

Antara asset-aset SAF yang diperoleh baru-baru ini adalah sistem Orbiter 4 Pesawat Tanpa Pemandu Jarak Dekat (CR-UAV) Tentera Udara Republik Singapura (RSAF). Platform udara pelbagai misi lanjutan ini akan melengkapkan armada UAV lebih besar yang sedia ada untuk meningkatkan keupayaan pengawasan dan peninjauan RSAF.

Seberat 50kg dengan lebar sayap 5.4m, saiz kecil Orbiter 4 CR-UAV – ditambah dengan penderia tajam dan kemudahalihan yang tinggi – membolehkan ia dijalankan di pelbagai jenis persekitaran, termasuk ruang terbandar dan ruang terbatas, untuk menyokong operasi seperti anti-keganasan. Ia boleh beroperasi sejauh 150km selama 24 jam, dan terbang pada kelajuan 130kmj.

USV Keselamatan Maritim boleh dikawal dari jauh dari pantai oleh anak kapal dua orang.

Dr Ng mengemas kini bahawa tranche pertama Kapal Permukaan Tanpa Pemandu (USV) Keselamatan Maritim akan dihantar untuk mengawal perairan tempatan. Dilengkapi dengan sistem Penentuan Perlanggaran dan Pengelakan Perlanggaran, USV ini boleh mengemudi berautonomi dengan selamat melalui Selat Singapura yang penuh sesak.

Kapal Pemusnah Periuk Api Tentera Laut Republik Singapura (RSN) juga akan digantikan dengan sistem tanpa pemandu sepenuhnya mulai 2027 dan seterusnya.

Ditempah pada 2019, Hunter AFV merupakan platform pertama Tentera Darat terdigit sepenuhnya, dan menawarkan kuasa tembakan, mobiliti dan perlindungan anak kapal yang lebih besar berbanding kapal Ultra M113 sebelumnya.

Membina Generasi SAF Seterusnya

Dr Ng juga mengumumkan bahawa Tentera Singapura akan mengoperasikan Kumpulan Tempur Berperisai Hunter pertama pada Mac tahun ini.

Tambahan terakhir kepada senjata perisai SAF, Kenderaan Tempur Berperisai Hunter (AFV) merupakan kenderaan pertama yang terdigit sepenuhnya. Ia dilengkapi dengan kawalan skrin sentuh, sistem penentuan dan pengesanan sasaran automatik, serta suit sistem C4 yang canggih untuk penyelarasan medan perang yang lebih pantas.

RSAF akan menggantikan armada F-16 yang sudah tua dengan Pejuang Serang Bersama F-35B yang baharu. Mereka akan ditempatkan bersama di Ebbing Air National Guard Base in Fort Smith, Arkansas, AS, bersama dengan detasmen latihan pejuang F-16 RSAF. Kredit foto: Lockheed Martin]

Selain penambahan baharu kepada senjatanya – seperti Pejuang Serang Bersama F-35B yang dijangka dihantar kepada SAF mulai 2026 – SAF sedang menaik taraf asset-asetnya seperti frigat kelas Formidable RSN, yang telah digunakan selama 15 tahun.

Sistem Pengurusan Tempurnya akan dipertingkatkan untuk memanfaatkan teknologi canggih terkini seperti kecerdasan buatan. Bersama-sama dengan sensor yang dipertingkatkan, frigat yang dinaik taraf akan dapat mengesan dan bertindak pantas terhadap potensi ancaman.

Sistem pengurusan tempur dan komunikasi yang dipertingkatkan akan menambah kebolehan berperang kapal frigat kelas Formidable itu. Digambarkan adalah kapal RSS Supreme (latar depan) semasa Latihan Pelican 2020.

Sistem senjata semasa kapal akan dinaik taraf agar lebih letal dan tepat, manakala sistem komunikasi akan diperbaharui untuk meningkatkan kapasiti rangkaian mereka di seluruh SAF.

Dengan adanya penggabungan Sistem Pengurusan Armada, maklumat yang dikumpul pada platform kapal dan status kesihatan sistem tempur akan dikumpul dan digunakan untuk penyenggaraan kejuruteraan awalan bagi meningkatkan kesediaan operasi frigat.

Bersedia untuk melawan pertempuran sendiri

Dr Ng menekankan betapa pentingnya untuk terus membina Generasi SAF Seterusnya dengan mengambil iktibar dari Ukraine, Kuwait dan Qatar, sebagai peringatan tentang "apa yang berlaku kepada negara kecil yang mudah terjejas" dan di mana "kemerdekaan dan kebebasan berada dalam bahaya".

"Kita hidup mengikut dictum bahawa semakin teguh SAF, semakin mudah untuk berkawan dan mempunyai kurang musuh. Tiada siapa yang akan mempertahankan Singapura dengan teguh sekiranya warga Singapura tidak akan atau tidak berdaya."

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

She used to serve on the Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

She used to serve on the Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

She used to serve on the Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!