Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/23apr20_news1_photo1aad73ca1-273b-4bcb-9bf4-5ed2c3637677.jpg?sfvrsn=28cb45fb_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KERAHAN-PANTAS-DI-BAWAH-PIMPINAN-SAF-MEMBANTU-MENSTABILKAN-SITUASI-ASRAMA-COVID-19
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KERAHAN-PANTAS-DI-BAWAH-PIMPINAN-SAF-MEMBANTU-MENSTABILKAN-SITUASI-ASRAMA-COVID-19
KERAHAN PANTAS DI BAWAH PIMPINAN SAF MEMBANTU MENSTABILKAN SITUASI ASRAMA COVID-19
23 Apr 2020 | COMMUNITY

KERAHAN PANTAS DI BAWAH PIMPINAN SAF MEMBANTU MENSTABILKAN SITUASI ASRAMA COVID-19

PASUKAN SOKONGAN DAN JAMINAN KE DEPAN (FAST) TELAH DIKERAH UNTUK MEMBANTU PEKERJA-PEKERJA ASING DI ASRAMA YANG TERJEJAS DENGAN PENULARAN COVID-19.

Dalam tempoh 24 jam pertama operasi, pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Tampines Dormitory telah melaksanakan sistem pengedaran makanan; mengedarkan pek penjagaan kesihatan; dan membentuk saluran komunikasi WhatsApp dengan penghuni-penghuni di situ.

Mereka kemudiannya membuka pos kesihatan di samping memperkenalkan proses untuk pekerja asing mengirimkan wang kepada keluarga mereka.

Ini semua disediakan untuk menjaga kesejahteraan penghuni kerana asrama ini telah diwartakan sebagai kawasan pengasingan untuk mengawal penularan COVID-19 (Penyakit Koronavirus 2019).

SLTC Tan (latar depan, berbaju putih), yang mengetuai kerahan FAST di Tampines Dormitory, membantu dalam pengedaran makanan tengah hari pada 21 Apr.

Pasukan ini membentuk salah satu daripada Pasukan Sokongan dan Jaminan Ke Depan, atau FAST – yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada SAF, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Pasukan Polis Singapura – yang telah ditubuhkan untuk menstabilkan keadaan di asrama.

Mereka adalah sebahagian daripada strategi Kerajaan untuk menguruskan keperluan harian pekerja dan memastikan kesihatan dan kebersihan terjaga di tapak-tapak tersebut.

Kakitangan FAST telah dikerah ke 43 buah asrama yang dibina khas – lebih setengah daripadanya diuruskan oleh SAF.

Kerahan yang diketuai SAF ini telah memulakan sistem pengumpulan makanan di Tampines Dormitory yang telah diwartakan, di mana hanya seorang penghuni dibenarkan mewakili setiap bilik untuk mengambil makanan.

"Kami menyedari bahawa sistem pengedaran makanan, (menjaga keperluan) kesihatan (mereka), dan keselamatan adalah kepentingan utama, jadi itulah yang menjadi fokus kami di Tampines Dormitory," kata Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Tan Shengyang, yang mengetahui kerahan FAST di sana.

Pasukannya telah diaktifkan pada 7 Apr dan terdiri daripada tujuh anggota SAF dan lima kakitangan MOM.

Salah satu daripada perkara pertama yang mereka lakukan ialah membuka khemah berukuran 20 m kali 30 m di halaman luar, untuk pengedaran makanan setiap hari. Sebagai sebahagian daripada operasi pewartaan, penghuni mesti duduk di dalam bilik mereka pada setiap masa kecuali semasa mengambil makanan. Hanya satu orang dari setiap bilik boleh mengambil makanan untuk bilik tersebut.

Kerahan FAST, yang terdiri daripada anggota SAF dan kakitangan MOM, bermesyuarat sambil bekerjasama bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja di Tampines Dormitory.

Kerahan FAST juga membuka sembang berkumpulan dengan "duta" penghuni untuk membantu merapatkan jurang bahasa.

"Kami pergi dari bilik ke bilik untuk mengenal pasti siapa yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan siapa yang mempunyai aplikasi WhatsApp. Kami memasukkan mereka ke dalam sembang berkumpulan untuk menyebarkan maklumat di samping untuk mendapatkan maklum balas mengenai keperluan mereka," kata SLTC Tan kepada media pada 21 Apr.

Maklum balas sepertinya telah membawa kepada perbincangan dengan katerer untuk menyediakan lebih banyak ikan dan sayur-sayuran dalam hidangan mereka; di samping mendapatkan perkhidmatan penghantaran wang bagi membantu penghuni menghantar duit kepada keluarga mereka.

Sukarelawan penghuni Encik Mundla bersemangat menyaksikan kerahan FAST lalu menawarkan diri untuk membantu dengan tugasan harian seperti pengedaran makanan di asrama.

Encik Mundla Anil Kumar, seorang penghuni, dengan terus-terang berkata: "Pada awalnya (pewartaan), ia memang sangat membosankan. Tetapi selepas beberapa lama, kami membiasakan diri bersenam dan mengemas bilik."

"Dan kemudiannya kami diberikan Wi-Fi percuma di asrama, jadi kami boleh menelefon rumah dan menonton TV," dia menambah. Encik Mundla telah bekerja di Singapura selama 10 tahun sebagai pemandu di sebuah syarikat pembinaan.

Warga India berusia 31 tahun itu telah menawarkan diri untuk membantu dalam kerahan FAST dan pengurusan asrama dengan pengedaran makanan dan pengurusan sisa.

"Melihatkan bagaimana petugas (FAST) bekerja dengan begitu keras, dari pagi hinggalah ke malam untuk mengagih makanan kepada kami; sehingga mereka sendiri tidak boleh pulang ke rumah, mendorong keinginan saya untuk membantu mereka dan turut menyumbang."

SLTC Tan berkata maklum balas positif daripada penghuni membuatkan masa bekerja yang lama di situ berbaloi.

Walaupun SLTC Tan baru menikmati hari cutinya yang pertama dalam dua minggu, dia berkata bahawa maklum balas positif daripada penghuni terus memberinya motivasi.

Sambil mengenang kembali Tahun Baru Tamil dan Bengali yang diraikan dengan pekerja asing minggu lepas, SLTC Tan berkata: "Kami mengedarkan manisan tradisi yang dipanggil ‘laddu’ dan menjamu mereka dengan makanan segera dan piza.

"Kami menerima sambutan yang luar biasa daripada penghuni dalam WhatsApp, yang ikhlas mengucapkan terima kasih atas apa yang kami lakukan untuk mereka. Ini membuatkan saya ingin terus membantu penghuni-penghuni di situ sebanyak mana yang boleh."

 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?