Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/22feb22_photo1f8a7353e-bb28-4314-9549-e0344595c4e1.jpg?sfvrsn=5454f6b6_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KEMBAR-SEIRAS
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KEMBAR-SEIRAS
KEMBAR SEIRAS
22 Feb 2022 | PEOPLE

KEMBAR SEIRAS

PASANGAN KEMBAR INI PERGI KE SEKOLAH YANG BERASINGAN DAN MEMPUNYAI KUMPULAN KAWAN TERSENDIRI, TETAPI LATIHAN DAN BELAYAR DALAM KAPAL YANG SAMA TELAH MERAPATKAN LAGI DUA BERADIK INI.

3SG Ernus (kiri) dan 3SG Jonus kedua-duanya berkhidmat dengan NS mereka sebagai Operator Sistem Marin di kapal RSS Persistence.

Tidak seperti kembar-kembar lain yang berada dalam kelas yang sama, mereka berdua menuntut di sekolah yang berbeza.

Sarjan Ketiga (3SG) Jonus Ho menuntut di Menengah Temasek dan seterusnya di Maktab Rendah Victoria, manakala 3SG Ernus Ho menjalani peperiksaan A-Level secara langsung di Sekolah Menengah Dunman. Kedua-duanya ada geng kawan tersendiri.

Jadi, agak mengejutkan bila mendapat tahu mereka berdua dihantar ke Tentera Laut Republik Singapura untuk menjalani Perkhidmatan Negara mereka – dan dalam kapal yang sama!

"Ia pastinya mengejutkan kerana setahu kami selepas tamat pengajian BMT kami akan berpisah," kata 3SG Ernus.

"Dan kami tidak ada sebarang latar belakang langsung dalam bidang Kejuruteraan... Kami fikir kami akan berpakaian hijau," tambah 3SG Jonus, kembar yang lebih tua dengan kira-kira seminit.

Pasangan kembar yang berusia 20 tahun, kini bertugas sebagai sebagai Pakar Sistem Marin di atas kapal Pendaratan Tangki Kapal RSS Persistence. Mereka bekerja bersama-sama Pegawai Tetap dan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa lain dalam menyenggara dan mengendalikan jentera di sekeliling kapal mereka – daripada enjin kepada penyaman udara.

Mereka akan mencapai Tarikh Sedia Operasi (ORD) mereka pada November ini, selepas itu 3SG Jonus dan 3SG Ernus masing-masing akan menuntut bidang Sains Komputer dan Perniagaan.

3SG Jonus (kiri) dan 3SG Ernus menjalankan pemeriksaan pada enjin kapal sebagai sebahagian daripada tugas harian mereka di kapal. Pelayaran paling lama yang dilalui oleh pasangan kembar itu adalah lima hari empat malam.

Mula-mula sekali: Dengan pasangan kembar di kapal yang sama, adakah anda pernah dikelirukan dengan yang lain?

(Secara serentak) Oh, sudah tentu. Setiap hari!

3SG Jonus: Rakan sepasukan dan rakan kerja kami sejak enam bulan lalu boleh membezakan kami, tetapi adakalanya pihak atasan akan memanggil kami dengan nama yang salah.

3SG Ernus: Ya, ia agak kelakar. Jadi bila mereka perlukan bantuan, mereka akan panggil kami berdua sekali dan bukannya seorang sahaja.

Sebelum menyertai Tentera Laut, anda menjalani kursus Latihan Asas Tentera anda di platun yang sama. Bagaimanakah keadaan pada masa itu?

3SG Ernus: Ia bagus kerana jika saya terlupa membawa sesuatu seperti detergen untuk mencuci pakaian saya, atau satu set pakaian latihan fizikal, saya boleh gunakan dia punya! (tertawa kecil)

Selain itu, bila saya melihat abang saya melakukan perkara yang sama dalam acara yang menjerihkan di kem lapangan, ia menenangkan hati saya. Dalam satu perkataan, saya berasa lebih yakin dengan adanya dia bersama saya di sana.

3SG Jonus: Ia adalah sesuatu yang tidak diungkapkan  tetapi bila kami melihat satu sama lain bekerja keras, kami akan terdorong dan bertenaga untuk meneruskan latihan.

Bagaimana perasaan anda pada masa itu bila dihantar ke kapal yang sama?

3SG Ernus: Kami ada "Fasa Pelatih" dua bulan bila kami mula-mula menaiki kapal. Itu merapatkan kami lagi sebagai abang-adik, kerana kami terkiar-kiar belajar perkara baharu bersama-sama. Ia juga menjadikan kehidupan kami atas kapal  lebih selesa dan benar-benar membuka mata.

3SG Jonus: Terdapat kursus mencegah kebakaran semasa latihan di mana kami berada di Angkatan Pertahanan Awam Singapura untuk belajar mencegah kebakaran. Kursus itu berlangsung selama 3 hari dan ia agak meletihkan. Tetapi melihat abang saya membawa beg, botol berat dan mencegah kebakaran dengan berpakaian seragam lengkap bersama saya…memang memberi saya motivasi.

Adakah bila-bila masa anda mencari adik anda untuk bantuan?

3SG Ernus: Abang saya lebih bersemangat dan agak serius semasa bekerja. Dalam tempoh Fasa Intern, bila saya terlupa sesuatu yang perlu saya ketahui – contohnya di mana letaknya sesuatu injap–saya akan tanya dia. Lazimnya sayalah yang mencari dia, bukan sebaliknya.

3SG Jonus: Ya, saya tidak perlu mencari dia. (bergelak)

Adik saya lebih suka berjenaka dan lebih tenang berbanding dengan saya. Kalau saya berasa stres, dia akan buat lawak untuk meredakan saya.

3SG Jonus (dua dari kanan) dan 3SG Ernus bersama ibu bapa mereka selepas menamatkan pengajian sebagai kadet pakar pada Ogos 2021. [Foto ihsan orang yang ditemuduga]

Apakah yang paling digemari tentang tugasan harian anda?

3SG Jonus: Saya memang seronok berada di jabatan teknologi, kami seakan-akan bersaudara.  Semua orang bersikap mesra dan kami akan membeli makanan untuk satu sama lain; kami duduk bersantai sambil bersembang tentang kehidupan. Anak-anak kapal inilah yang menjadikan kehidupan kami di atas kapal lebih menyeronokkan.

3SG Ernus: Anak-anak kapal itu memiliki personaliti yang berlainan – kami dapat berinteraksi dengan mereka daripada pelbagai latar belakang, bergaul mesra dan menjadi kawan. Saya pasti akan rindu anak-anak kapal ini bila saya mencapai ORD. Sebenarnya, saya sudah pun merindui mereka yang mencapai ORD baru-baru ini.

3SG Jonus: Itu, dan juga makanan yang dimasak oleh chef tentera laut memang sedap-sedap belaka!

3SG Ernus: (mengangguk tanda setuju)

---

Walaupun pasangan kembar itu mungkin meluangkan banyak masa bersama-sama dalam kapal tetapi setakat manakah kehebatan telepati kembar mereka? Saksikan aksi mereka dalam "Cabaran Jinx"!

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

She used to serve on the Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

She used to serve on the COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

She used to serve on the Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!