PEOPLE
KEMBAR DUA DIPERTAULIAHKAN DI KALANGAN 417 KADET DALAM PERARAKAN OCS PENUH PERTAMA SEJAK COVID-19
11 Jun 2022
Sebagai pasangan kembar, Leftenan Kedua (2LT) Darren dan Derrick Ong menjalani kehidupan bersama dan meraikan setiap hari lahir berdua.
Sebagai pasangan kembar, Leftenan Kedua (2LT) Darren dan Derrick Ong menjalani kehidupan bersama dan meraikan setiap hari lahir berdua.
Sehinggalah 22 Januari ini – apabila 2LT Derrick belayar selama 40 hari sebagai anggota Kerahan Latihan Midshipman Tentera Laut.
"Ia berlaku semasa Tahun Baru Cina juga, jadi sedih juga kerana tidak dapat meraikan jamuan keluarga yang penting," kata 2LT Derrick. "Tetapi keluarga saya meraikan perayaan lebih awal untuk saya dan mendorong serta menggalak saya sepanjang tempoh pengerahan."
Pelayarannya – yang merupakan sebahagian daripada latihan rutin Tentera Laut ke pelabuhan persinggahannya di Guam –melibatkan giliran syif 24/7 untuk berjaga di jambatan itu.
"Ia benar-benar memerlukan satu pasukan untuk berjaga-jaga dan semua orang perlu berwaspada untuk memastikan kami menavigasi dengan betul, memerhati air pasang, dan kami memantau kapal-kapal kecil (sekitar kami)," kata 2LT Derrick, yang menjalani syif termasuk giliran waktu malam sari 12 pagi hingga 4 pagi.
Di rumah, 2LT Darren, kembar yang lebih tua lima minit, mengadakan makan malam hari jadi yang ringkas tanpa adiknya.
"Saya juga bantu mengumpul ang baos (paket merah) semasa lawatan Tahun Baharu Cina, dan tentu sekali saya akan berikan kepadanya,” tambahnya sambil tersenyum.
Kembar dua adalah di kalangan 417 pegawai kadet dari Tentera Darat Singapura, Tentera Laut Republik Singapura dan Tentera Udara Republik Singapura yang ditauliahkan pada Perbarisan Pentauliahan Kursus Pegawai Kadet pada 11 Jun.
Perbarisan yang diadakan di Institut Tentera SAFTI itu adalah yang pertama terpusat untuk Sekolah Kadet Pegawai (OCS) sejak pandemik COVID-19.
Ini juga pertama kalinya sejak permulaan COVID-19 setiap graduan dibenarkan menjemput empat tetamu.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan Merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Bin Osman, yang meneliti perarakan itu, menekankan kepentingan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang kukuh untuk menangani cabaran yang semakin menular.
"Walaupun Singapura beralih kepada daya tahan COVID, kita berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik akibat konflik Rusia-Ukraine. Konflik itu juga telah menunjukkan kepada kita bahawa ancaman digital semakin berkembang dalam skala dan kecanggihan.
"Saya yakin SAF akan terus bangkit untuk menghadapi cabaran baharu. SAF yang kukuh dan berwibawa adalah penjamin tunggal untuk kedaulatan, keamanan dan keselamatan kita," kata Dr Maliki.
Bagi kembar dua itu – yang belajar di sekolah sama dan dihantar ke platun sama sebagai anggota Batalion Ke-3, Pengawal Singapura, Pengambilan Mono Ke-19 – dihantar ke jawatan berbeza merupakan suatu perubahan yang besar.
Tetapi ia juga merupakan peluang baik bagi mereka berkongsi kisah masing-masing.
Dengan kerjaya sebagai infantri, 2LT Darren menikmati pengalaman latihan yang tidak dapat dilupakan sebagai sebahagian daripada latihan ringkasan 2H1Nnya.
Semasa menjalani latihan semalaman itu, anggota tentera dibawa masuk ke kawasan operasi dengan helikopter Chinook untuk menjalani perbarisan laluan ke kawasan operasi bandar untuk menyerang objektif.
"Sesudah menangkap objektif, kami masih perlu pindah kepada pertahanan dan menghalang penyerang. Inilah (latihan) terakhir kami semua bersama, justeru kami berusaha dengan terbaik sekali," kata 2LT Darren.
Walaupun kembar dua ini sudah berpisah selepas tamat pengajian, matlamat mereka sebagai pemimpin masih juga serupa.
"Apabila kembali ke unit saya, saya akan memimpin askar tahun dua yang mungkin lebih berpengalaman daripada saya," kata 2LT Darren, yang akan menyertai Kursus Penukaran Pengawal sebelum pelantikannya.
"Untuk mendapat penghormatan mereka, saya perlu memimpin melalui teladan dan belajar daripada mereka juga dan beraksi bersama mereka."
Dengan nada yang sama, 2LT Derrick, yang bakal memimpin Pasukan Keselamatan Laut Pengiring (ASSeT) dalam Skuadron 180 Tentera Laut, berhasrat untuk "melakukan sesuatu dengan cara yang betul, walaupun tiada sesiapa yang memerhatikan".
"Saya ingin mengenali anak buah saya secara peribadi dan membina kepercayaan mereka.
"Sebagai pegawai saya juga berharap saya dapat membantu mereka mencari hala tuju, bukan setakat berkhidmat tetapi untuk memanfaatkan masa mereka dalam Perkhidmatan Negara."
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

