PEOPLE
KEMBALI KE TANAH AIR UNTUK BERKHIDMAT
17 Aug 2022
Dia membesar di luar negara, tidak kelihatan seperti warga Singapura yang tipikal, dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Singlish. Tetapi seperti setiap anak lelaki Singapura, dia telah menjalani kursus Perkhidmatan Negara (NS). Temui Leftenan (LTA) (NS) Christopher Raj Brian Martin, yang dilahirkan di Arab Saudi, anak kepada bapa warga Britain dan ibu warga Singapura.
Ayahnya, kini seorang Pemastautin Tetap Singapura, adalah perunding industri perbankan sedunia, manakala ibunya pula seorang suri rumah. Dia ada seorang adik perempuan berusia 18 tahun.
LTA (NS) Martin menghabiskan masa dewasanya di Arab Saudi, Brunei dan kemudiannya Vietnam yang merupakan tempat tinggal keluarganya selama 12 tahun. Pada 2020, selepas menamatkan sekolah menengah, dia kembali ke Singapura untuk mendaftar dalam Perkhidmatan Negara.
Kejutan budaya
Walaupun LTA (NS) Martin pernah berkunjung ke Singapura untuk melawat saudara-maranya, lawatan singkat ini tidak memberi peluang kepadanya untuk menghayati budaya Singapura dengan sepenuhnya.
"Secara peribadi, masalah utama saya ialah memahami budaya Singapura," kata pegawai berusia 20 tahun itu. Umpamanya, semasa menjalani Latihan Asas Tentera (BMT), dia sering menghadapi masalah memahami perintah latih tubi Bahasa Melayu seperti senang diri (berdiri tenang) dan sedia (perhatian).
"Perintah itu benar-benar sesuatu yang sukar untuk saya bayangkan," katanya. "Oleh kerana saya adalah platun pertama (In-Charge), memberikan arahan apabila saya tidak memahami bahasa itu adalah agak sukar."
Mengenali teman senegeri
LTA (NS) Martin, yang baru menamatkan Perkhidmatan Negara sepenuh masa pada 10 Ogos, merumuskan tempoh Perkhidmatan Negaranya sebagai pengalaman yang membuka mata.
"Ia benar-benar membuka mata saya...memahami pelbagai latar belakang dan budaya orang lain. Terutamanya di BMT di mana semua orang – dari segenap lapisan masyarakat di seluruh negara – berkumpul untuk menjalani latihan yang sama."
Salah seorang rakan platun BMTnya juga menjadi "rakan bunk" sepanjang tempoh Perkhidmatan Negaranya – apabila LTA (NS) Martin terpaksa mencari tempat tinggal yang baharu, rakan platun ini menawarkan bilik kosongnya.
"Kami membina hubungan persahabatan yang begitu erat; kami tinggal, makan, dan meluangkan masa hujung minggu bersama-sama. Kalau bukan kerana Perkhidmatan Negara, nescaya saya tidak dapat bertemu dengannya," katanya.
Memanfaatkan tempoh Perkhidmatan Negara dengan sepenuhnya
Walaupun pada mulanya, dia menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri, LTA (NS) Martin berazam untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam Perkhidmatan Negara. Alasannya? Pembangunan diri.
"Saya telah menghabiskan dua tahun (dalam NS); alangkah baiknya dimanfaatkan pengalaman sepenuhnya di samping menjadi insan yang lebih berbakti?" katanya. "Dengan semua kemahiran baharu yang ditimba sepanjang tempoh tersebut, saya boleh menerapkannya untuk menambah baik kehidupan saya di universiti dan kemudiannya dalam kehidupan bekerja saya."
Dia berusaha dengan cemerlang dalam BMT dan dipilih untuk menyertai Sekolah Pegawai Kadet.
Selepas melengkapkan latihan pegawai kadet selama 38 minggu, dia ditugaskan di Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).
Dia berkhidmat sebagai panglima platun dalam Pasukan Respons Skuadron 605. Tugasannya adalah memimpin sepasukan tujuh anggota tentera, bersedia untuk beraksi sekiranya berlaku sebarang ancaman keselamatan di Pangkalan Udara Tengah.
Salah satu kemahiran hidup yang dipelajari semasa dalam Perkhidmatan Negara ialah kepimpinan – bagaimana untuk menawan hati dan minda khalayak ramai.
Menurut LTA (NS) Martin, yang akan melanjutkan pengajiannya dalam bidang sains komputer di Universiti Tilburg di Belanda: "Walaupun anda boleh memberi arahan kepada seseorang dan mengharapkan mereka mengambil tindakan, mereka tidak akan percaya dengan apa yang anda beritahu mereka – melainkan anda memberi mereka alasan kenapa mereka harus melakukan sesuatu yang dilakukan.
"Gaya kepimpinan ini agak asing bagi saya sehingga saya menyertai Perkhidmatan Negara. Dan itulah yang benar-benar membantu saya menjadi seorang pemimpin yang lebih cekap."
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

