KELUARGA SEHATI SEJIWA PEGAWAI BAHARU SAF

DSC_9972 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/dsc_9972.jpg?sfvrsn=680c105d_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KELUARGA-SEHATI-SEJIWA-PEGAWAI-BAHARU-SAF
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KELUARGA-SEHATI-SEJIWA-PEGAWAI-BAHARU-SAF
KELUARGA SEHATI SEJIWA PEGAWAI BAHARU SAF
15 Jun 2019 | MILESTONES

KELUARGA SEHATI SEJIWA PEGAWAI BAHARU SAF

// BERITA OLEH BENITA TEO

// FOTO OLEH KENNETH LIN

"Jika akaun bank anda penuh tetapi hati anda kosong, apalah gunanya?"

Inilah yang ditekankan oleh Leftenan (LTA) Emily Kwek. Setahun dahulu, dia dan kakaknya LTA Felicia Kwek mencari-cari sesuatu yang lebih dalam kehidupan daripada hanya mendaki tangga korporat.

LTA Emily, 29, berasa lesu mengejar ROI (Pulangan Pelaburan) di sebuah syarikat multinasional sementara LTA Felicia, 23, bergelut sebagai siswazah yang menjadi intern di sebuah syarikat aiskrim.

"Saya mula terfikir, kerja apakah yang akan memberi makna serta hala tuju yang saya cari-cari?” kata LTA Felicia.

Akhirnya, mereka tidak perlu memandang jauh untuk mencari jawapannya – adik-beradik ini teringat kisah yang diceritakan oleh ibu mereka tentang perkhidmatannya dengan Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

Puan Katherine Chan, yang berkhidmat selama enam tahun sebagai WOSpec (Pegawai Waran dan Pakar) dalam RSN, telah belayar atas Bot Peluru Berpandu.

Semangat ibu mereka mengenai Tentera Laut membuatkan keputusan mengikuti jejaknya sebagai sesuatu yang semula jadi untuk kedua-dua adik beradik itu. Tetapi apa yang menetapkan keputusan mereka adalah menyaksikan sendiri semangat kekeluargaan Tentera Laut yang diceritakan kepada mereka.

"Saya mahu bekerja di mana semua orang seperti satu keluarga. Di dalam Tentera Laut, anda dipaksa bekerja bersama-sama untuk mengendalikan seluruh kapal (kerana) tidak semua orang boleh mengetahui segalanya. Jadi seronok melihat semua orang bersedia untuk membantu satu sama lain,” kata LTA Felicia.

Contohnya, dia begitu tersentuh melihat anak kapal terus membantunya dengan tugas menyarung pakaian bomba semasa latihan walaupun dia berpangkat paling junior di atas kapal.

Bagi LTA Emily, yang meraih anugerah Pedang Kehormat dan Terbaik dalam Pengetahuan, dia menemui hala tuju kariernya apabila menyambung legasi karier ibunya.

"Ia berkaitan dengan menurunkan semangat kekeluargaan Tentera Laut dari generasi ke generasi. Melihatkan bagaimana semua orang membantu satu sama lain, saya bertekad untuk melakukan perkara yang sama agar junior saya boleh mempunyai pengalaman pembelajaran yang bagus."

"Ia sesuatu yang diturunkan dari generasi ibu saya, dan saya berharap ia tidak akan padam.”

Pada 15 Jun, ibu dan bapa (yang juga Anggota Perkhidmatan Negara dalam Tentera Laut) LTA Emily dan LTA Felicia berbangga menyaksikan pentauliahan anak-anak mereka sebagai pegawai.

Mereka antara 359 pegawai kadet yang menerima epaulet mereka sambil disaksikan oleh keluarga dan yang tersayang semasa perarakan pentauliahan yang diadakan di Institut Tentera SAFTI.

Berucap semasa perarakan, tetamu kehormat Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean mengingatkan pegawai baharu mengenai peranan mereka sebagai pemimpin dalam memandu dan memelihara para anggota yang bertugas di bawah mereka.

"Memimpin melalui teladan melalui ketokohan dan keupayaan. Melibatkan dan menginspirasikan mereka. Menjaga mereka. Memastikan mereka selamat. Membina pasukan yang kuat, yang akan berjuang untuk satu sama lain, dan menjaga satu sama lain.”

Kata-kata Encik Teo diulang oleh Leftenan 2 (2LT) Mohamed Danial Bin Mohamed Aripin, yang bersedia untuk menggalas kewajipan yang lebih besar.

"Sebagai pegawai, anda perlu memahami segalanya yang berlaku dalam kalangan anggota bawahan anda. Ia (berkaitan) dengan mempunyai sikap yang betul dalam keinginan untuk memimpin dan menjadi prihatin,” kata anggota infantri berusia 21 tahun itu.

Penerima anugerah Pedang Kehormat dan Terbaik dalam Pengetahuan terhutang budi dengan keluarganya yang membantu dia melalui masa-masa yang mencabar dari segi fizikal dan mental. Dia berkongsi bahawa dia menjadi lebih rapat dengan ibu bapanya selepas menyertai tentera dan bersyukur kerana ibunya sentiasa sabar mendengar luahannya.

"Ibu bapa saya berumur dan tidak begitu memahami perkara seperti (anugerah yang saya terima). Tetapi apabila saya berkongsi berita baik ini, mereka boleh melihat senyuman lebar saya. Mereka berasa sangat bangga. Kata mereka: 'Asalkan kamu tahu yang kamu telah lakukan yang terbaik, hanya itu yang penting.'," dia berkata.

Bagi 2LT T Daranidarran,19, pula, dia menemui keluarga besar dalam kalangan rakan-rakannya dari Latihan Asas Tentera (BMT) dan OCS. Dia baru sahaja kembali dari Singapura secara sendirian dari India, di mana bapanya bekerja, untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Walaupun hidup di luar negara dan sentiasa berpindah menyebabkan dia sukar untuk menjalin persahabatan, belajar untuk hidup di Singapura bukanlah sesuatu yang mudah.

"Ia agak mencabar, bagi seseorang yang banyak menghabiskan usianya di luar Singapura untuk memahami loghat dan slanga… Dan kerana saya jarang berinteraksi dengan orang dari pelbagai kaum, saya tidak boleh menjangka apa yang akan terjadi. Tetapi dengan perjalanan masa, saya belajar…untuk berinteraksi dengan semua orang dengan baik.”

Dia kini ada kumpulan kawan rapat yang membantunya dalam latihannya sebagai Pegawai Perang Udara – Pertahanan Udara Berpangkalan Darat.

Dia mengimbau kembali satu insiden: “Saya susah hendak mengingati nombor, dan apabila mempelajari pengetahuan sistem, kita kena menghafal banyak nombor. Jadi apa yang kawan-kawan saya lakukan ialah menguji saya semasa makan tengah hari – jadi kami membantu satu sama lain dalam kekuatan dan kelemahan masing-masing."

Dan hari ini, dia berjaya menjadi pegawai disaksikan oleh keluarga lama dan baharunya.

Suggested Reading
Feature
Melawan raksasa-G
MILESTONES
15 Jun 2019

Apakah peralatan khas yang dipakai oleh juruterbang untuk memastikan diri mereka cergas terbang?

Cover story
15 FAKTA MENGENAI F-15SG
MILESTONES
15 Jun 2019

Daripada menjaga langit Singapura hingga mengibarkan bendera tinggi dalam latihan multinasional, jet pejuang F-15SG RSAF adalah satu kekuatan yang perlu diperhitungkan.

Feature
TENTERA S'PURA BERLATIH BERSAMA MARIN AS DALAM LATIHAN DUA HALA
MILESTONES
15 Jun 2019

Kira-kira 800 tentera dari SAF dan USMC mengambil bahagian dalam Latihan Valiant Mark tahun ini, latihan bersama selama 10 hari yang berakhir dengan serangan bandar di SAFTI City.

SAF MENYAMBUT 60 TAHUN DENGAN PAMERAN KELILING
MILESTONES
15 Jun 2019

Pameran SAF60 memperingati enam dekad komitmen dan dedikasi dalam menjaga keselamatan Singapura.

DIS MENUBUHKAN DUA MARKAS UNTUK MENANGANI ANCAMAN SIBER
MILESTONES
15 Jun 2019

Dengan peningkatan yang membimbangkan dalam kekerapan, kecanggihan dan skala ancaman siber, adalah lebih penting berbanding sebelum ini bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meningkatkan keupayaan pertahanan digitalnya.

SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
MILESTONES
15 Jun 2019

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
MILESTONES
15 Jun 2019

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
MILESTONES
15 Jun 2019

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
MILESTONES
15 Jun 2019

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
MILESTONES
15 Jun 2019

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.