KEKAL CERGAS SEMASA TEMPOH PEMUTUS LITAR UNTUK MENJADI PEGAWAI

23mar21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/23mar21_news1_photo1.jpg?sfvrsn=ab2d25d_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KEKAL-CERGAS-SEMASA-TEMPOH-PEMUTUS-LITAR-UNTUK-MENJADI-PEGAWAI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KEKAL-CERGAS-SEMASA-TEMPOH-PEMUTUS-LITAR-UNTUK-MENJADI-PEGAWAI
KEKAL CERGAS SEMASA TEMPOH PEMUTUS LITAR UNTUK MENJADI PEGAWAI
23 Mar 2021 | PEOPLE

KEKAL CERGAS SEMASA TEMPOH PEMUTUS LITAR UNTUK MENJADI PEGAWAI

// KISAH GABRIEL LEE

// FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN EMIR ILYAS BIN ELHAM

Walaupun kursus Latihan Asas Tentera Leftenan Muda Emir terpaksa digantung semasa tempoh pemutus litar di seluruh negara pada 2020, dia masih bertekad untuk meningkatkan kecergasannya dan mencapai impiannya untuk menjadi pegawai. Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa merupakan antara 204 kadet yang bertugas sebagai Pegawai pada 21 Mac.

"Sertailah OCS (Pegawai Kadet Sekolah) jika anda ingin mencabar diri anda."

Inilah kata-kata abang Leftenan Muda Emir Ilyas Bin Elham, yang turut menyertai Perkhidmatan Negara (NS) sebagai pegawai Infantri. Abangnya, Leftenan (NS) Edly Irsyad Bin Elham, - yang kemudiannya dihantar semula ke Latihan Asas Tentera sebagai Pegawai Staf – merupakan abang sulung di antara tiga beradik dalam keluarga, dan pernah menjadi modal peranan Leftenan Muda Emir sejak kecil lagi.

Leftenan Muda Emir (paling kanan) di Perbarisan Tarikh Sedia Operasi abangnya pada November 2019.

Pada awal kursus BMTnya, Leftenan Muda Emir tidak menyangka dirinya dapat menyertai OCS. Berat badannya sebanyak 80kg, dan di yakin tidak berpeluang untuk menjadi Pegawai setelah menjalani Fasa Latihan Fizikal (PTP) BMT.

Kursus PTP yang berlangsung selama lapan minggu ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan tempur para rekrut yang gagal memperoleh minimum 61 mata untuk Ujian Kemahiran Fizikal Individu Pra-peserta.

Terdorong dengan kisah-kisah perjalanan kepimpinan NS abangnya, Leftenan Muda Emir bertekad untuk menyertai OCS semasa menjalani kursus BMT, di mana dia menghargai kepentingan dan manfaat kecergasan.

"Saya juga sedar latihan yang akan dijalani di OCS adalah lebih sukar jika saya berjaya menyertainya. Oleh itu, saya ingin bersedia dengan menbentuk diri saya agar lebih cergas, untuk menyesuaikan diri dengan keadaan latihan yang lebih sukar nanti."

Menyesuaikan diri dengan perubahan semasa pandemik

Walau bagaimanapun, semuanya tidak seperti normal bagi Leftenan Muda Emir kerana serangan COVID-19 semasa kursus BMTnya.

Disebabkan tempoh pemutus litar yang dikenakan, kursus BMTnya digantung satu bulan dan semua rekrut dalam kelompoknya diarah menghabiskan masa sebulan di rumah untuk meningkatkan kecergasan dan membina kemahiran asas tentera mereka dengan bantuan bahan pengajaran dari rumah.

Seperti rakan-rakan sebayanya, Leftenan Muda Emir tidak membuang masa sepanjang tempoh penggantungan sebulan.

"Pemutus litar memberi saya peluang untuk mengubah gaya hidup saya dan mempraktikkan latihan kecergasan yang saya pelajari semasa kursus BMT sebelum ia tergantung.

"Contohnya, saya membuat larian yang lebih jauh dan juga melengkapkan Latihan Fizikal tambahan. Saya ingin membuktikan kepada Komander, keluarga saya dan diri sendiri bahawa saya boleh menjaga kesihatan dan kecergasan saya."

Usaha pegawai yang berusia 20 tahun ini, akhirnya membuahkan hasil. Dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13kg pada akhir kursus BMTnya dan melayakkan diri untuk menyertai OCS.

Leftenan Muda Emir (dua dari kiri) menjalani latihan bersama rakan Kadet Pegawai kelompok 120/20.

Meningkatkan kemahiran & keyakinan

Walau bagaimanapun, kecergasan hanyalah sebagahagian daripada kisahnya. Setelah menyertai OCS, Leftenan Muda Emir menghadapi cabaran baharu – dia perlu belajar bagaimana untuk memimpin anggota-anggota platunnya dan memperkuat kemahiran komunikasi dan pergaulan dengan para anggotanya.

"Lebih-lebih lagi semasa moral platunnya rendah, kamu perlu memahami apa yang boleh menggalakkan para anggota di bawah jagaan untuk terus bertahan," jelasnya.

"Detik paling rendah bagi kami di OCS adalah semasa latihan lapangan yang sepatutnya dijalankan di luar negara, diadakan pula di Pulau Tekong disebabkan oleh COVID-19. Ia merupakan suatu latihan yang lasak kerana ia merangkumi misi yang berturut-turut."

Leftenan Muda Emir mengimbas kembali bagaimana tahap tenaga platunnya menjunam apabila diberitahu latihan mereka akan ditambah selama satu hari.

"Tetapi ia menandakan titik perubahan bagi kami kerana kami sedar tiada bezanya memanjangkan latihan dengan satu hari lagi kerana kami sudahpun bertungkus lumus selama lima hari untuk menjalani latihan ini. Saya memberitahu rakan sepasukan saya bahawa kami mampu melakukannya, dan meyakinkan mereka untuk terus bertahan sehingga hari terakhir."

Leftenan Muda Emir (paling kiri) menerima pedang istiadatnya daripada Brigadier Jeneral Chua Jin Kiat, Komander 9 Divisyen/Ketua Pegawai Infantri, pada 22 Mac.

OCS juga membantu Leftenan Muda Emir untuk meningkatkan keyakinannya, terutamanya semasa membuat persembahan kepada orang lain. "Saya masih ingat betapa gementarnya saya semasa membentangkan rancangan misi kami kepada Instruktur Platun kami di OCS. Mereka kemudian akan memutuskan sama ada untuk memberi kelulusan melaksanakan rancangan yang dibentangkan.

"Saya mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan sebaya secara proaktif melalui sesi latihan supaya mereka dapat membantu saya menambah baik kemahiran persembahan saya. Setelah banyak berlatih, saya akhirnya berasa amat yakin untuk menyampaikan persembahan di hadapan orang ramai dan anggota-anggota saya."

Walaupun pada masa ini Leftenan Muda Emir masih belum pasti sama ada untuk mendaftar sebagai anggota Tentera Darat, tetapi dia yakin tentang satu perkara: keperluan untuk memimpin anak buahnya sehingga tempoh penghabisan khidmat NSnya.

"OCS menyedarkan saya bahawa hanya dengan memimpin secara teladan dan dengan mengorak langkah pertama, ramai yang akan menuruti tindakan saya. Inilah suatu kesedaran yang penting dalam peranan masa depan saya sebagai Komander Platun."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!