KAPAL PANDU SENDIRI TANPA PEMANDU MENGAWASI PERAIRAN SINGAPURA

02mar21_news1-1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/02mar21_news1-1e9b375fc-6c75-4137-9c60-1bc8c77770d4.jpg?sfvrsn=a9ca19b_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KAPAL-PANDU-SENDIRI-TANPA-PEMANDU-MENGAWASI-PERAIRAN-SINGAPURA
KAPAL PANDU SENDIRI TANPA PEMANDU MENGAWASI PERAIRAN SINGAPURA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KAPAL-PANDU-SENDIRI-TANPA-PEMANDU-MENGAWASI-PERAIRAN-SINGAPURA
02 Mar 2021 | OPS & TRAINING

KAPAL PANDU SENDIRI TANPA PEMANDU MENGAWASI PERAIRAN SINGAPURA

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu (USV) Keselamatan Maritim yang bakal tiba, akan memberi Angkatan Laut kehadiran yang berterusan di kawasan laut dengan sedikit tenaga kerja.

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO CHAI SIAN LIANG

English 华文
English 华文
USV Keselamatan Maritim boleh mewujudkan kehadiran berterusan untuk rondaan di perairan Singapura.

Tidak lama lagi, USV pandu sendiri akan membuat rondaan di perairan Singapura untuk melindunginya daripada ancaman dan pencerobohan keganasan – Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) telah memulakan ujian laut bagi empat USV Keselamatan Maritimnya, yang dijangka tamat pada akhir tahun ini.

USV ini dilengkapi sistem Pengesanan Perlanggaran dan Penghindaran Perlanggaran (CDCA) yang membolehkannya mengemudi secara autonomi melalui Selat Singapura yang sibuk dengan pelayaran lebih daripada 1,000 kapal setiap hari.

USV Keselamatan Maritim dilengkapi sensor canggih dan sistem Pengesanan Perlanggaran dan Penghindaran Perlanggaran.

Kapal ini boleh dikendalikan dengan melalui pengawasan jauh dari darat dengan dua anak kapal sahaja. Seorang anak kapal boleh merancang laluan rondaan dan misi dengan mengguna Kawalan Misi Sistem Tanpa Pemandu, dan USV pandu sendiri akan mengambil alih dari sana. Anak kapal yang lain pula boleh mengawal muatan senjata.

Kapal sepanjang 16.9m dilengkapi sistem senjata kawalan jauh dengan laser dazzler serta peralatan akustik jarak jauh, di antara peralatan yang lain. Anak-anak kapal boleh mengesan, memberi amaran dan menyiasat kapal-kapal yang menimbulkan syak di laut melalui pengawasan jauh.

Mengoptimumkan latihan

Pembangunan USV Maritim Keselamatan merupakan sebahagian daripada rancangan Angkatan Bersenjata Singapura untuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan operasinya, mengoptimumkan latihan di samping mengatasi kekangan tenaga kerja.

Bercakap dalam perbahasan tentang belanjawan pertahanan dengan Jawatankuasa Pembekalan pada 1 Mac, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen memaklumkan bahawa kapal-kapal tanpa pemandu ini akan melengkapkan kapal-kapal berpemandu bagi keselamatan maritim.

Reka bentuk intuitif daripada Kawalan Misi Sistem Tanpa Pemandu, yang dicipta oleh DSTA, membolehkan pengendali USV untuk merancang misi di skrin dengan mudah – seperti yang dilakukan oleh pemain dalam permainan komputer.

Pasukan USV Keselamatan Maritim – yang terdiri daripada pengendali dan ahli sokongan kejuruteraan – akan diketuai sebahagian besarnya oleh Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa dan Sedia Beroperasi (NSF dan NSmen), dengan sepasukan kecil anggota tetap.

Bercakap kepada sidang media pada 23 Februari, Pegawai Pemerintah Skuadron USV, Leftenan Kolonel (LTC) Desmond Ng, 40, menjelaskan bahawa ini adalah reka bentuk dan antara muka intuitif mesra pengguna USV, yang memberi keluk pembelajaran yang lebih pendek untuk pengendali.

Contohnya, tempoh latihan untuk pengendali NSF USV Keselamatan Martitim adalah 20 peratus lebih singkat daripada Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa yang bertugas di kapal pemandu. Ini adalah kerana kapal tanpa pemandu tidak memerlukan latihan dalam pengendalian seperti memadam kebakaran dan mengawal kerosakan, menunda, dan pengisian di laut.

Cik Tan Shu Jun, 27, jurutera kanan dari Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), menjelaskan bagaimana Kawalan Misi Sistem Tanpa Pemandu membolehkan pengendali RSN di pantai untuk mendelegasi dan merancang misi untuk USV dengan mudah.

"(Pengendali RSN) hanya perlu mengarah USV ke lokasi yang diperlukan, dan ia akan bergerak secara autonomi ke lokasi yang diarah. Sepanjang perjalanan, dengan mengguna sensor persepsi canggih, USV akan dapat mengesan mana-mana halangan dalam persekitarannya, dan kemudiannya mengguna algoritma CDCA untuk mengambil tindakan yang wajar bagi mengelakkan perlanggaran."

Setelah mengelak perlanggaran, USV akan kembali ke jalan misinya secara autonomi lalu meneruskan misinya tanpa campur tangan pengendalinya.

"Kami mengeluarkan anak-anak kapal daripada mengemudi kapal... Kami membebaskan keupayaan kognitif mereka untuk tugas yang lebih penting (untuk) menjaga situasi dan pembangunan taktikal, (dan) berfokus pada operasi sementara hal-hal rudimen dibiarkan kepada mesin untuk mengendalikannya," kata LTC Ng.

Pembetulan cacat juga dirancang agar pantas dan ringkas. Analisis data akan digunakan untuk mengenal pasti anomali dan isu-isu yang akan muncul sebelum berlakunya kegagalan, supaya penyenggaraan terdahulu boleh dilakukan.

Kata LTC Ng, USV Keselamatan Maritim akan memberi lapisan pengawasan tambahan dan respons pantas terhadap insiden di laut, membebaskan platform pemandu untuk tugasan lain.

Pengawasan tertingkat

Dengan ketahanan yang berterusan selama 36 jam lebih dan kelajuan lebih daripada 25 knot (sekitar 46kmh), USV Keselamatan Maritim akan beroperasi bersama kapal pemandu lain seperti Kapal Misi Littoral (LMV) dan kapal peronda Polis Pengawal Pantai.

"USV boleh membuat rondaan sepanjang masa, menyiasat dan memberi perintah larangan hubungan di laut... Yang pentingnya, ia mempunyai kelebihan untuk menjauhkan pengendali daripada sebarang bahaya," kata LTC Ng.

Contohnya, jika sebuah kapal telah dirampas, USV Keselamatan Maritim mungkin akan menjadi responden pertama, untuk memberi kemas kini masa nyata kepada ibu pejabat sebelum ketibaan kapal pemandu. Kapal pemandu itu juga boleh mengarahkan USV melalui operatornya untuk misi tersebut.

Direka cipta untuk perairan S'pura

Keupayaan pandu sendiri USV Keselamatan Maritim dimungkinkan dengan adanya sistem CDCA dalam kapal, yang mengambil kira tindakan untuk mengelakkan sebarang perlanggaran apabila sensor mengesan suatu halangan atau kemasukan kapal.

Sistem CDCA dibangunkan oleh Makmal Nasional Pertubuhan Sains Pertahanan (DSO) dan DSTA. Untuk mencipta algoritmanya, jurutera pertahanan telah menganalisis corak lalu lintas maritim di Selat Singapura sejak bertahun-tahun.

USV Keselamatan Maritim dapat menavigasi secara autonomi melalui lalu lintas kapal laut yang sibuk di perairan Singapura.

Selain mengelakkan perlanggaran, algoritma boleh mengesan dan meramal pergerakan kapal di persekitarannya sambil menunjukkan tingkah laku yang tepat atau "peraturan memandu" di laut. Contohnya, sekiranya dua kapal menuju ke arah satu sama lain dan akan bertembung, kedua-duanya seharusnya membelok ke kanan – bukan berbelok ke kiri – untuk mengelak daripada satu sama lain.

Setelah berjuta-juta kilometer, simulasi makmal bebas perlanggaran yang dijalankan selama sembilan bulan, sistem CDCA telah dipasang dalam kapal USV Keselamatan Maritim untuk ujian awal di laut dengan anak-anak kapal keselamatan di dalamnya.

Ujian awal, yang juga berlangsung selama sembilan bulan, telah mengesahkan sistem CDCA, dan USV kini bersedia untuk ujian laut yang berautonomi sepenuhnya.

Ujian laut melibatkan empat USV, dan memfokuskan pengesahan keselamatan CDCA, integrasi sistem, serta pengujian kemampuan USV untuk mengendalikan pelbagai operasi di laut.

Tentera Laut mula mengendalikan Langkah Balas Periuk Api USV pada tahun 2017 untuk mengesan dan menghapuskan ancaman di bawah laut.

Encik Bay Zi Jing, 39, Penyelidik Pertahanan Utama DSO, menyatakan bahawa CDCA tidak dibangunkan hanya dalam dua tahun – para jurutera pertahanan telah memanfaatkan usaha penyelidikan dan pembangunan selama lebih daripada 10 tahun untuk membaiki dan mematangkan teknologi agar ia boleh digunakan, pertama di Langkah Balas Periuk Api USV Tentera Laut, dan kini di USV Keselamatan Maritim.

Sistem CDCA USV Keselamatan Maritim adalah versi yang dipertingkat daripada Langkah Balas Periuk Api USV, dan lambat-launnya akan dipasangkan padanya, katanya lagi.

“Keupayaan USV Keselamatan Maritim Pengesanan Perlanggaran dan Penghindaran Perlanggaran adalah jenis yang pertama di dunia. Ia direka cipta untuk menangani cabaran kapal-kapal tanpa pemandu untuk navigasi di perairan Singapura, iaitu salah satu selat yang paling sibuk di dunia."

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?