Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/19jun20_news1_photo1e1cb651a-3582-4127-a90d-34c9a65f6b0b.jpg?sfvrsn=afdde707_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KAKITANGAN-PERUBATAN-SAF-MENJALANKAN-UJIAN-SEROLOGI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/KAKITANGAN-PERUBATAN-SAF-MENJALANKAN-UJIAN-SEROLOGI
KAKITANGAN PERUBATAN SAF MENJALANKAN UJIAN SEROLOGI
19 Jun 2020 | PEOPLE

KAKITANGAN PERUBATAN SAF MENJALANKAN UJIAN SEROLOGI


Kakitangan perubatan SAF mengambil sampel darah daripada pekerja asing di asrama yang bukan dibina khas.

Pegawai Perubatan Leftenan (LTA) Perkhidmatan Perubatan Tentera Udara (AFMS) (DR) Kalaiselvan Karthigaiyan sedang bertugas dengan Pusat Aeroperubatan ketika pandemik COVID-19 melanda. Disebabkan tugas operasinya di situ, dia hanya mampu melihat dari jauh ketika rakan-rakan doktornya dikerah ke barisan hadapan.

"Apabila saya melihat rakan sejawat saya di hospital diaktifkan untuk tugas ICU (Unit Rawatan Rapi) atau kawan-kawan saya daripada SAF (Angkatan Bersenjata Singapura) terbabit dalam ops berkaitan COVID, saya merasakan saya juga boleh menyumbang," kata Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) itu. Berpengalaman bertugas dengan pesakit dengan penyakit berjangkit semasa latihannya untuk menjadi doktor membuatkan dia berhasrat untuk menyertai perjuangan menentang COVID-19 di lapangan.

Apabila peluang itu akhirnya tiba, dia telah diaktifkan untuk menyertai Pasukan Petugas Antara Agensi (ITF) pada awal Mei untuk membantu menjalankan ujian serologi ke atas pekerja asing yang menetap di asrama.

Ujian serologi mengesan antibodi kepada COVID-19 daripada sampel darah. Ujian positif menunjukkan jangkitan lampau dan bukannya jangkitan semasa, dan dengan itu berguna dalam mewujudkan hubungan untuk mengesan kenalan.

Tidak seperti ujian swab yang hanya menunjukkan jika pesakit mempunyai COVID-19 atau tidak, ujian serologi juga menunjukkan sama ada pesakit masih berjangkit bagi menentukan sama ada ia selamat untuk mereka meninggalkan pengasingan dan kembali ke komuniti.

Lima belas anggota SAF daripada Institut Perubatan Tentera (MMI), Perkhidmatan Perubatan Tentera Laut dan AFMS telah dikerah untuk menjalankan ujian serologi untuk pekerja asing. Ia melibatkan mengambil sampel darah yang kemudiannya dihantar ke Hospital Besar Singapura untuk ujian. Keputusan mengambil satu hingga dua hari.

Lima belas kakitangan perubatan SAF telah dikerah untuk membantu dalam ops ujian serologi di pelbagai asrama pekerja asing.

Bekerjasama menentang COVID-19

Mewujudkan stesen ujian bukan tanpa cabarannya, kata LTA (DR) Karthigaiyan, 26. Disebabkan stesen ini baru sahaja dibuka, pada awalnya ahli-ahli pasukan tidak biasa dengan susun atur asrama. Mereka beruntung kerana mendapat bantuan daripada Pasukan Sokongan dan Jaminan Ke Depan (FAST) SAF dan pengurus asrama.

"FAST dan pengurus asrama telah bertugas di asrama-asrama ini dari awal dan mengetahui komuniti di situ dengan lebih baik. Mereka menasihati kami bagaimana kami boleh menyesuaikan ops kami untuk menjadikannya lebih lancar. Contohnya di salah satu daripada asrama, FAST memberi kami panduan bagaimana untuk melibatkan pekerja asing agar proses pendaftaran dan mengisi borang soal selidik berjalan dengan lancar."

LTA (DR) Karthigaiyan (kiri) sedang mengawasi susun atur stesen ujian serologi.

LTA (DR) Karthigaiyan telah menjalani 10 sesi ujian setakat ini. Dia menerangkan bahawa keluarganya tidak risaukan tentang keadaan dia, kerana latar belakangnya sebagai seorang doktor. Walau bagaimanapun, dia mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk memastikan orang yang tersayang selamat: "Keluarga saya biasa melihat saya menghadapi situasi perubatan seperti ini, dan mereka tahu saya akan berhati-hati ketika menghadapinya. Tetapi saya juga mengelakkan berada di mana ramai orang berkumpul, dan mengamalkan penjarakan jauh dari mereka, walaupun di rumah."

Di tempat kerja, dia mengawasi keselamatan dan standard pasukannya. "Saya perlu menjaga semangat anggota medik saya. Saya menekankan kepentingan memakai PPE (Peralatan Pelindung Diri) dengan betul dan memastikan kebersihan tangan yang baik."

"Bagi kami yang berkhidmat untuk NS sekarang, ini merupakan tempoh yang belum pernah terjadi sebelum ini di mana negara memerlukan bantuan dan sedang menggabungkan tenaga serta sumber untuk bekerja bersama-sama. Saya bersyukur dan rendah hati kerana diberi peluang untuk menyumbang. Ramai orang di luar sana juga turut menyumbangkan khidmat yang bermakna, kalau bukan lebih bermakna. Dan mereka ini bekerjasama untuk menyumbang sebanyak mana yang boleh."

"Bagi kami yang berkhidmat untuk NS sekarang, ini merupakan tempoh yang belum pernah terjadi sebelum ini apabila negara memerlukan bantuan dan sedang menggabungkan tenaga serta sumber untuk bekerja bersama-sama. Saya bersyukur dan rendah hati kerana diberi peluang untuk menyumbang.

QUOTE-B-credit

Pengalaman NS yang bermakna

Pakar medik tempur Sarjan 3 (3SG) Owen Chan, 19, mungkin baru saja menyertai operasi ujian serologi dua minggu lalu namun dia bukan orang baru di barisan hadapan.

Sejak Mac, NSF daripada MMI telah menyertai Pasukan Bergerak Perubatan (MMT) melawat beberapa kem SAF yang berbeza seperti Tanjung Gul dan Kem Jurong II bagi menyediakan rawatan perubatan kepada pekerja asing yang kian pulih di kemudahan pemulihan komuniti di sana.

Pengalaman ini banyak membantu apabila dia ingin berbual dengan pekerja asing dan memahami masalah mereka.

"Walaupun ada sedikit batasan bahasa, kami mempelajari bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka. Contohnya, jika mereka mengalami sakit sendi, mereka akan menunjuk kepada bahagian yang sakit dan berkata: "Dekat sini banyak sakit." Saya juga akan berbual dengan pekerja asing yang datang ke stesen saya (untuk diambil darah) dan cuba menenangkan mereka."

3SG Chan sedang mengambil sampel darah daripada pekerja asing. Dia cuba menenangkan mereka dengan kata-kata perangsang kepada sesiapa yang dia temui.

Dia mengakui pada awalnya dia berasa bimbang kerana bertugas merawat pesakit COVID-19 secara terus: "Semasa di peringkat awal dalam MMT, kami bimbang juga: bagaimana jika kami dijangkiti virus dan menyebarkannya kepada keluarga kami? Tetapi sebaik saja kami menyedari tiada apa yang perlu ditakutkan, asalkan kita menyarung dan menanggalkan PPE dengan betul.

"Setelah beberapa lama, keluarga saya pun sudah terbiasa dengan hakikat yang saya bekerja di barisan hadapan, dan mereka diyakinkan bahawa saya dalam keadaan selamat apabila saya menerangkan bahawa saya memakai PPE dengan lengkap."

Walaupun pengalaman NS-nya bukan konvensional, dia gembira dapat membantu dengan caranya yang tersendiri: "Terlibat dengan operasi COVID-19 bermakna saya bukan sahaja menyumbang kepada SAF, tetapi kepada komuniti SAF juga. Saya berupaya membantu pekerja asing sambil meraih lebih banyak ilmu mengenai ops perubatan. Pengalaman ini bermakna serta memenuhi tujuan murni."

"Terlibat dengan operasi COVID-19 bermakna saya bukan sahaja menyumbang kepada SAF, tetapi kepada komuniti SAF juga."

QUOTE-B-credit
Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?