JURUTERBANG PEJUANG MENGORAK LANGKAH

22mar22_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/22mar22_news1_photo109228858-efec-45d1-b30f-688c8416f7eb.jpg?sfvrsn=c81878e9_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURUTERBANG-PEJUANG-MENGORAK-LANGKAH
JURUTERBANG PEJUANG MENGORAK LANGKAH https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURUTERBANG-PEJUANG-MENGORAK-LANGKAH
22 Mar 2022 | PEOPLE

JURUTERBANG PEJUANG MENGORAK LANGKAH

Dia adalah Pegawai Pemerintah (CO) sebuah skuadron pejuang. Dia pula seorang juruterbang pejuang F-15SG berbangsa Melayu.

//KISAH BENITA TEO

// FOTO IHSAN RSAF

MEJ Iskandar (kiri) dan LTC Lee mengorak langkah baharu untuk juruterbang pejuang generasi baharu di RSAF.
English 华文
English 华文

Leftenan Kolonel (LTC) Lee Mei Yi, 36, dan Mejar (MEJ) Muhammad Iskandar Dzulfadhli Bin Abdul Raman, 34, membuktikan kepada juruterbang pejuang muda bahawa impian boleh menjadi kenyataan, selagi mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

PIONEER mengetahui lebih lanjut tentang pasangan perintis Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) ini yang menerangi jalan untuk juruterbang pejuang generasi akan datang.

Bagi MEJ Iskandar, menjadi juruterbang pejuang adalah impian seumur hidupnya.

Mendorong dirinya untuk cemerlang

Sejak kecil lagi, MEJ Iskandar sudah yakin suatu hari nanti dia akan memandu jet pejuang dan mempertahankan negaranya. Dia telah menganggotai Kelab Terbang Belia Singapura sejak di sekolah menengah. Di sana, dia bertemu dengan ramai bekas jurulatih RSAF yang telah memberinya inspirasi.

"Saya suka rasa misi dan tujuan itu (RSAF ditawarkan). Menjadi juruterbang pejuang adalah gabungan terbaik yang menyepadukan minat saya untuk terbang dengan minat saya dalam misi mempertahankan ruang udara kita," katanya.

Meskipun begitu, ia bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Di sekolah dan walaupun dia memilih untuk mendaftar, ramai di sekelilingnya akan menyatakan bahawa impiannya untuk menjadi juruterbang pejuang adalah "suatu impian baik yang tidak realistik".

Dia rajin berusaha untuk membuktikan dirinya seorang juruterbang yang layak untuk RSAF. Dan kemudian dia mencapai keunggulan dalam mengungguli hampir semua kursusnya: di Universiti British Columbia di Kanada, di mana dia berjaya meraih ijazah dalam Sains Politik dengan Perhubungan Antarabangsa, dia merupakan pelajar Asia Tenggara pertama yang terbaik dalam kohort tersebut. Di Sekolah Pegawai Kadet, beliau merupakan Graduan Terbaik Sayap Udara. Dia juga menerima banyak anugerah juruterbang pejuang terbaik dalam kursus penerbangan luar negara.

"Saya berazam untuk cemerlang dalam setiap kursus dan kelas, supaya tidak ada sesiapa yang akan meragui kebolehan saya," katanya.

MEJ Iskandar adalah salah seorang graduan terbaik dalam Program Sarjana Dasar Awam di Universiti Oxford. Dia berada di upacara penyampaian ijazah sarjananya pada 2019. [Foto: MEJ Iskandar]

Bertungkus-lumus demi pertahanan udara yang kukuh

Seperti semua juruterbang pejuang, MEJ Iskandar terpaksa menghabiskan masa yang lama di luar negara untuk latihan penerbangan. Beliau terpaksa meluangkan masa berjauhan dengan keluarganya, terutamanya abangnya, yang menghidap penyakit kronik atas keperluan latihan dan operasinya.

Sebagai anak ketiga daripada empat beradik, dia berasa sedih kerana tidak selalu dapat memikul tanggungjawab untuk menjaga adiknya bersama ibu bapa yang berumur dan adik-beradiknya.

Tetapi dia memahami kepentingan tugasannya, walaupun pengorbanan diperlukan untuk menangani perihal keluarga dan pekerjaan. Kini bertugas sebagai pegawai staf di Jabatan Operasi Udara, beliau menyemak dan membangunkan dasar untuk operasi pejuang, standard dan latihan, untuk meningkatkan kesediaan operasi merentasi seluruh operasi RSAF.

"Angkatan udara yang kukuh adalah satu keperluan bagi Singapura, memandangkan kekurangan kedalaman strategik kami. Sebagai hab penerbangan, kami juga melihat banyak trafik udara yang melalui kawasan kami. Pertahanan udara kita perlu teguh untuk menanam rasa keyakinan dan keselamatan di Singapura."

Apabila disoal apakah nasihat yang ingin disampaikan kepada juruterbang muda, MEJ Iskandar berkata: "Sentiasa merendah diri... Untuk cemerlang dalam bidang yang belum pernah dilakukan sebelum ini, anda perlukan sokongan rakan sebaya, panglima dan junior anda.

"Dan saya berasa gembira, dapat berkawan dan memperoleh sokongan mereka sepanjang karier saya."

LTC Lee (kanan) menerima Simbol Perintah daripada CO 140 SQN yang tamat tempohnya Dia mengambil alih perintah skuadron pejuang F-16 pada 17 Jan tahun ini.

Berlandaskan keupayaan sendiri

LTC Lee sentiasa ingin menyertai angkatan tentera. "Hati saya sudah bersedia untuk menyertai Angkatan tentera, kerana saya gemar cabaran dan saya mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Saya juga ingin berkhidmat untuk negara," jelasnya.

Selepas mendaftar dan mengetahui lebih mendalam tentang RSAF, dia sedar inilah tempat yang sesuai untuk membangun kariernya: "Menjadi juruterbang pejuang adalah pilihan yang paling natural bagi saya. Ia adalah kerjaya neutral jantina – saya boleh berkhidmat sebagai pegawai tempur dan dinilai berdasarkan kemahiran saya dan bukan kekuatan fizikal sahaja."

Walaupun dia menyertai angkatan tentera yang dianggotai sebahagian besar warga kerja perkhidmatan perjawatan adalah lelaki, dia tidak berasa gentar. Dia menganggap semua warga kerja perkhidmatan perjawatan mematuhi standard yang sama dan dinilai mengikut kemahiran mereka seperti kebolehan psikomotor, membuat keputusan dan kualiti kepimpinan. Padang permainan adalah rata, tanpa menghiraukan jantina.

Meskipun begitu, dia gigih berusaha untuk membuktikan dirinya. "Ramai wanita dalam angkatan tentera akan bersetuju dengan saya: kami lebih cenderung untuk memberi tekanan tambahan kepada diri sendiri (untuk melakukannya yang terbaik). Ia adalah kerana kami adalah minoriti, dan segala yang dilakukan, sama ada betul atau salah, akan mendapat perhatian. Oleh itu, saya memberi tekanan tambahan kepada diri sendiri. Ia mendorong saya untuk berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi sempurna."

LTC Lee (tengah) bersama ibu bapanya di Majlis Pertukaran Perintah 140 SQN di Pangkalan Udara Tengah.

CO Skuadron pejuang wanita pertama

LTC Lee kini merupakan CO Skuadron 140 (140 SQN), memimpin golongan lelaki dan wanita yang terbang dan menyelenggarakan jet pejuang F-16. Dia berasa rendah hati dan berbesar hati untuk memegang tugasan ini.

Dia tidak pernah menyangka suatu hari nanti akan menjadi CO wanita pertama skuadron pejuang, tetapi amat berterima kasih kepada model peranan yang telah membuka laluan untuknya: "Sebagai pelatih juruterbang, kami memandang tinggi kepada panglima kami dan menyaksikan pengaruh positif mereka terhadap golongan lelaki dan wanita di bawah jagaan mereka. Saya ingin mengikut jejak langkah mereka."

"Saya telah bertemu rakan sebaya dan jurulatih yang membantu saya. Mereka sering memberi galakan dan membantu, dan tidak memberi saya layanan yang berbeza. Pihak atasan saya juga memperkenalkan saya kepada juruterbang wanita lain dalam pasukan, dan saya boleh mendapatkan nasihat mereka."

Kini pula tiba gilirannya untuk menjadi model peranan kepada bakal juruterbang wanita muda, dan inilah kata-kata semangatnya untuk mereka: "Mempunyai rasa tujuan yang kukuh, dan ia akan membimbing anda. Kami semua berkomited untuk berkhidmat kepada negara, dan itulah pegangan kami," katanya.

"Latihan yang dikendalikan adalah sukar. Sentiasa percaya pada diri sendiri dan miliki impian yang besar, dan lakukan yang terbaik dalam apa jua tugasan yang diberikan. Jika anda telah melakukan yang terbaik, walaupun anda gagal, anda tahu, anda telah melakukan dengan segala daya upaya anda.

"Dan jangan biarkan kata-kata orang lain mengganggu hala tuju anda."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!