PEOPLE
JURUTERBANG KETIGA DALAM KELUARGA
23 Oct 2021
Menyertai Kelab Terbang Remaja Singapura dan mendapat Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) merupakan suatu perkara biasa untuk Ethan Lui. Ini adalah kerana remaja berusia 19 tahun itu berasal dari keluarga juruterbang.
Menyertai Kelab Terbang Remaja Singapura dan mendapat Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) merupakan suatu perkara biasa untuk Ethan Lui. Ini adalah kerana remaja berusia 19 tahun itu berasal dari keluarga juruterbang.
"Minat kami dalam penerbangan dipupuk sejak usia muda – saya dan abang saya secara tidak sedar dipengaruhi oleh pilihan kerjaya ayah saya dalam penerbangan.”
Orang pertama yang membentuk keputusannya ialah bapanya, Leftenan Kolonel (LTC) (Bersara) Geoffrey Lui, bekas juruterbang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF). Bapanya pernah menerbangkan KC-135 Stratotankers, dan juga berkhidmat sebagai Pegawai Pemerintah pertama Skuadron 112.
"Ayah saya, memang tahu saya dan abang-abang saya berminat dalam penerbangan, dan sering menggalakkan kami untuk mendaftar untuk latihan penerbangan. Baginya SYFC adalah tempat latihan yang baik kerana kebanyakan jurulatih mereka adalah bekas juruterbang RSAF."
Abangnya, Sarjan Kedua (NS) Russell Lui, yang memperoleh PPLnya pada 2016, menggalakkannya untuk menyertai juga. Abangnya kini seorang mahasiswa di Universiti Nasional Singapura.
Mengatasi cabaran
Sebelum Ethan mendapat lesen PPL yang menjadi rebutan ramai, dia perlu menjalani kursus penerbangan dan lulus tujuh peperiksaan darat berasaskan teori yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), serta Ujian Pengendalian Akhir praktikal oleh CAAS.
Di samping menyesuaikan pengajiannya dengan pelajaran terbang, penuntut Anglo-Chinese Junior College itu terpaksa menghadapi cabaran disebabkan oleh penularan COVID-19 yang berterusan, seperti gangguan semasa fasa awal latihannya.
"Semasa Pemutus Litar tahun lepas, latihan dibatalkan dan kami langsung tidak melakukan penerbangan. Kami hanya boleh berlatih secara mental di rumah, di mana kami menyelesaikan masalah dalam kepala kami."
Oleh sebab itu, dia memakan masa setahun setengah untuk menghabiskan kursus PPL yang lazimnya boleh disiapkan dalam setahun.
Apabila latihan disambung semula selepas tempoh Pemutus Litar, Ethan berjaya mengasah kemahiran penerbangannya dengan bantuan rakan sekursusnya. "Kami buat kesilapan, belajar daripadanya dan sama-sama menambahbaikkan prestasi diri," katanya.
Juruterbang keempat
Dia telah mengambil banyak pengajaran hidup dan daripada kursus PPL. "Pembelajaran terbesar saya ialah cara menangani situasi dalam keadaan terdesak. Saya juga sedar selagi saya tabah dan terus berazam, saya boleh mencapai apa yang saya inginkan."
Melangkah ke hadapan, Ethan merancang untuk mengikut jejak bapanya dan menyertai RSAF sebagai juruterbang. Menurutnya: "Saya ingin menyumbang kepada pertahanan negara saya di samping mengejar impian zaman kanak-kanak saya sebagai juruterbang."
Dia juga ingin memberi adik lelakinya, Lucas Lui, 17 tahun, yang sedang menjalani Kursus Asas Terbang SYFC, sokongan yang sama seperti yang diterimanya semasa latihan.
Contohnya, abangnya akan menghabiskan masa berjam-jam mengulangkaji teknik-teknik dengan Ethan agar dia dapat melakukannya dengan lancar, sambil berkongsi petua latihan yang penting bersamanya.
"Saya juga ingin menggalakkan adik saya melalui Kursus Asas Penerbangan, semoga dia berjaya menjalani kursus PPL dan menjadi juruterbang berlesen seperti saya," katanya.
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

