JURULATIH SENJATA YANG BERHATI LEMBUT

09sep21_photo1cropped2 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/09sep21_photo1cropped2.jpg?sfvrsn=a9bcd515_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURULATIH-SENJATA-YANG-BERHATI-LEMBUT
JURULATIH SENJATA YANG BERHATI LEMBUT https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURULATIH-SENJATA-YANG-BERHATI-LEMBUT
10 Sep 2021 | PEOPLE

JURULATIH SENJATA YANG BERHATI LEMBUT

Walaupun ME3 Jimmy Lim seorang pakar sistem senjata tetapi para pelatihnya tidak pernah dimarahi kerana melakukan kesilapan.

// KISAH TEO JING TING

// FOTO KENNETH LIN & IHSAN ME3 LIM

Dikenali sebagai tokoh abang kepada para pelatihnya, ME3 Lim lebih selesa mengguna pendekatan lembut untuk membina kepercayaan dan rasa hormat mereka melalui interaksinya dengan mereka sebanyak mungkin.
English 华文
English 华文

Di sebalik wajah tabah pakar ketenteraan ini, terselindung sifat seorang lelaki yang penyayang dan mengambil berat terhadap para pelautnya.

Jurulatih sistem senjata yang berusia 41 tahun di Weapon Systems School Naval Military Institute mengambil setiap peluang untuk berinteraksi dengan para pelatihnya. Dia juga sabar menasihati jika mereka berkongsi masalah dengannya.

Seorang jurulatih selama tujuh tahun di Angkatan Laut Republik Singapura, Pakar Ketenteraan (ME) 3 Lim menjalankan latihan operasi dan penyenggaraan senjata api untuk pakar senjata dek, yang kebanyakannya adalah Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF), dan pakar senjata, yang terdiri daripada Regular.

Dia pakar dalam pelbagai peralatan – daripada senjata besar seperti senjata OTO Melara 76mm dan senjata Typhoon Mk 25mm hingga senjata kecil seperti Mesingan Kegunaan Am (GPMG), CIS 0.5MG dan AR15.

Kami duduk bersembang dengan ME3 Lim dan pelatihnya, ME1 Kenneth Tan, untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah "penjagaan lembut dan penyayang"nya yang terkenal!

ME3 Lim (baris depan, ketiga dari kiri) bersama para pelatihnya di perbarisan kadet pakar mereka pada Februari 2020.

Hai ME3 Lim! Saya dapat tahu anda tidak pernah marah mana-mana pelatih anda sebelum ini.

Lim ME3: Oh, tidak lah, ada juga! Ok, mungkin tidak menengking tetapi menegur mereka dengan keras. Dalam bidang pekerjaan kami, kami menguruskan senjata dan aminusi, justeru kami banyak menekankan tentang keselamatan kerana kami mahu semua orang pulang dengan selamat.

Semasa berlatih, saya sangat tegas dengan mereka dan memastikan mereka menjalani prosedur mereka dengan tepat. Sekiranya mereka tersilap, saya akan menegur mereka dengan baik, menerangkan kesalahan mereka dan menjelaskan kenapa prosedur yang dilakukan dengan salah boleh membahayakan.

Satu-satunya masa saya akan "marah" mereka adalah semasa menjalankan tembakan secara langsung. Sebaik sahaja mereka melakukan kesalahan, saya akan menegur mereka dengan keras supaya mereka tidak lupa. "Ini adalah kerana ia melibatkan amunisi hidup dan anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.

 

Sila ceritakan sedikit tentang cara anda melibatkan para pelatih anda.

Lim ME3: Setiap hari, saya akan bersembang dengan mereka semasa waktu minum teh lebih-lebih lagi bila saya ternampak seorang anggota lelaki duduk bersendirian. Semasa makan tengah hari, saya juga akan makan bersama sambil berbual dengan mereka untuk memahami keadaan masing-masing. Contohnya, ramai daripada mereka mungkin mempunyai masalah hubungan dan tidak dapat menumpu perhatian dalam kelas kerana itu.

Pra-COVID-19, saya juga akan menyertai para pelatih saya untuk bersukan selepas waktu bekerja. Hanya apabila anda mula selesa dan berseronok anda boleh menangani halangan, dan anda tidak akan mendapat penghormatan mereka tanpa membina kepercayaan terlebih dahulu.

Semasa berbual dengan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF), saya akan mula bertanya tentang kursus pilihan mereka di universiti kerana itu adalah tumpuan utama mereka. Bagi Pemastautin Tetap, saya akan bertanya bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di Singapura kerana kebanyakan daripada mereka belum pernah menetap di sini.

Bila saya bersama-sama dengan Regular, saya akan berkongsi pengalaman saya, laluan kerjaya yang dijangka dan cabaran yang mungkin mereka hadapi, supaya mereka tahu apa yang dijangka dan tidak terperangkap tanpa bersedia.

ME3 Lim (kiri) melatih ME1 Tan (tengah) untuk membidik dengan GMPG.

ME1 Tan, anda menggambarkan ME3 Lim sebagai jurulatih yang melayan para pelatihnya dengan penuh kasih sayang, kenapa begitu?

ME1 Tan: Saya sudah bersamanya sejak akhir Jun dan hanya dalam dua bulan ini, saya dapat melihat bahawa dia benar-benar mengambil berat terhadap kami. Ini adalah kerana saya menyertai angkatan tentera laut pada Mac ini pada usia 29 tahun, dan saya sudah pun kebelakangan berbanding rakan sebaya saya dan perlu mula semula dan belajar semula segalanya dari tempoh Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa saya. Dia sering menggalakkan saya untuk bersikap positif dan bekerja lebih gigih.

Dia juga akan mengambil berat terhadap kami sama ada bila kami sakit atau sihat, lebih-lebih lagi dengan ada COVID-19.

Sekali pernah semasa saya melakukan kerja-kerja penyenggaraan senjata di tingkat bawah tanah dan terlupa untuk memberitahu rakan sejawat saya di dek untuk menjauhkan diri daripada bahagian-bahagian yang bergerak. ME3 Lim tidak marah pada saya, sebaliknya dia memberhentikan saya daripada memulakan kerja-kerja penyenggaraan dan mengingatkan saya untuk memberitahu rakan sejawat saya. Dia memang mudah didekati dan dia membuat anda berasa selesa dan anda boleh bertanya apa-apa sahaja kepadanya seperti seorang abang.

 

ME3 Lim, bagaimana anda menggambarkan gaya latihan anda?

Lim ME3: Saya seorang jurulatih yang penyabar! Wah, anda perlu banyak bersabar sebagai jurulatih kerana para pelatih anda adalah daripada pelbagai lapisan masyarakat dan juga dari luar negara. Saya ada para pelatih NSF dari Filipina, Jepun, Indonesia – mereka mempunyai latar belakang yang berbeza dan gaya percakapan mereka juga berlainan. Ada di antara mereka tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, justeru anda perlu bersabar dan membimbing mereka langkah demi langkah.

ME3 Lim (dua dari kiri) menjelaskan mekanisme dan fungsi breech dan blok, yang merupakan sebahagian daripada senjata OTO Melara 76mm kepada para pelatihnya.

Siapakah pelatih anda yang tidak dapat dilupakan?

Lim ME3: Saya ada seorang pelatih Jepun yang perlu ke luar kursus dan dihantar ke Unit Anjing Bekerja Tentera. Walaupun dia dihantar ke luar, dia sering mengirim mesej kepada saya tentang keadaannya atau dia rindu kampung halamannya, oleh itu saya selalu memberi semangat agar dapat mengurangkan rasa rindunya.

Adakalanya, tugas perondaan akan membawanya ke Pangkalan Tentera Laut Changi dan setiap kali dia berada di sini, dia akan mengirim SMS kepada saya dan kami akan bersembang sekejab. Bagi saya, ia suatu perasaan yang manis kerana dia masih mahu menghubungi saya. (senyum lebar)

Mungkin perbualan kosong semasa waktu rehat kami yang membuka hatinya untuk mendekati kerana saya sering bergurau dengan mereka. Selain bergurau-senda, saya akan selalu mengingatkan mereka untuk menganggap waktu belajar dengan serius.

 

Kami dengar anda sering berkongsi moto hidup anda dengan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa anda...

Lim ME3: Kami mahu melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk menjadi pelaut yang cekap dan berharap mereka akan menjadi insan yang lebih berprihatin dalam hidup kelak. Oleh itu, saya cuba menerapkan nilai-nilai dan sikap wajar kepada mereka.

Bagi NSF, saya akan memberi mereka moto hidup saya sendiri: PARRY. P adalah untuk Passion (Keghairahan), anda mesti gemar pekerjaan anda. A untuk Attitude (Sikap) –jika anda bersikap positif, anda boleh mengubah tanggapan orang lain terhadap anda. R adalah untuk Responsibility (Tanggungjawab)–anda harus bertanggungjawab terhadap setiap tindakan anda. R yang kedua adalah untuk Respect (Hormat). Sekiranya anda melayan semua orang dengan hormat, mereka juga akan melayan anda dengan hormat. Y adalah untuk You (Anda). Hanya anda sahaja yang boleh mengubah hidup anda dan jika anda tidak melakukannya, tidak ada orang lain yang mampu melakukannya.

Harta karun: kad-kad ucapan terima kasih yang ME3 Lim terima daripada para pelatihnya selama ini ditampal pada almari pejabatnya.

Apakah kepuasan yang besar kepada anda sebagai jurulatih?

Lim ME3: Apabila mereka berjaya dalam Tentera Laut! Saya akan berasa amat gembira untuk mereka, lebih-lebih lagi bila mereka dinaikkan pangkat. Bagi Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF), ada juga yang mendekati saya dan mengucapkan terima kasih kerana sudi mendengar, berkongsi nilai saya dengan mereka dan menjadikan mereka insan yang lebih baik. Walaupun ia hanya setakat satu atau dua ayat tetapi ia benar-benar mampu mengubah kehidupan seseorang.

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!