JURULATIH DI HATI

14jan22_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14jan22_photo1.jpg?sfvrsn=5253ffb_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURULATIH-DI-HATI
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURULATIH-DI-HATI
JURULATIH DI HATI
14 Jan 2022 | PEOPLE

JURULATIH DI HATI

// KISAH BENITA TEO

// FOTO PTE LIONEL LEE & IHSAN SWO TANG DAN BERITA TENTERA

Ketua Jurulatih di Sekolah Kepimpinan SAFWOS SWO Tang amat berkomited dalam peranannya sebagai jurulatih dan akan memberi latihan terbaik untuk membentuk generasi tentera SAF yang akan datang.

Askar. Pemimpin. Pendisplin. Encik.

Pegawai Waran Kanan (SWO) Collin Tang boleh digambarkan mengikut semua syarat yang tersebut. Tetapi pada dasarnya, dia melihat dirinya seorang jurulatih, mempersiap askar, kelasi dan anggota tentera udara dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk bertanggungjawab terhadap pertahanan Singapura.

Pegawai berusia 50 tahun itu, yang pernah menyandang jawatan sebagai Waran Perisikan Briged, Sarjan Mejar Rejimen dan Ketua Jurulatih Induk, adalah seorang yang yakin dengan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan peribadi.

SWO Tang (duduk, kesembilan dari kanan) telah dilatih sebagai tentera infantri, sebelum dipindahkan untuk menjadi Pakar Perisikan. Pada April 2010, beliau dilantik sebagai Sarjan Mejar Rejimen 11 Batalion C4I.

Dan kerjayanya mencerminkan etos ini: dia menuntut di politeknik sebanyak dua kali, bertukar daripada menjadi askar infantri kepada Pakar Perisikan, dan kini Ketua Pengajar Sekolah Kepimpinan SAFWOS, membina generasi Pegawai dan Pakar Waran (WOSpecs) yang baharu.

"Angkatan Tentera sentiasa berlatih untuk operasi. Dan mereka yang sangat terlibat dalam domain latihan adalah WOSpecs kami.

"Justeru, dalam semua pelantikan saya, selain bertugas sebagai komander atau ketua, saya sentiasa melihat diri saya sebagai jurulatih," katanya.

SWO Tang (keempat dari kanan) pada 1993 semasa menjadi Sarjan Platun Pengakap di 5 SIR. Dia mendaftar awal, pada usia 17 tahun, selepas tamat pengajiannya di politeknik.

Peluang kedua

Semasa remaja, SWO Tang tidak memahami nilai pendidikan dan akhirnya tercicir dari politeknik.

"Ketika itu, saya masih muda dan belum matang dan tidak mementingkan pendidikan saya. Saya sedang mencari sesuatu yang boleh memberi saya pedoman dan menyertai Angkatan Tentera pada usia 17 tahun. Saya menerima bimbingan daripada komander dan mentor yang baik. Mereka adalah pemimpin yang harus diteladani."

Semasa remaja, SWO Tang (latar depan) tidak memahami tentang nilai pendidikan. Tetapi dengan adanya mentor yang baik dalam SAF, telah mengubah hidupnya dan dia kembali ke bangku sekolah untuk menamatkan pengajian diplomanya.

Selepas mendaftar sebagai askar infantri, dia diberi peluang kedua untuk melengkapkan diplomanya. Dia memasuki Politeknik Nanyang di bawah tajaan SAF pada 1997 dan tamat pengajiannnya dengan kelulusan Diploma Kejuruteraan Pembuatan. Pada masa itu, dia sudah pun berusia pertengahan dua puluhan.

"Tetapi saya sudah lebih matang dan prestasi saya dalam pelajaran juga bertambah baik!" Walaupun diplomanya mungkin dianggap tidak berkaitan secara langsung dengan kerjanya dalam tentera, tetapi kemahiran kejuruteraan logik dan analitikal yang dikutip telah memberi manfaat dalam kerjanya.

"Inilah kebaikan melanjutkan pengajian tinggi: ia mengubah cara pemikiran kami. Apabila saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, pada masa itu saya hanya menganggapnya sebagai cara untuk memperoleh kelayakan pendidikan; tetapi setelah bekerja sekian lama, saya sedar ia membantu memberi perspektif dan pandangan dunia kepada saya."

Seorang askar yang bagus bukan sahaja cekap dari segi teknikal, malahan dia harus memahami maksud di sebalik peranannya, kata SWO Tang (keempat dari kanan). Dia berada di sini bersama-sama ahli Kumpulan Sokongan Perbarisan Hari Kebangsaan 2015.

Memupuk pemahaman yang lebih mendalam

Bagi SWO Tang, seorang askar yang bagus ialah seorang yang memahami maksud yang tersirat dalam tugasnya, selain benar-benar cekap dari segi kemahiran dan pengetahuan.

Dia berkongsi dari pengalamannya: semasa muda, dia lebih berfokus pada kecekapan teknikal tetapi tidak menghargai maksud yang tersirat dalam tugasannya.

"Hanya apabila saya meningkat maju dalam kerjaya saya, baru saya sedar konteks kemahiran yang diperlukan dalam jawatan yang disandang," jelasnya.

"Oleh itu, sekiranya saya dapat menyampaikan kesedaran ini (kepada pemimpin muda kita) yang tidak saya sedari semasa usia mereka, itu akan menjadi sumbangan utama saya."

SWO Tang di Kem Tentera Trentham di Wellington, New Zealand, di mana dia menghadiri JWOAC. Kursus itu telah menyedarinya tentang betapa pentingnya komunikasi terbuka di antara WOSPEC dan pegawai dalam membantu komander membuat keputusan yang lebih baik.

Gaya kepimpinan terbuka

Salah satu kemuncak kerjaya SWO Tang ialah apabila dipilih untuk menghadiri Kursus Lanjutan Pegawai Waran Bersama (JWOAC) pada 2011, di Kolej Perintah dan Staf Angkatan Pertahanan New Zealand (NZDF).

Kursus enam minggu ini merupakan kursus kemuncak bagi pegawai waran NZDF. SWO Tang adalah salah satu daripada dua pelajar antarabangsa dalam kumpulannya, dan warga Singapura yang tunggal di sana.

Apa yang membuka matanya ialah komunikasi terbuka di kalangan askar merentasi barisan: "Pegawai waran NZDF bersikap amat terbuka dan berterus-terang dengan meluahkan pendapat mereka tentang operasi seharian kepada pihak pimpinan; ini bererti mereka mempunyai hubungan rapat di antara pegawai dan askar mereka.

"Kini, setiap kali saya diminta pendapat saya, saya boleh menyatakan perspektif yang bertentangan dengan lebih yakin dan profesional, untuk membolehkan komander saya membuat keputusan yang bernas."

Kursus itu juga membantu memperkukuh gaya kepimpinan yang berfikiran terbuka. "Setiap orang mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berlainan, dan memahami perkara secara berbeza.

"Itulah sebabnya kita mesti sentiasa berfikiran terbuka–apabila pemimpin muda membuat keputusan, walaupun kaedah mereka mungkin berlainan, niat dan hasilnya masih tetap sama."

SWO Tang (kanan) mengambil alih sebagai Ketua Pelatih Induk Institut Pakar dan Pegawai Waran (SWI) daripada SWO Low Soon Pan pada Ogos 2016. Bersama-sama mereka adalah Komander SWI Kolonel Kevin Chin (tengah). [Foto: Facebook Sekolah Kadet Pakar]

Membina pemimpin masa depan

Sepanjang tempoh 32 tahun dalam SAF, SWO Tang telah melihat bagaimana anggota tentera yang melalui pintunya telah berubah: "Semasa saya mendaftar pada tahun 90-an, jika anda memiliki kelulusan sijil A-Level, kemungkinan anda akan menjadi pegawai. Hari ini, pemegang ijazah membentuk hampir 20 peratus daripada Kor WOSpec."

Inilah sebabnya jurulatih di Sekolah Kepimpinan SAFWOS digelar "Mengarah Staf " –peranan mereka adalah untuk memudahkan pembelajaran pelatih dalam persekitaran pembelajaran terarah kendiri. Mereka diharapkan akan menjadi fasilitator, mentor dan jurulatih.

Dengan meraikan ulang tahun Sekolah Kepimpinan SAFWOS yang ke-30 pada 14 Jan, SWO Tang yakin institut itu akan terus berkembang mengikut peredaran masa dan membina pemimpin yang serba boleh untuk menghadapi cabaran hari ini.

"Kami sentiasa menambahbaikkan pedagogi latihan supaya kami terus kekal di hadapan... Dengan adanya anggota perkhidmatan negara yang berpendidikan tinggi, kami mesti sentiasa meningkatkan prestasi kami. Dan kerumitan persekitaran pertahanan dan keselamatan yang semakin meningkat, anggota perkhidmatan negara kami seharusnya berkaliber tinggi.

"Kami perlu membina mereka sebagai insan yang baik terdahulu–sebagai askar, kelasi dan anggota tentera udara yang bagus, sebelum mereka boleh beroperasi dalam domain ini."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!