JURUIRING PRESIDEN MEMBANGGAKAN AYAHNYA

14feb22_news1_photo1-thumbnaila https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/14feb22_news1_photo1-thumbnaila.jpg?sfvrsn=5e795cf1_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURUIRING-PRESIDEN-MEMBANGGAKAN-AYAHNYA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURUIRING-PRESIDEN-MEMBANGGAKAN-AYAHNYA
JURUIRING PRESIDEN MEMBANGGAKAN AYAHNYA
15 Feb 2022 | PEOPLE

JURUIRING PRESIDEN MEMBANGGAKAN AYAHNYA

//KISAH KOH ENG BENG

//FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN MEJ VENOD

Salah satu sebab pegawai Komando ini menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Adikung Kehormat presiden Singapura, adalah untuk menghormati mendiang ayahnya.

MEJ Venod ialah seorang pegawai Komando yang terlatih.

Semasa dalam perbarisan merentasi Padang dalam pratonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2015, Kapten (KPT) Vaithalingam Venod Kumar masa itu, dapat melihat ayahnya menyaksikan perarakan dari galeri tempat duduk. Ia merupakan detik yang membanggakan lagi penuh beremosi baginya.

Encik Kannusamy Vaithalingam yang sebelah tubuhnya lumpuh akibat serangan strok yang melemahkan tubuhnya, dan menghidap dementia  –  dia mungkin tidak dapat mengerti apa yang sedang berlaku, atau mengenangkan tentang hasratnya untuk melihat anak-anaknya berpakaian seragam di NDP.

Ayah MEJ Venod menyaksikan pratonton NDP 2015.
KPT Venod, pada masa itu (dua dari kiri) ialah komander kontinjen Kawalan-Kehormatan Komando di NDP 2015.

"Abang saya terburu-buru untuk menarik perhatian ayah dan menunjukkan wajah saya kepadanya," kata MEJ Venod, yang ketika itu Komander Kawalan Kehormatan Kontinjen.

"Pada masa itu, ayah saya sudah pun menghidap strok dan dementia. Oleh itu, saya tidak dapat menerangkan kepadanya tentang tugasan saya ini. Tetapi saya tahu ayah akan tentu gembira menyaksikan saya di perarakan."

Encik Kannusamy adalah bekas pegawai polis. Beliau meninggal dunia pada 2019 pada usia 68 tahun.

MEJ Venod bersama abangnya MEJ Vijendran (kanan), Pegawai Pemerintah Skuadron 605 di Tentera Udara Republik Singapura.

Ayahnya adalah pendorong utama MEJ Venod menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Adikung Kehormat, atau HADC, apabila diberikan peluang.

"Sekiranya ayah masih hidup, dia pasti akan menggalakkan saya dengan berkata, 'Hei, pergi dan lakukannya!'" kata pegawai berusia 41 tahun itu, kini seorang pegawai staf dalam Perkhidmatan Bersama.

Prebet Venod pada masa itu, bersama dengan ayahnya di perbarisan tamat kursus Latihan Asas Tentera pada 2000.

Sebagai HADC, beliau akan meneliti dan memastikan keperluan Presiden Halimah Yacob dipenuhi di samping menemaninya di majlis, upacara atau acara negeri. Beliau juga membantu merancang dan menyelaraskan acara-acara tersebut.

MEJ Venod telah dilantik sebagai HADC tahun lepas, tetapi majlis pelantikannya tidak diadakan disebabkan oleh sekatan COVID-19.

MEJ Venod adalah antara 32 warga kerja SAF dan Pasukan Rumah yang menerima surat pelantikan HADC daripada Puan Halimah pada 14 Feb.

Impian sepanjang hayat

Tugasan sebagai HADC adalah tugasan sukarela, yang dijalankan sebagai tambahan kepada jawatan tetapnya sebagai pegawai Komando. Tetapi MEJ Venod, yang sudah berumahtangga, rela meluangkan masa tambahan.

Dapat berdiri di sebelah Presiden di acara-acara negara adalah suatu impian yang menjadi kenyataan baginya. Sejak dari bangku sekolah menengah lagi, beliau sudah tertarik hati dengan imej Presiden Singapura yang diapit oleh dua orang warga beruniform, HADC, di TV dan dalam akhbar.

MEJ Venod (kiri sekali) menjalankan tugasnya sebagai HADC buat pertama kali di perarakan Hari SAF pada 2021.

Salah seorang HADC selalunya terdiri daripada anggota komando yang memakai Beret Merah yang distingtif, kata MEJ Venod, sambil menyenaraikan nama bekas komando yang telah berkhidmat sebagai HADC selama beberapa dekad.

"Saya berkata kepada diri sendiri jika saya ingin menyertai Tentera Darat, saya mahu menyertai unit Komando."

KPT Venod pada masa itu, di majlis tamat pengajian Kursus Renjer Amerika Syarikat pada tahun 2014.
Sambil bergelak ketawa dengan anggota tenteranya menjelang penghujung laluan perbarisan sejauh 72 km pada 2012. Ketika itu beliau adalah Pegawai Pemerintah Kompeni Ke-5 dalam Batalion Komando Pertama.

MEJ Venod berharap sebagai HADC sekarang, beliau dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk menjadi Komando, sebagaimana Komando HADC generasi sebelumnya telah menginspiraskannya.

Membanggakan ibunya

Sebagai seorang HADC,  ibunya juga dapat melihatnya menjalankan tugas di tempat kerja, tambahnya.

Beliau tidak dapat berkongsi banyak tentang pekerjaannya dengan ibunya kerana sifat sensitif yang berkaitan dengan latihan dan misi Komando.

Bersama ibu angkatnya warga Australia (kiri), ibu dan ayahnya semasa tamat pengajian pegawai kadetnya di Royal Military College, Duntroon, di Australia, pada 2002.

"Setiap acara Istana yang saya sertai, ibu akan sentiasa bertanya sama ada dia boleh melihatnya di Facebook Puan Presiden," kata MEJ Venod.

Tambahnya lagi: "Saya berasa gembira kerana peranan dan tugasan saya kini yang boleh (lihat) dan difahami oleh ahli keluarga saya, dan membanggakan ibu saya sekarang.

"Bagi saya, memberi kegembiraan pada peringkat hidup ibu saya sekarang adalah sesuatu yang amat berharga."

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.