JURU MUATAN WANITA C-130 RSAF PERTAMA YANG KIAN MENINGKAT

27jan21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/27jan21_news1_photo1.jpg?sfvrsn=3d18b713_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURU-MUATAN-WANITA-C-130-RSAF-PERTAMA-YANG-KIAN-MENINGKAT
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JURU-MUATAN-WANITA-C-130-RSAF-PERTAMA-YANG-KIAN-MENINGKAT
JURU MUATAN WANITA C-130 RSAF PERTAMA YANG KIAN MENINGKAT
27 Jan 2021 | PEOPLE

JURU MUATAN WANITA C-130 RSAF PERTAMA YANG KIAN MENINGKAT

// KISAH TEO JING TING

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN 3SG ANG

Dalam siri ketiga "Dari Meja ke Medan Lapangan" PIONEER, ketahui bagaimana 3SG Ang Ee Lin bertukar daripada tukang roti kepada juru muatan wanita pertama C-130 Hercules Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

3SG Ang berasa seronok menjadi juru muatan kerana ia sebati dengan personalitinya dan memberinya peluang untuk perjalanan kerja dan untuk menyertai misi-misi yang berlainan.

Daripada menyediakan juadah manisan seperti makarun kepada makanan istimewa seperti kek hari jadi "tarian singa", kesemuanya pernah dilakukan semasa bekerja sebagai ketua roti bakeri tempatan.

Walaupun Sarjan ke-3 (3SG) Ang seronok membuat kek, tetapi dia sering terfikir untuk mendaftarkan diri dengan angkatan tentera sepanjang tempoh tujuh tahunnya di kedai bakeri.

Bagai ditakdirkan, rakan-rakannya mengajaknya ke pameran kerjaya di Universiti Teknologi Nanyang pada 2018. Di situ dia mengkunjungi gerai-gerai yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam Angkatan Bersenjata Singapura.

3SG Ang, yang gemar juadah manisan, pernah bekerja sebagai ketua di bakeri tempatan yang khusus menghasilkan kek tempahan tersuai.

Di situ juga dia mendapat tahu tentang peranan Spesialis Krew Udara (ACS).

Dia membuat keputusannya apabila mengetahui pekerjaan itu melibatkan perancangan dan penjadualan serta praktikal, dan berpeluang untuk perjalanan kerja dan untuk menyertai misi-misi yang berlainan.

Teruja untuk menyahut cabaran baharu, 3SG Ang terus mendaftar pada Februari 2019.

3SG Ang (kanan) bersama pendamping BMTnya Leftenan ke-2 (2LT) Lim Shi Yun, semasa perbarisan tamat pengajiannya pada Jun 2019. Sejak itu, Lim 2LT dinaikkan pangkat sebagai Leftenan.

Terbang tinggi

Menyesuaikan diri dengan latihan fizikal semasa Latihan Asas Tentera (BMT) bukanlah suatu cabaran yang besar bagi 3SG Ang kerana memang dia selalu bersukan. Dia menganggotai pasukan badminton sekolah semasa di sekolah menengah rendah, mewakili politekniknya dalam bola baling, dan kini gemar pula panjat batu.

Bagaimanapun, latihan pertamanya tidak berjalan lancar. "Saya muntah," kata 3SG Ang sambil bergelak.

Pesawat pengangkutan C-130 terbang rendah pada waktu petang. Kombinasi turbulens udara dan gelombang panas dari turbin, menyebabkan dia mabuk udara.

"Tetapi pegawai-pegawai senior saya menasihatkan agar terbang dengan lebih kerap untuk badan saya menyesuaikan diri dengan keadaan. Memang betul kata mereka – saya berasa lebih baik sekarang."

Sebagai juru muatan, 3SG Ang seumpama mata di belakang pesawat ketika mencari dan mengesan misi.

Menurut serta dalam misi-misi

Sebagai juru muatan, 3SG Ang bertanggungjawab untuk memuat kargo ke C-130. Dia juga bekerja rapat dengan juruterbang untuk menilai berat dan keseimbangan pesawat dan menyediakan dokumen untuk pemeriksaan sebelum penerbangan.

Yang paling digemari oleh pegawai berusia 26 tahun itu adalah peluang untuk pergi ke negara lain, bekerja dengan pelbagai orang dan melibatkan diri dalam misi-misi yang berlainan.

3SG Ang menghidupkan enjin untuk C-130 semasa SAREX INDOPURA 2020.

Misalnya, pada Oktober 2020, 3SG Ang mengambil bahagian dalam SAREX INDOPURA, Latihan Cari dan Selamat bilateral tahunan di antara Pusat Penyelarasan Penyelamat Singapura dan Indonesia.

"Latihan harian kami membuah hasil – setiap orang tahu peranan masing-masing. Berasa kagum melihat semua orang bekerjasama dengan baik, dari saat skuadron diaktifkan sehingga kami berangkat. Bahkan warga kerja yang bukan anggota anak kapal juga turut membantu," kata 3SG Ang.

"Ia seperti tarian yang dikoreografi dengan bagus, tajam dan tepat."

Keluarga "condor" yang rapat

Kini sudah setahun 3SG Ang bertugas di sana dan dia benar-benar seronok dengan pekerjaannya. Setiap hari, dia tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku dan ini yang mengujakannya. Dalam masa terdekat, dia tidak sabar untuk menyokong Red Lions dalam latihan pecutan jatuh bebas angkatan tentera mereka.

"Red Lions selalu menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan dan saya sering tertanya-tanya apakah yang mereka lakukan sebelum terjun. Saya berasa teruja berpeluang bekerja bersama-sama mereka.”

Semangat kekeluargaan: 3SG Ang (kanan) menikmati persahabatan mesra yang terjalin dengan rakan-rakan sejawatnya.

Dia juga berterima kasih kerana berada dalam persekitaran yang mesra dan bersepadu di 122 SQN, juga dikenal sebagai "Condors".

"Di dalam (mengendali dan menyenggara) sebuah pesawat, ada juruterbang, jurutera, navigator dan juru muatan, dan setiap orang bertanggung jawab terhadap bahagian-bahagian tertentu," kata 3SG Ang.

"Walaupun kami melakukan perkara yang berlainan tetapi kami tahu apa yang dilakukan oleh yang lain dan kami akan saling membantu. Kami seperti satu keluarga dan saya berasa senang sekali di sini."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!