JEMPUT MASUK KE DAPUR KAMI

may19_people2-1a https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/may19_people2-1a.jpg?sfvrsn=51cb1bc2_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JEMPUT-MASUK-KE-DAPUR-KAMI
JEMPUT MASUK KE DAPUR KAMI https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JEMPUT-MASUK-KE-DAPUR-KAMI
30 Apr 2019 | PEOPLE

JEMPUT MASUK KE DAPUR KAMI

PIONEER berada di belakang kaunter Ampang Kitchen, yang diuruskan oleh pasangan ayah-anak yang memperjuangkan bahan ramuan dan perasa juadah Peranakan.

// BERITA THRINA THAM

// FOTO KENNETH LIN

Leong dan anaknya sedang menyediakan juadah Peranakan di dapur rumah mereka.
English 华文
English 华文

Di rumah Leong, kaum lelaki yang memasak.

Mereka memulakan hari mereka pada 7 a.m apabila Encik Raymond Leong atau anaknya, Lans Koperal (LCP) (NS) David Leong, bangun untuk membeli bahan-bahan dari pasar. Ia berakhir pada pukul 11 malam setelah semua pinggan mangkuk daripada pelanggan yang makan malam habis dicuci.

Inilah Ampang Kitchen, dapur makan peribadi di mana kedua-dua tukang masak menyajikan makanan di banglo mereka di Jalan Ampang di Bukit Timah. Ruang tamu mereka adalah berhawa dingin dan bersifat moden dan luas, dengan 10 tempat duduk di sekitar meja makan panjang berhadapan dengan tingkap-tingkap besar yang menghadap ke halaman belakang rumah mereka.

Ramai tetamu berjalan-jalan ke dapur luaran di mana kerja sebenar dilakukan: penyediaan dan memasak kuisin tradisional Peranakan Pulau Pinang.

Hubungan Anak-Beranak

Walaupun banyak dapur makan peribadi telah muncul sejak tahun yang lalu, Ampang Kitchen masih tetap sibuk dengan pelanggannya.

Ia bermula sebagai suatu perniagaan katering rumah yang kecil pada tahun 2014 dan pada 2017, membuka kepada mereka yang makan malam. Kini pasangan ini menghoskan sebanyak empat makan malam dalam seminggu, walaupun mereka pernah melakukan 14 hari berturut-turut pada bulan Disember yang sibuk.

Pelanggan adalah terdiri daripada individu yang datang membeli hidangan untuk juadah bawaan, kepada kumpulan korporat yang inginkan pengalaman makan di rumah yang unik bersama-sama klien mereka.

Satu hidangan di menu mereka, iaitu kechai jantung pisang, atau salad, jarang disajikan di restoran lain. Persiapan intensif untuk hidangan adalah termasuk memilih kelopak bunga kecil dan membuang stigma di dalamnya. Kemudiannya, kelopak bunga direbus sebelum digaul dengan udang, timun, daging khinzir dan santan untuk dibuat salad.

Ramai pelanggan Ampang Kitchen mengenalinya dari mulut ke mulut. "Kami berasa begitu puas hati apabila pelanggan memberi kami ulasan yang bagus. Ia memberitahu kami bahawa usaha kami sungguh berbaloi, "kata LCP (NS) Leong, 27.

Kata En Leong lagi, walaupun mereka menghargai maklum balas yang diterima, namun mereka adalah "pengkritik kuat diri mereka".

"Kami betul-betul meminati kaedah masakan kami, jadi kami tidak akan mengambil jalan pintas (semasa menyediakan makanan kami)," kata tukang masak berusia 72 tahun, yang lebih mesra dengan panggilan Pakcik Raymond oleh pelanggannya.

1-UP-B-caption

Bagi Penggemar Makanan

Memasak hidangan Nyonya mungkin bukan sesuatu kerja persaraan bagi Mr Leong - seorang Kantonis dan akauntan bertauliah selama 30 tahun. Tetapi, makanan memainkan peranan yang besar dalam hidupnya.

Dia mula gemarkan masakan Nonya setelah pertama kali menjamu hidangan Nonya yang dimasak oleh nenek rakannya pada berusia 16 tahun. Pada tahun 2004, dia pergi ke Pulau Pinang untuk mempelajari kuisin ini, dan membayar RM10,000 (lebih kurang S$4,000 pada masa itu) kepada seorang sifu (guru). Dia belajar menyediakan 74 hidangan dalam masa 14 hari.

"Tidak ada rahsia, dia mengajar saya segala-galanya. Kami akan tumbuk ramuan dengan cara lama; pada masa itu tidak ada pengisar elektrik. Segalanya dimasak secara tradisional, dengan api yang kecil, "katanya.

Mr Leong kembali dan membuka sebuah restoran dengan rakan-rakannya tetapi tidak berjaya. Akhirnya, dia mendapat anak bongsunya untuk kerja bersama membuka Ampang Kitchen.

Mengikuti Jejak Langkah Ayahnya

Walaupun LCP (NS) Leong memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kriminologi dan Pemasaran, dia tidak pernah ragu untuk bersama ayahnya menjadi tukang masak di rumah.

"Semasa kami membesar, ayah selalu memanjakan kami dengan masakannya. Lama-kelamaan, saya sedar alangkah sedihnya jika resipi dan teknik masakan berakhir dengan ayah saya," katanya.

"Kuisin Peranakan yang asli adalah sesuatu yang akan pupus; kerja persiapannya leceh dan ada yang tidak berminat. Ini adalah satu peluang untuk mengekalkannya."

Kesabaran dan ketabahan juga sesuatu yang dikaitrapatkan dengan masa LCP (NS) Leong berada dalam perkhidmatan nasional.

LCP (NS) Leong (dua dari kanan) bersama-sama rakan daripada kursus Latihan Asas Tentera di luar kem.

Pembantu Pembekalan di Batalion 922, Rejimen Infantri Singapura dengan jelas mengingati Latihan Dalam Kem (ICT) pertamanya pada tahun 2017, di mana semua anggota kerahan perkhidmatan negara melakukan kawad laluan bersama sepanjang 6km.

"Saya sangka tentu semua orang akan lemah semangat, kerana kami tidak menjangka latihan fizikal itu begitu mencabar lebih-lebih lagi dalam ICT pertama kami," katanya. "Tetapi tiada seorang pun yang tercicir."

"Kami sentiasa memberi semangat dan menjaga sesama sendiri," kata LCP (NS) Leong sambil mengenang bagaimana mereka melengkapkan latihan itu, yang berlangsung di lapangan luar pada pukul 2 a.m.

"Akhirnya, kami berasa bangga kerana dapat mengharunginya dengan berjaya."

 


 

1-UP-B-caption

Makan minum di Ampang Kitchen bermula pada harga $60 untuk makan tengah hari dengan hidangan 6 jenis sajian (untuk minimum 8 orang) dan $100 untuk makan malam dengan hidangan 9 jenis sajian (untuk minimum 10 orang). Dapur mereka juga menawarkan perkhidmatan makanan bawa pulang bagi hidangannya.

 


 

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?