JANGAN SEKALI-KALI ANGGAP PERTAHANAN MUTLAK ITU REMEH

21nov23_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/21nov23_news1_photo1.jpg?sfvrsn=81360e03_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JANGAN-SEKALI-KALI-ANGGAP-PERTAHANAN-MUTLAK-ITU-REMEH
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/JANGAN-SEKALI-KALI-ANGGAP-PERTAHANAN-MUTLAK-ITU-REMEH
JANGAN SEKALI-KALI ANGGAP PERTAHANAN MUTLAK ITU REMEH
21 Nov 2023 | PEOPLE

JANGAN SEKALI-KALI ANGGAP PERTAHANAN MUTLAK ITU REMEH

//KISAH DONAHUE FOO & TEO JING TING / FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN ORANG YANG DITEMU RAMAH

Daripada berkongsi kisah hidup di negara yang dilanda peperangan sehingga menyertai SAFVC dan memberi Anggota Perkhidmatan Negara masa rehat untuk ICT – inilah yang dilakukan oleh bekas pelakon Ix Shen dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat SV2 Varun Ramdas untuk menganjurkan kepentingan Perkhidmatan Negara dan Pertahanan Mutlak.

Encik Shen (kiri) dan SV2 Varun menegaskan kepentingan NS dan Pertahanan Mutlak.

Wajah yang disenangi warga Singapura pada tahun 2000-an, bekas pelakon Ix Shen telah menjadi tumpuan baru-baru ini: menyaksi dan berkongsi pengalamannya tentang perang Rusia-Ukraine.

Anggota tentera yang berusia 51 tahun itu berpindah ke Ukraine pada Oktober 2021, dan berada di sana pada waktu pencerobohan berlaku pada Februari 2022.

Tiga minggu selepas perang bermula, dia berpindah ke Poland bersama isteri Ukrainenya. Kemudian dia kembali ke negara yang dilanda perang itu beberapa kali untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan sebagai anggota kumpulan sukarelawan.

ini adalah foto Encik Shen dan kucingnya yang diambil oleh isterinya pada Februari 2022, mencari ketenangan antara satu sama lain semasa perang. [Foto: N Borodina]

Berkongsi pengalamannya dalam perang Ukraine

Kini kembali ke Singapura, dia telah secara aktif berkongsi pengalamannya semasa perang serta pembelajaran yang diperoleh bersama dengan pelbagai kumpulan masyarakat dan perkhidmatan awam.

Sejak itu, lebih 1,400 orang telah memperoleh manfaat daripada perkongsiannya. Ramai pelajar yang mengacukan persoalan kepada Encik Shen – tentang apa yang berlaku dalam perletusan perang Rusia-Ukraine kepada apa yang berlaku semasa kekurangan makanan, dan bagaimana mereka melindungi diri dalam situasi sedemikian.

Foto ini diambil sepanjang pengepungan Kyiv, menggambarkan senario dilanda perang yang dihadapi Encik Shen dalam perjalanan menghantar bekalan kemanusiaan ke sebuah kampung pada April 2022. [Foto: Encik Shen]

Menurut Encik Shen dalam perkongsian pembelajaran yang  pentingnya semasa dia di Ukraine: "Memang mudah sekali memandang remeh terhadap Pertahanan Mutlak dan menganggapnya sebagai masalah orang lain pula.

"Kerana jika anda fikir orang lain akan menyelesaikannya untuk anda, begitu juga pemikiran mereka."

Ditanya sama ada dia mempunyai apa-apa nasihat untuk warga Singapura untuk mengambil Pertahanan Mutlak sebagai sesuatu yang amat penting, bekas pengawal itu berkata ia boleh semudah mengambil minat dalam geopolitik serantau atau antarabangsa, dan mendapat maklumat yang tepat daripada sumber yang boleh dipercayai.

Encik Shen (kiri) menerima Anugerah Pendukung Perkhidmatan Negara untuk Individu daripada Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri dan Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling.

Jangan sekali-kali perlekehkan kedamaian sebagai perkara yang remeh

Encik Shen juga bersyukur kerana generasi pengasas Singapura mempunyai pandangan jauh untuk menubuhkan Pertahanan Mutlak.

"Setelah mengharungi peperangan, saya berasa amat kagum dengan pandangan jauh generasi pengasas kita untuk menubuhkan Pertahanan Mutlak kerana mereka sedar, selepas beberapa dekad keamanan dan kemakmuran, mudah (bagi warga Singapura) hilang orientasi mereka.

"Pertahanan Mutlak adalah penting dan kita tidak boleh memandang remeh terhadapnya."

Menghargai pedukung Perkhidmatan Negara

Encik Shen adalah di kalangan 218 penerima anugerah yang dihadiahkan Anugerah Pendukung Perkhidmatan Negara (NS) di Majlis Anugerah Pertahanan Mutlak tahunan, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Raffles City pada 20 Nov.

Anugerah Pendukung NS merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada perniagaan, organisasi dan individu sebagai mengiktiraf sokongan teladan mereka terhadap Pertahanan Mutlak dan Perkhidmatan Negara.

Anugerah itu dihadiahkan kepada 113 perusahaan kecil dan sederhana (PKS), 40 syarikat besar, 46 organisasi dan 19 individu di majlis tersebut tahun ini.

SV2 Varun (kiri) menerima Anugerah Pendukung Perkhidmatan Negara (Perusahaan Kecil dan Sederhana) daripada Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad pada majlis itu.

Kepentingan pertahanan adalah sesuatu yang dianggap serius oleh Sukarelawan SAFVC (SV) 2 Varun Ramdas.

Contohnya, dia memberi warga kerja Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (anggota perkhidmatan negara sedia beroperasi) hari cuti sebelum dan selepas Latihan Dalam Kem (ICT) mereka.

Ini adalah untuk memastikan mereka berehat secukupnya sebelum panggilan tahunan mereka, dan kembali bekerja atau menggunakan ICT dengan tenang. Hari-hari cuti ini tidak merupakan sebahagian daripada cuti tahunan pekerja.

"Kami mahu memberi mereka rehat yang secukupnya kerana mereka perlu merancang sesuatu dengan keluarga mereka sebelum menggunakan ICT dan menyesuaikan diri mereka sebelum kembali bekerja," kata Ketua Pegawai Eksekutif Fisk Tech Pte Ltd, 41, Syarikat selam komersial yang berpangkalan di Singapura.

Bapa SV2 Varun (kanan) mengenakan tampalan formasi SAFVC padanya di Kem Maju pada Jun 2019.

Menyahut seruan tugas

Dilahirkan di Mumbai, India, SV2 Varun datang ke Singapura pada 2008 dan diberikan status Penduduk Tetap (PR) tiga tahun kemudian.

Pada Jun 2019, dia menyahut panggilan tugas dengan menyertai Kor Sukarelawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC) kerana ingin berkhidmat untuk negara dengan menyumbang kepada pertahanan Singapura.

SV2 Varun (baris kedua, kedua dari kiri) dalam upacara penyampaian senjata di Memorial Perang Kranji pada Jun 2019.

"Saya menghabiskan sebahagian besar zaman dewasa saya di sini dan semua rakan saya adalah warga Singapura yang menjalani Perkhidmatan Negara," jelas SV2 Varun, yang berkhidmat sebagai pasukan keselamatan bantuan.

"Jika saya boleh, walaupun secara kecil-kecilan, menyumbang ke arah pertahanan ketenteraan Singapura, (setentunya hebat)... SAFVC adalah cara terbaik bagi saya (untuk berbuat demikian)."

SV2 Varun (dua dari kiri) menamatkan kursus askar keselamatan bantuan bersama rakan-rakan SAFVC di Kem Mowbray pada November 2019.

Walaupun Latihan asas SAFVC sepanjang tiga minggu adalah sukar, dia tidak pernah menyesali keputusannya.

"Dalam tiga minggu itu, kami terpaksa melakukan semua yang dilakukan oleh NSF (anggota perkhidmatan negara sepenuh masa) dalam Latihan Tentera Asas mereka! (Meskipun) agak mencabar, ia juga menyeronokkan kerana saya dapat membina hubungan yang erat dengan rakan sekursus saya."

SV2 Varun sering menggalakkan warga Anggota Kerahan Perkhidmatan Negaranya untuk melanjutkan kitaran Perkhidmatan Negara mereka.

Kepimpinan melalui teladan

Selain membina keakraban, SV2 Varun juga belajar untuk menjadi lebih tabah. Ini telah membuatnya lebih menghargai Perkhidmatan Negara.

"Saya selalu berasa sangat teruja untuk kembali setiap tahun untuk berkhidmat. Malah, saya sentiasa melanjutkan tempoh saya daripada 14 hari kepada hampir 28 hari."

Selain itu, keghairahannya terhadap NS juga tertempias pada rakan kerjanya. Malah, ada di atara mereka juga turut melanjutkan kitaran Perkhidmatan Negara mereka atas galakannya!

SV2 Varun berkata: "NS adalah tugas asas yang perlu kita lakukan untuk melindungi dan mempertahankan keutuhan Singapura, supaya kita sentiasa ada jaringan keselamatan itu.

"Jika bukan kita, siapa lagi? Ini adalah semata-mata memberi sumbangan, membalas jasa, dan memastikan keselamatan dan kestabilan negara ini yang kita anggap sebagai rumah."

Suggested Reading
BAKAT MUDA KOMITED UNTUK PERTAHANAN SINGAPURA
PEOPLE
13 Aug 2025

Sebanyak 82 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah disampaikan kepada calon pelajar muda yang bercita-cita tinggi tahun ini.

SG60 Sambutan di Kawasan Perumahan Awam
COMMUNITY
10 Aug 2025

Sambutan Hari Kebangsaan mungkin sudah berakhir, namun kemeriahannya diteruskan hingga sepanjang hujung minggu dengan pelbagai acara di seluruh pulau!

Cover story
SELAMAT ULANG TAHUN KE-60, SINGAPURA!
COMMUNITY
09 Aug 2025

Feature
JUARA UNTUK INOVASI
TECHNOLOGY
30 Jul 2025

Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

Feature
LOMPATAN GERGASI KE DALAM BUT BARU
PEOPLE
29 Jul 2025

Perubahan kerjaya tidak pernah mudah, tetapi melompat keluar dari zon selesa mereka ke SAF adalah apa yang diinginkan oleh wanita-wanita pertengahan kerjaya ME4 Jessica Ho dan ME4 V. Yoginita.

Feature
DI BELAKANG PERBARISAN
COMMUNITY
28 Jul 2025

Berbulan-bulan bekerja keras dan hujung minggu yang dihabiskan, semuanya untuk pesta ulang tahun terbesar Singapura. Inilah pas belakang pentas anda untuk Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini!

SUKARELAWAN MINDEF DIHORMATI ATAS SUMBANGAN KEPADA PERTAHANAN S'PURA
COMMUNITY
24 Jul 2025

Sukarelawan-sukarelawan ini memainkan peranan penting dalam mempromosi kesedaran tentang hal-hal pertahanan kepada orang ramai dan memberi inspirasi atas sokongan kepada Perkhidmatan Negara.

DARIPADA JURUAUDIT KEPADA PEGAWAI PERANG UDARA
PEOPLE
23 Jul 2025

LTA Liz Voon menukar audit kewangan untuk misi pertahanan udara. Temui wanita pertengahan kerjaya ini yang meninggalkan salah satu firma perakaunan "4 Besar" untuk meneruskan tujuannya dalam RSAF, dalam siri "Dari Meja ke Lapangan" PIONEER!

PAPARAN KAPAL HEBAT NDP 2025 DI TELUK MARINA
COMMUNITY
19 Jul 2025

Paparan maritim adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan NDP khas tahun ini, menyertai terbang lalu udara di atas Padang dan pandu lalu di sepanjang St Andrew’s Road.

APABILA INOVASI KEJURUTERAAN MENEMUI PERTAHANAN NEGARA
PEOPLE
16 Jul 2025

ME5 Joshua Tay membawa 18 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang ke Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS). Temui ahli pertengahan kerjaya ini dalam siri terbaharu PIONEER "Dari Meja ke Lapangan"!