IMPIAN JURUTERA UNTUK MENJADI ASKAR

20jan20-thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/20jan20-thumbnail.jpg?sfvrsn=bec2b623_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IMPIAN-JURUTERA-UNTUK-MENJADI-ASKAR
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IMPIAN-JURUTERA-UNTUK-MENJADI-ASKAR
IMPIAN JURUTERA UNTUK MENJADI ASKAR
20 Jan 2021 | PEOPLE

IMPIAN JURUTERA UNTUK MENJADI ASKAR

Dalam folder kedua siri "Dari Meja ke Medan Lapangan" PIONEER, Kapten (KPT) Azri bin Haron menceritakan kenapa dia meninggalkan pekerjaan impiannya sebagai jurutera kimia dan menyertai Tentera Darat.

KPT Azri meninggalkan pekerjaan impiannya sebagai jurutera kimia (kiri) dan menyertai Tentera Darat untuk membawa kesan perubahan dalam kehidupan orang lain.

Kimia merupakan subjek kegemarannya di bangku sekolah, dan impiannya adalah untuk bekerja di industri kimia. Tetapi setelah menjadi jurutera kimia, dia mendapati pekerjaan itu tidak secucuk dengan dirinya.

Setiap hari dia berhadapan dengan bahan-bahan kimia. Dia asyik mengulangi proses yang sama, dan tidak mendapat kepuasan dalam tugasnya.

"Saya sedar saya perlu bertukar dan tidak dapat membayangkan diri saya melakukan tugas yang sama sepanjang hayat saya," kata KPT Azri, yang bekerja selama setengah tahun di sebuah syarikat permulaan yang kini sudah tutup.

Titik perubahannya tiba apabila dia tidak dapat melengkapkan larian sejauh 5km bersama teman wanitanya (kini isterinya!) pada Januari 2016. Dia mula berjalan hanya selepas 1km – beza sekali daripada rekrut yang telah memenangi anugerah Latihan Fizikal Terbaik semasa Latihan Asas Tenteranya (BMT).

Pada bulan yang sama, KPT Azri meletak jawatan dan tiga bulan kemudian, dia mendaftar di Tentera Darat Singapura.

Membawa kesan perubahan

Pelantikan pertamanya adalah sebagai Pegawai Pemerintah (OC) di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC). Sepanjang tempoh dua tahun di sana, dia akan melibatkan para rekrut dan berbual dengan mereka setiap minggu sebelum mereka pulang.

"Saya mengatakan kepada mereka bahawa mereka boleh menghampiri saya sekiranya mereka menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh sarjan atau komandan platun mereka," kata KPT Azri.

KPT Azri (berdiri, keempat dari kanan) dan rakan-rakannya BMT OC semasa Separuh Maraton Tentera 2018.

Semasa bertugas di BMTC juga, pegawai yang berusia 29 tahun itu menemui kes yang paling sukar dilupakan – seorang rekrut yang enggan mengambil bahagian dalam latihannya.

"Setelah berbual dengannya, saya sedar kelakuannya berpunca daripada masalah yang pernah dihadapi sebelum ini," kata KPT Azri.

"Saya mengatakan, walaupun saya memahami keadaannya, sementara dia berada dalam Perkhidmatan Negara selama dua tahun, adalah elok untuk memanfaatkan tempoh itu untuk memperbaik diri menjadi insan yang lebih baik?"

Setiap minggu, KPT Azri akan menggalakkan rekrut ini untuk mencari sesuatu yang boleh dilakukan dengan baik. Usahanya membuahkan hasil – rekrut segera sedar bahawa kekuatannya adalah dalam lariannya dan menjadi lebih terdorong untuk melakukan yang lebih baik apabila orang ramai memuji prestasinya.

Lama-kelamaan rekrut itu mendaftar dan dihantar ke Pasukan PengerahanTentera Darat (ADF) sebagai spesialis.

"Saya berasa berpuas hati kerana berjaya mengubah pemikirannya – daripada seorang yang hanya mementingkan dirinya kepada seorang askar yang berdisiplin dan ingin menyumbang kepada pertahanan negara," kata KPT Azri.

Inilah yang mendorong KPT Azri untuk menyertai pasukan tentera sejak dari awal lagi. "Saya bertekad untuk membuat suatu perbezaan dalam kehidupan seseorang – dan berada di angkatan tentera membolehkan saya untuk melakukannya."

Memimpin anggota tentera

Pada Ogos 2018, CPT Azri dihantar ke ADF, di mana dia menghabiskan dua tahun berikutnya sebagai Syarikat 2IC (Kedua Bertugas).

Walaupun kini, dia memimpin askar-askar tetap dan bukan rekrut, baginya kepercayaan dan penglibatan adalah amat penting untuk membawa perubahan dalam kehidupan mereka. KPT Azri juga akan cuba membantu sekiranya askar-askar menghampirinya dengan masalah yang berkaitan dengan keluarga atau kerjaya.

KPT Azri (duduk, barisan depan, berpakaian kelabu) bersama-sama askar ADFnya setelah melengkapkan larian di luar kem pada 2019.

"Adakalanya terdapat senario seperti perlu mengambil cuti kerana tidak ada orang untuk membantu menjaga bayi mereka. Atau mereka risau tentang gaji dan kenaikan pangkat. Selagi saya mampu menyelesaikannya, saya akan melakukannya," jelas KPT Azri.

Katanya lagi, ini akan membantu menenangkan fikiran mereka dan membolehkan mereka menumpukan lebih perhatian kepada pekerjaan mereka.

Semasa KPT Azri menamatkan lawatan ADFnya pada Julai 2020, beberapa anggota tentera mengucapkan terima kasih atas bantuannya kepada mereka.

"Mereka bersyukur kerana saya memberi peluang kepada mereka untuk memimpin platun atau menyerlah dalam karier mereka, dan bahawa saya telah membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Saya rasa setentunya saya telah melakukan sesuatu yang betul," katanya sambil bergelak.

Menyentuh kehidupan orang lain

Kini bekerja sebagai seorang jurulatih syarikat di Institut Latihan Infantri, KPT Azri melatih dan menyediakan para pemimpin Anggota Perkhidmatan Nasional Sedia Beroperasi (NSman) untuk penilaian Pusat Penilaian Latihan Tentera (ATEC) mereka.

Memandangkan dia tidak pernah melalui ATEC, dia perlu mempelajari tentang proses penilaian sebelum melatih NSman OC ini. Sesudah tamatnya sesi latihan pertamanya dengan OCs Batalion Ke-783, Rejimen Infantri Singapura, kedua-dua Pegawai Pemerintah dan OC memuji KPT Azri atas tugasan yang baik.

Setakat ini, dia telah melatih lima kumpulan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara untuk Latihan Dalam Kem mereka dan menjalin hubungan yang baik dengan pelbagai OC.

Tiada penyesalan KPT Azri menyertai Tentera Darat untuk membawa perubahan dalam kehidupan orang lain.

Apakah rahsianya dalam memainkan peranan-peranan berbeza ini dengan mudah? Menyesuaikan diri dengan "audiensnya”.

"Sebagai jurulatih, anda perlu mengenali siapakah audiens anda dan menyesuaikan kaedah pengajaran dan penglibatan anda. Ada orang lebih lebih formal manakala ada pula yang lebih kasual. Oleh itu walaupun latihannya mungkin sama tetapi penghantarannya berbeza," jelasnya.

Kini sudah empat tahun KPT Azri bertukar karier dan walaupun waktu kerjanya mungkin lebih panjang dan tidak teratur, dengan latihan semalaman sekali-sekala, dia masih berasa puas hati pada penghujung harinya.

"Berinteraksi dengan pelbagai orang – daripada rekrut kepada anggota tetap dan sekarang dengan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara – dan melihat kemajuan mereka, ia memberi saya kepuasan. Saya mungkin tidak berpeluang merasai pengalaman ini sekiranya saya masih berada di industri kimia," kata KPT Azri.

"Walaupun hanya seorang yang mengucapkan terima kasih kepada saya kerana mendidik dan membimbingnya, saya sudah gembira."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!