IDEA BAHARU DARIPADA ANGGOTA MUDA ACCORD

27jul22_news1_thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/27jul22_news1_thumbnail.jpg?sfvrsn=7f0fd59f_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IDEA-BAHARU-DARIPADA-ANGGOTA-MUDA-ACCORD
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IDEA-BAHARU-DARIPADA-ANGGOTA-MUDA-ACCORD
IDEA BAHARU DARIPADA ANGGOTA MUDA ACCORD
27 Jul 2022 | PEOPLE

IDEA BAHARU DARIPADA ANGGOTA MUDA ACCORD

KISAH THRINA THAM / FOTO AMOS CHEW & IHSAN CIK NG & ENCIK FAUZI

Anggota muda ACCORD Samantha Ng, seorang pemimpin belia, dan Fauzi Aziz, pengaruh tempatan, ingin menghasilkan idea baharu untuk mengukuhkan sokongan bagi Perkhidmatan Negara dan pertahanan.

Cik Ng (kiri) telah berkhidmat dalam SAFVC sejak 2015, manakala Encik Fauzi, anggota ACCORD yang akan datang, bertugas dengan Nexus, agensi MINDEF pada 2020 untuk menggalakkan orang ramai mengundi logo Pertahanan Menyeluruh yang baharu.

Sebagai sebahagian daripada siri acara untuk memperingati ulang tahun Perkhidmatan Negara yang ke-55 (NS55), Tentera Singapura melancarkan Cabaran Kecergasan NS55 pada bulan Mei ini, unhtuk menggalakkan semua orang untuk berjalan bersama anggota kerahan perkhidmatan negara kita.

Matlamat yang ditetapkan oleh Cabaran itu adalah tinggi: untuk mencapai 550 juta langkah – mewakili 55,000 langkah bagi setiap anggota kerahan perkhidmatan negara.

Semasa akhir Cabaran pada 8 Jul – selepas dilanjutkan selama seminggu atas permintaan ramai – Cabaran itu menyaksikan lebih 2,400 peserta mencatatkan lebih daripada 668 juta langkah bersama-sama.

Kempen itu adalah cetusan idea Majlis Penasihat Hubungan Masyarakat dalam Pertahanan (ACCORD).

Seorang anggota Majlis Keluarga dan Komuniti ACCORD sejak 2020, Cik Ng telah berikhtiar untuk melibatkan keluarga dalam Perkhidmatan Negara dan pertahanan.

"Tahun ini, kami ingin mengadakan satu aktiviti untuk menggerakkan orang ramai. Kami ingin mengusahakan sesuatu yang ketara untuk menyemai semangat untuk bersatu," kata Cik Ng berusia 33 tahun, yang bertugas sebagai Ketua Perhubungan Awam di platform penghantaran makanan dan barangan runcit.

Sebagai sebahagian daripada tugasannya dalam ACCORD, Cik Ng turut menyertai dua Fireside Chats secara maya untuk melibatkan golongan belia dan komuniti dalam perbualan tentang kerjaya, keluarga dan Perkhidmatan Negara.

Seorang yang tidak asing lagi dalam bidang pertahanan negara, Cik Ng telah membantu Tentera Singapura dalam usaha publisitinya sebagai sukarelawan dalam Kor Sukarelawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC) sejak 2015.

Salah satu projeknya yang paling dihayatinya sebagai Personel Media-Info dalam SAFVC ialah kempen penjenamaan yang dilaksanakan pada 2019. "Kami ingin berkongsi aspek kemanusiaan dalam Angkatan Tentera, bukan sesuatu yang hanya mengutamakan senjata dan mesin," kata Cik Ng, yang berpangkat SV3.

Pasukannya dengan tiga sukarelawan tampil dengan kempen #OurArmyFamily, yang mengkonsepkan slogan dan logo yang menawan hati dan warga Tentera. Sehingga hari ini, Tentera Darat masih mengguna slogan ini.

Encik Heng (kanan) menyampaikan sijil pelantikan ACCORD kepada Cik Ng, yang akan berpindah ke majlis Institusi Pendidikan.

Cik Ng dilantik semula ke ACCORD untuk satu penggal lagi semasa di majlis Penghargaan dan Pelantikan ACCORD yang diadakan di Float pada 23 Jul.

Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How dalam ucapannya di majlis tersebut, memuji pelbagai inisiatif asas yang telah dilaksanakan oleh ACCORD.

"Tiada satu pun (inisiatif ini) akan berlaku secara automatik; (ia) hanya berlaku disebabkan oleh komitmen anggota (ACCORD)…dalam (bukan sahaja) menghasilkan idea, tetapi juga bekerjasama rapat untuk memastikan pelaksanaannya. (mendapat hasil tersebut)," kata Encik Heng, yang mempengerusikan majlis itu bersama dengan Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad.

Sejumlah 51 anggota dilantik untuk tempoh dua tahun hingga 2024, termasuk perlantikan 17 ahli baharu.

Antaranya ialah peneraju pemasaran dan pencipta kandungan TheSmartLocal (TSL), Encik Fauzi Aziz, yang dilantik ke majlis Institusi Pendidikan ACCORD.

Berbekalkan pengalaman selama lebih daripada lapan tahun dalam media digital, lelaki berusia 33 tahun itu telah menjadi mentor kepada pelatih yang menyertai syarikat. Beliau juga telah terlibat dalam program jangkauan sekolah, memberikan ceramah kerjaya kepada mereka yang berminat dalam industri tersebut.

Dalam pelantikan ACCORD baharunya beliau akan melibatkan diri dengan pra-pendaftar dan memperkukuh sokongan belia untuk Perkhidmatan Negara dan pertahanan.

Beliau berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara dengan Angkatan Pertahanan Awam Singapura dan menjawat pangkat Sarjan.

Encik Fauzi telah menjadi mentor kepada ramai pelatih di TSL dan berharap dapat mengetengahkan kebimbangan belia sebagai sebahagian daripada pelantikan ACCORDnya.

Tentang kepentingan Perkhidmatan Negara, beliau mengenangkan kisah tentang dua kreatif muda dalam TSL yang bimbang, penglibatan dalam Perkhidmatan Negara akan menghalang kemajuan mereka dalam industri media.

"Tetapi semasa saya bersembang dengan mereka selepas penamatan Perkhidmatan Negara, mereka sedar tempoh dua tahun itu amat penting untuk kematangan mereka... Mereka kini berupa lelaki muda yang lebih matang dan kedua-duanya sedang menjalankan tugasan masing-masing dengan hebat," kata Encik Fauzi.

Beliau berharap dapat mewakili golongan belia semasa bekerja dengan veteran dalam pelantikan ACCORDnya dan berkata: "Dengan cara itu, adanya keseimbangan pendapat; mudah-mudahan kami boleh membina beberapa inisiatif yang boleh memanfaatkan khalayak ramai."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!