ICT DI TENGAH-TENGAH COVID-19 AMAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESEDIAAN BEROPERASI SAF: ZAQY

26aug21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26aug21_news1_photo108e516ba-908b-427c-9617-68c2b2ca651a.jpeg?sfvrsn=ce19748_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ICT-DI-TENGAH-TENGAH-COVID-19-AMAT-PENTING-UNTUK-MENGEKALKAN-KESEDIAAN-BEROPERASI-SAF-ZAQY
ICT DI TENGAH-TENGAH COVID-19 AMAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESEDIAAN BEROPERASI SAF: ZAQY https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/ICT-DI-TENGAH-TENGAH-COVID-19-AMAT-PENTING-UNTUK-MENGEKALKAN-KESEDIAAN-BEROPERASI-SAF-ZAQY
26 Aug 2021 | OPS & TRAINING

ICT DI TENGAH-TENGAH COVID-19 AMAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESEDIAAN BEROPERASI SAF: ZAQY

Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi daripada 488 SAR terus berlatih di tengah-tengah COVID-19 dengan berkesan dan selamat.

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO KENNETH LIN & ONG JI XUAN

English 华文
English 华文
Encik Zaqy bertemu dengan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi daripada 488 SAR.

Latihan dalam kem (ICT) di tengah-tengah COVID-19 adalah amat penting untuk mengekalkan kesediaan beroperasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Menteri Negara Kanan Pertahanan, Encik Zaqy Mohamad, menyatakan hal ini setelah mengunjungi Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) daripada Batalion ke-48, Rejimen Perisai Singapura (488 SAR) di Kem Sungei Gedong pada 26 Ogos.

Encik Zaqy menerima taklimat daripada Leftenan Kolonel Ang Sze Chun, Pegawai Pemerintah 488 SAR.

Sebanyak 700 Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi daripada 488 SAR dianggarkan akan menjalani penilaian Tahap 3 Pusat Latihan Penilaian Tentera Darat (ATEC) semasa ICT kelapan mereka.

Sambil berkongsi pandangan berikutan lawatannya, Encik Zaqy meluahkan rasa gembiranya dengan komitmen yang diberikan oleh Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi untuk meneruskan latihan penting mereka walaupun berhadapan dengan keadaan COVID-19.

"Perkhidmatan Negara adalah tunggak SAF kami. Setentunya anggota perkhidmatan negara kami memainkan peranan yang amat penting," kata beliau.

Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) sedang menjalani Latihan Rutin Berjadual atau RRT, salah satu langkah pengurusan yang selamat untuk memastikan NSmen selamat daripada jangkitan COVID-19.

Menurut Encik Zaqy lagi, latihan masih boleh dijalankan di tengah-tengah COVID-19 kerana SAF memandang serius terhadap keselamatan.

Contohnya, NSmen dikehendaki mengambil ujian swab pada hari pertama ICT mereka, sebelum mereka boleh memulakan latihan. Mereka juga dibahagikan kepada kumpulan berfungsi untuk latihan, dan pergaulan bebas di kalangan kumpulan adalah tidak dibenarkan.

"Banyak langkah keselamatan telah disediakan. Dan saya yakin bahawa langkah-langkah ini disediakan untuk memastikan kami boleh berlatih dengan selamat dan berkesan," kata Sarjan Ketiga (3SG) (NS) Lin Bin Xing, 30, seorang komander kenderaan Bionix daripada 488 SAR.

Mejar (MEJ) (NS) Eugene Lim, 33, Penolong Pemerintah Batalion, menyatakan bahawa standard latihan sepanjang ICT adalah tetap tinggi.

"Berbalik kepada ICT ... ia memastikan asas ketenteraan individu bagi anggota perkhidmatan negara kami terus dikemaskinikan," katanya.

Menurut MEJ (NS) Lim, penilaian ATEC adalah penting kerana ia berfungsi sebagai perhentian pit untuk kesediaan pertempuran batalion.

Batalion ini mengendalikan Kenderaan Tempur Berperisai Bionix. NSmen perlu menjalani ulangkaji dan latihan komponen pada minggu pertama ICT mereka sebagai persediaaan penilaian ATEC mereka. Ia melibatkan latihan simulator dan latih tubi menterbalikkan kenderaan.

Bagi 3SG (NS) Lin ulangkaji dan latihan komponen telah membantu NSmen seperti dirinya untuk meningkatkan kecekapan tempur mereka.

Encik Zaqy mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan komitmen Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi terhadap pertahanan negara memandangkan mereka terpaksa berjauhan daripada keluarga dan tugasan untuk menghadiri kursus ICT.

Kursus ICT bagi 488 SAR bermula pada 16 Ogos dan akan berakhir pada akhir bulan.

Suggested Reading
Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!

IBU TENTERA
PEOPLE
29 Sep 2025

Temui 3SG Genelle Soh, ibu kepada tiga anak yang beralih daripada kerja meja kepada berkhidmat sebagai pakar Isyarat!

Cover story
HARI MENAKJUBKAN DI LUAR BERSAMA AYAH
PEOPLE
24 Sep 2025

Apabila kanak-kanak berada dalam kawalan: Pegawai RSAF MAJ Delwyn Liew membawa dua anak perempuannya – Zerys dan Zeryn – mengelilingi Pangkalan Udara Paya Lebar untuk menikmati masa yang menakjubkan dalam acara istimewa Kanak-kanak PIONEER tahun ini!

DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.