IBU YANG BERJIWA KENTAL

08mar23_news2-thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/08mar23_news2-thumbnail.jpg?sfvrsn=99c31744_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IBU-YANG-BERJIWA-KENTAL
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IBU-YANG-BERJIWA-KENTAL
IBU YANG BERJIWA KENTAL
08 Mar 2023 | PEOPLE

IBU YANG BERJIWA KENTAL

// KISAH BENITA TEO // FOTO KENNETH LIN & IHSAN MEJ TEOH

MEJ Teoh Pei Mei berkongsi perjalanannya sebagai ibu dan penjaga kepada anaknya yang menghadapi gangguan genetik, serta kerjayanya dalam Tentera Udara.

MEJ Teoh mengimbangi peranannya sebagai ibu kepada anaknya, Ryan, dan kerjayanya dalam RSAF.

Pada 2008, Mejar (MEJ) Teoh mendapat tahu anak lelaki tunggalnya, Ryan, menghadapi gangguan genetik yang jarang ditemui dan mungkin tidak boleh hidup melangkaui waktu kanak-kanaknya. Dia segera menangguhkan kerjayanya di Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan mengambil cuti tanpa bergaji untuk menjadi penjaga utamanya.

Hari ini, Ryan yang berusia 15 tahun adalah seorang anak yang bahagia dan suka bermanja (suka mengepit dan inginkan perhatian) ibu bapanya. MEJ Teoh, 49, kembali bekerja dan kini menjadi Ketua Cawangan Pengurusan Personel di Pusat Pengurusan Sumber Manusia Markas Penjanaan Kuasa Air (Ibu Pejabat APGC).

Dia percaya adalah penting bagi penjaga untuk menjaga diri mereka sendiri dan mencari kawasan tumpuan di luar penjagaan agar tidak terlalu letih.

Ketahui bagaimana Ibu Kental ini mengimbangi peranannya sebagai anggota perkhidmatan negara wanita dan ibu!

MEJ Teoh menemui suaminya, Leftenan Kolonel Kanan (NS) Song Chun Keet, apabila mereka dikerahkan ke Perancis. Seorang juruterbang Fokker 50 ketika bertugas di RSAF, dia kini terbang untuk sebuah syarikat penerbangan komersial.

Hai MEJ Teoh! Ceritakan sedikit sebanyak tentang diri anda!

MEJ Teoh: Semasa di bangku sekolah, saya berada dalam Kor Kadet Polis Negara. Saya gemar dengan rejimentasi kumpulan beruniform, oleh itu semasa di universiti, saya mengambil keputusan untuk memilih perkhidmatan beruniform sebagai pilihan kerjaya yang baik. Saya menyertai RSAF pada 1996 sebagai Pegawai Eksekutif Udara.

Saya menemui suami saya pada 1999 semasa kami berada di detasmen di Perancis – saya menguruskan hal-ehwal tenaga kerja detasmen manakala dia pula menjalani latihan penerbangan. Kami berkahwin pada 2006, dan Ryan dilahirkan pada 20 Ogos 2008.

Saya dan suami melalui perjalanan yang jauh untuk menjadi hamil, dan Ryan adalah bayi yang kami nanti-nantikan

Saya melahirkannya secara normal. Tetapi tiga atau empat hari selepas dia dilahirkan, kami sedar dia menghadapi kesukaran untuk bangun. Beberapa bulan kemudian, keadaannya masih tidak berubah – dia terus melengkungkan belakangnya.

Akhirnya, kami mendapat tahu dia menghidap kekurangan sulfit oksidase, gangguan genetik yang jarang ditemui yang menyebabkan kerosakan otak progresif dan kelewatan perkembangan global, serta berbilang kecacatan. Dia bergantung sepenuhnya kepada penjaga untuk segala keperluannya. Dia juga tidak boleh bertutur.

MEJ Teoh bersama dengan suaminya dan Ryan di Jepun pada 2019. Sebagai ibu bapa, matlamat utama mereka adalah untuk Ryan menikmati zaman kanak-kanak yang selesa dan bahagia.

Bagaimanakah reaksi anda terhadap diagnosis Ryan?

MAJ Teoh: Saya masih ingat apabila mengetahui tentang diagnosisnya pada Boxing Day. Pada masa itu, kami berasa terkejut dan hancur luluh. Doktor memberitahu kami prognosisnya sangat buruk, dan kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan dengan gqangguan tersebut tidak akan melepasi zaman kanak-kanaknya.

Kami juga mendapat tahu dua tahun pertama adalah amat penting untuk pembangunan inteleknya, dan kami harus berusaha bersungguh-sungguh untuk merangsangnya. Saya segera mengambil cuti tanpa bergaji untuk menjaganya. Saya membawanya ke banyak temu janji perubatan – hampir satu temu janji setiap bulan.

MEJ Teoh tidak berfikir dua kali untuk mengambil cuti tanpa bergaji demi menjaga Ryan selepas mengetahui keadaannya.

Apakah penyesuaian yang anda perlu lakukan?

MAJ Teoh: Saya mengambil cuti tanpa bergaji selama hampir dua tahun. Kemudian saya sedar saya tidak seharusnya meletakkan fokus sepenuhnya pada Ryan; ia amat meletihkan bagi seorang penjaga. Justeru, apabila keadaanya lebih stabil, saya kembali bekerja, mulanya secara sambilan dan kemudian, saya meningkatkan masa kerja kepada 80%.

Saya sangat bersyukur kerana organisasi itu amat prihatin terhadap keadaan saya. Contohnya, apabila saya kembali bekerja, saya memohon ditugaskan di Pangkalan Udara Paya Lebar untuk berada lebih dekat dengan ibu saya, yang menjaga Ryan. Dengan cara ini, saya boleh bertindak balas dengan lebih pantas terhadap sebarang kecemasan di rumah. Dan organisasi itu dengan baik hatinya memenuhi permohonan saya.

Pada masa itu, suami saya adalah Pegawai Pemerintah Skuadron 121, yang mengendalikan Pesawat Utiliti Fokker 50, justeru lebih sukar baginya untuk melepaskan tugasannya untuk menangani sebarang kecemasan.

MEJ Teoh memilih untuk kembali bekerja apabila keadaan Ryan menjadi stabil, kerana dia percaya dengan adanya fokus di luar rumah akan membantunya menjadi penjaga yang lebih baik.

Pernahkah anda menghadapi detik-detik yang paling mencabar?

MAJ Teoh: Pada waktu awalnya, Ryan menghadapi lebih banyak masalah kesihatan. Dia sering menghidap radang peparu atau bronkitis dan perlu tinggal di hospital dengan lebih lama. Suami saya dan saya akan menggantung pakaian seragam kami – sut penerbangannya dan No. 4 saya – di wadnya. Biasanya, saya akan menjalankan syif malam untuk bersamanya, kemudian terus bergegas ke pejabat pada pukul 8 pagi.

Bagaimanakah saya mendapat tenaga? Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu! (ketawa) Tetapi anda tidak banyak berfikir (dalam situasi itu). Saya hanya melakukan apa yang perlu dilakukan.

Kami juga hampir kehilangannya semasa dia berusia hampir 10 tahun. Terdapat masalah dengan hatinya dan keadaannya berubah menjadi lebih dahsyat. Sebenarnya doktor telah memberitahu suami saya Ryan hanya boleh bertahan selama beberapa bulan, walaupun dia tidak pernah memberitahu saya tentang perkara ini. Saya langsung tidak meninggalkan katilnya selama seminggu.

Majikan saya amat memahami keadaan saya dan membenarkan saya mengambil cuti seberapa lama yang diperlukan. Rakan sekerja saya juga menyokong saya.

Kami sekeluarga belayar makan angin pada 2022.

Adakah apa-apa yang anda ingin mengubah?

MEJ Teoh: Setentunya, semasa saya mula-mula mendaftar, saya memang ingin meniti tangga kerjaya. Tetapi keadaan Ryan menyedarkan saya untuk menilai semula (keutamaan saya). Dan selepas berfikir panjang, saya tahu bahawa jika saya memilih untuk mengambil perlantikan yang lebih tinggi, adalah tidak adil kepada rakan sekerja saya yang perlu membantu saya apabila saya terpaksa bergegas untuk menjaga Ryan.

Di tempat saya sekarang, saya boleh meneruskan kerjaya saya sambil menjaga anak saya. Saya melakukan ini untuk keluarga saya dan anak saya. Saya tidak ada sebarang penyesalan langsung.

Saya berasa amat bertuah kerana mempunyai pembantu yang berkebolehan, Suwarti, yang menjaga Ryan selama hampir 13 tahun. Ibu bapa dan mentua saya juga membantu kami dengan memandu Ryan berulang-alik ke sekolah.

MEJ Teoh (baris hadapan, kelima dari kanan) bersama dengan pasukannya dari HRMC pada Hari SAF 2022.

Ceritakan dengan lebih lanjut tentang tugasan anda di Ibu Pejabat APGC!

MAJ Teoh: Saya menyandang jawatan Ketua Cawangan Pengurusan Personel di Pusat Pengurusan Sumber Manusia (HRMC). Saya menguruskan pasukan dengan lebih 30 warga kerja dan kami mengendalikan hal-ehwal sumber manusia untuk semua Pegawai Tetap dan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa di APGC. Ini adalah termasuk memantau hantaran, promosi, pangkat dan pengerahan mereka.

Kami juga membantu menganjurkan acara seperti Perbarisan Hari SAF. Saya ditugaskan untuk menyambut tahun-tahun 2013 dan 2015. Tahun lepas merupakan kali pertama kami mengadakan perbarisan berskala besar-besaran selepas pandemik COVID-19 dan saya menguruskan segala jemputan itu. Saya dan anggota pasukan sering bekerja lebih masa sehingga jam 8 atau 9 malam untuk menghantar jemputan, kumpul respons dan bersiap sedia untuk acara pada hari sebenar.

MEJ Teoh bersama rakan-rakannya di sambutan RSAF50 pada 2018.

Sudahkah rakan sekerja anda bertemu Ryan?

MAJ Teoh: Ya, saya sering membawa Ryan ke majlis keluarga pejabat saya, seperti Rumah Terbuka. Saya selalu membawanya keluar seperti kanak-kanak biasa kerana bagi saya jika saya selalu membiarkannya di rumah, saya juga perlu berada di rumah, dan itu tidak akan menggembirakan saya dan menjadikan saya cepat marah. Saya tahu jika saya berasa gembira, Ryan juga akan turut berasa gembira.

Satu lagi sebab saya cuba memperkenalkan Ryan kepada rakan sekerja saya adalah kerana saya telah menemui ramai Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa yang menghadapi keadaan seperti kemurungan dan kebimbangan, mungkin disebabkan oleh masalah yang dihadapi semasa muda atau di rumah.

Saya berharap selepas bertemu Ryan, mereka akan menghargai kebaikan dalam hidup mereka. Semoga kisah saya boleh menginspirasikan mereka untuk melepaskan peristiwa lampau yang negatif dan menyedari betapa bertuahnya diri mereka. Dan ada sesetengah daripada mereka memang mengambil berat terhadap Ryan apabila mereka melihatnya dan akan bertanyakan lebih lanjut tentang keadaannya.

Bagi MEJ Teoh, perasaan gembira yang tidak terkata adalah apabila kepulangannya disambut dengan senyuman lebar Ryan.

Apakah perkara yang paling bermakna sebagai ibu Ryan?

MEJ Teoh: Senyumannya yang begitu berjangkit-jangkit. Senyumannya membuat saya melupakan segala kesedihan saya. Riak mukanya yang menggembirakan. Contohnya, apabila kami bertanya kepadanya sama ada dia mengingini sesuatu, dia akan tersenyum untuk menyatakan keinginannya. Atau jika saya dan suami berjalan tanpanya, dia akan merajuk dan enggan bercakap dengan kami dan memandang kami semacam apabila kami membuat panggilan video.

Apabila saya pulang ke rumah dan bermain dengannya, dia akan memberikan wajah manjanya, dan itu membuat saya betul-betul gembira.

 

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!