GENERAL LEE – KUGIRAN KEDUDUKAN TERTINGGI DI SINGAPURA

23mar22_news1_photo1a https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/23mar22_news1_photo1a.jpg?sfvrsn=171e27d0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/GENERAL-LEE-NDASH-KUGIRAN-KEDUDUKAN-TERTINGGI-DI-SINGAPURA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/GENERAL-LEE-NDASH-KUGIRAN-KEDUDUKAN-TERTINGGI-DI-SINGAPURA
GENERAL LEE – KUGIRAN KEDUDUKAN TERTINGGI DI SINGAPURA
23 Mar 2022 | PEOPLE

GENERAL LEE – KUGIRAN KEDUDUKAN TERTINGGI DI SINGAPURA

// KISAH BENITA TEO

// FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN PARA INTERVIEWI

General Lee dianggotai (dari kanan) 3SG (NS) Lin Jiahe, 1SG (NS) Victor Chen, MEJ (NS) Isaac Tan dan CFC (NS) Lin Hanrong (kiri sekali). Menyertai mereka ialah LTA (NS) Laremy Lee (dua dari kiri).

Bagaimanakah Redhill mendapat gelarannya? Siapakah Radin Mas dan kenapa banyak tempat digelar bersempenakan nama beliau? Mengapakah Bukit Candu (Opium Hill) membentuk suatu peristiwa penting dalam sejarah Singapura?

Mungkin ramai sudah melupakan mitos dan legenda tempatan ini. Kugiran rock-and-roll General Lee berharap melalui muzik mereka, warga Singapura boleh mengenang kembali kisah zaman kanak-kanak mereka, dan meninjau semula khazanah budaya dan warisan negara kita.

Kugiran tersebut yang ditubuhkan pada 2013, dianggotai oleh penyanyi utama Sarjan Ketiga (3SG) (NS) Lin Jiahe, 40; pemain gitar 1SG (NS) Victor Chen, 41; pemain dram Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Lin Hanrong, 38, dan pemain bes Mejar (MEJ) (NS) Isaac Tan, 40.

Setelah mengasah kemahiran mereka dalam kugiran lain, bermain cover di pub dan bar, ahli kugiran General Lee berkumpul untuk menghasilkan album eponim mereka muzik asli pada 2016, mendendangkan tentang mercu tanda tempatan yang terkenal dalam lagu-lagu seperti Redhill Remorse, The Ballad of Bukit Brown dan Radin Mas Ayu.

Ketua kugiran 3SG (NS) Lin (kanan) menyalurkan cintanya terhadap sejarah tempatan ke dalam penulisan lagu yang mencerminkan khazanah budaya Singapura.

PIONEER bersembang dengan ahli-ahli kugiran di studio, di mana mereka sedang berlatih untuk rancangan Esplanade mereka yang akan datang, berjudul General Lee/Bertutur: Singaporeana. Kali ini, mereka ditemani "instrumen" kelima - penyair Leftenan (LTA) (NS) Laremy Lee, 39, yang akan menambah dimensi baharu dalam muzik mereka dengan persembahan kata pertuturan.

Terima kasih kerana membenarkan kami menyertai latihan anda! Sila ceritakan sedikit sebanyak tentang rancangan langsung anda yang akan datang!

3SG (NS) Goh: Ia merupakan suatu persembahan muzik dan kata pertuturan yang merangkumi Kata Pengantar, perayaan tahunan Esplanade untuk kata-kata, cerita dan teks sastera yang dituturkan, dikisahkan dan ditafsirkan secara muzik. Kami akan mendendangkan lagu daripada album kami, diiringi dengan puisi Laremy, yang ditulis khas untuk persembahan itu.

Lagu anda memberikan pendekatan unik kepada kisah warisan dan budaya kita. Kenapa anda memilih topik ini?

MEJ (NS) Tan: Kita sering mendengar anak muda Singapura mengungkapkan kata-kata seperti: "Ah, sejarah Singapura direkacipta, kita tidak memilik sebarang warisan, tidak seperti negara lain." Tetapi jika anda meneroka dengan lebih mendalam, anda akan menemui warisan, budaya, sejarah dan mitologi yang kita semua telah terlepas pandang. Dan Jiahe mengarangkan sejarah dengan cemerlang, daripada menulis tentang perkara remeh mengenai perempuan, rock 'n' roll dan minuman arak—

1SG (NS) Chen: —walaupun kami memang ada lagu tentang perempuan, rock 'n' roll dan minuman arak! (bergelak)

MEJ (NS) Tan memainkan bes tegak, yang merupakan instrumen yang lazim digunakan dalam persembahan kata pertuturan pada masa lalu.

Bukan setiap hari kita melihat persembahan yang menggabungkan rock-and-roll dan puisi.

3SG (NS) Goh: Kami mahukan persembahan antara medium yang jarang dilihat. Kami bercadang untuk mendapatkan seorang penyair, dan Laremy adalah orang pertama yang terlintas di fikiran.

Kami semua dari asrama yang sama di NUS (Universiti Kebangsaan Singapura)! Kami mula bekerja dengan Laremy pada 2020, apabila kami membuat video The Ballad of Bukit Brown dan Laremy mengarang puisi sebagai respons terhadap lagu tersebut. Kami menerbitkannya dalam talian dan ia mendapat sambutan yang hangat.

1SG (NS) Chen: Kali ini, kami menyusun semula muzik kami agar lebih serasi dengan puisi. Kami juga ada ahli-ahli muzik yang mengiringi kami dengan instrumen seperti mandolin dan banjo, yang menyemarakkan persembahan dengan semangat muzik rakyat Amerika.

1SG (NS) Chen menulis "Bukit Candu" sebagai memperingati pertempuran paling penting di Singapura semasa Perang Dunia II.

Salah satu lagu yang akan anda mainkan ialah Bukit Candu, yang mengisahkan pertempuran ikonik Pasir Panjang dan kewiraan LTA Adnan Saidi dan Batalion Pertama Rejimen Melayu. Apakah inspirasi di sebalik lagu ini dan puisi pelengkapnya, Digantung, di tepi kaki, di atas pokok ceri?

1SG (NS) Chen: Semasa saya membuat kajian tentang lagu ini, saya dapati banyak lagu rakyat Amerika lama ditulis tentang pertempuran bersejarah seperti Perang Saudara.

Singapura turut terlibat dalam bebebrapa pertempuran semasa Perang Dunia II (WWII), dan Bukit Candu (atau Opium Hill) adalah tapak pertempuran yang paling banyak dibaca dalam buku teks sejarah. Lagu-lagu seperti ini juga dikaitkan dengan personaliti tertentu – dalam hal ini, LTA Adnan adalah seorang wira.

Puisi LTA (NS) Lee (kiri) yang ditulis sebagai respons atau reaksi terhadap muzik General Lee, menambah dimensi baharu kepada persembahan mereka.

LTA (NS) Nabil: Semasa saya meneliti tentang pertempuran itu, frasa "digantung, di tepi kaki, di atas pokok ceri" kerap muncul. Saya sentiasa menelitikan keduaan. Apabila Jepun melakukan ini kepada LTA Adnan, ia bertujuan untuk memalukan beliau kerana membunuh askar-askar mereka.

Tetapi pada masa yang sama, ia dijadikan simbol kebanggaan kami, kerana dia adalah anak watan negara yang melindungi kami. Imej yang sama (mewakili) penghormatan dan penghinaan dengan serentaknya.

3SG (NS) Lin (kiri) semasa latihan di luar negara pada 2004.

Adakah pengalaman anda dalam Perkhidmatan Negara (NS) mempengaruhi penulisan Bukit Candu dan Digantung, di tepi kaki, di atas pokok ceri?

LTA (NS) Nabil: Setentunya. Menggubah puisi itu membuatkan saya mengenangkan kembali pengalaman sendiri semasa menjalankan latihan ketenteraan sebagai Panglima Platun di Batalion 696, Rejimen Infantri Singapura (696 SIR).

Saya masih teringat tentang jangkaan, kerubut adrenalin dan bau serta kakofoni pusingan kelongsong peluru yang dilepaskan, dan berfikir: beginilah mungkin perasaan orang ramai semasa waktu perang. Kenangan tentang pengalaman saya telah banyak membantu saya menyalurkan idea-idea dan emosi ke dalam penulisan saya.

3SG (NS) Goh: Saya adalah Penglima Pengakap Infantri di 754 SIR. Saya masih teringat satu bukit kecil di sebuah kawasan latihan saya yang menimbulkan inspirasi untuk Bukit Candu. Gambaran askar-askar yang menunggu dalam kedudukan bertahan di atas bukit itu adalah imej yang mungkin tebayang dan dirasai oleh 42 askar yang gagah dalam keadaan yang dahsyat sambil mereka berjuang untuk mempertahankan negara mereka.

LTA (NS) Lee (kiri) menerima Sijil Pelantikan Pegawai Teknikal Tentera pada 2003.

1SG (NS) Chen: Selaku Pakar Pembuangan Ordnans Letupan, saya bersiap sedia sebagai anggota pasukan tindak balas pertama 36SCE (Batalion ke-36, Jurutera Tempur Singapura) sehari selepas 11 September 2001. Menonton peristiwa yang berlaku pada petang itu sebelum saya memasuki kem adalah satu peringatan yang jelas bahawa pertahanan Singapura terletak di tangan kita. Saya ingin menyampaikan sentimen itu dengan menggambarkan keberanian di Bukit Candu dalam medium yang terdekat di hati saya –muzik.

CFC (NS) Lin: Saya pernah menjadi pemain dram dalam Pancaragam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sebelum ditempatkan sebagai askar infantri ke 812 SIR, saya menjalankan tugasan pertahanan pulau. Saya masih ingat semasa penggubahan Bukit Candu, unit saya sedang bersiap sedia untuk beroperasi. Simulasi pertempuran membantu saya melihat melalui kaca mata wira perang kami semasa kami mengarang lagu ini.

MEJ (NS) Tan (kiri depan), kemudian OC Syarikat Alpha, di perbarisan MR 745 Gds pada 2019.

MEJ (NS) Tan, anda telah menjadi ROVERS (Askar Simpanan dalam Skim Simpanan Lanjutan Sukarela) sejak 2019 dan kini anda ialah S3 737 Gds (Batalion ke-737, Pengawal Singapura). Apakah motivasi anda untuk terus berkhidmat?

MEJ (NS) Tan: Saya pernah menjadi Pegawai Pemerintah (OC) di 745 Gds – waluapun tidak dengan rela hati. Tetapi titik perubahan saya adalah satu-satu misi ini – saya keletihan dan anak-anak buah saya mengepung saya dan memberi saya air. Seorang berkata: "Tuan, jika anda peng (rebah) sekarang, siapa yang akan memimpin kami?" Sehingga hari ini, ungkapan itulah yang memberi saya semangat untuk terus bertahan, dan akhirnya saya dapat bersama-sama mereka sehingga penghujung kitaran ORNS (NS Sedia Beroperasi) mereka.

Itu juga adalah idea isteri saya! Apabila saya bertanya sama ada saya harus melanjutkan perkhidmatan saya, dia pula berkata, "Kalau bukan kamu, siapa lagi?"

Saya berasa bertanggungjawab terhadap panglima rendah dan kanan dan semua lelaki yang bergantung kepada saya, dan saya ingin membantu mereka memahami sebab mereka mesti mempertahankan negara ini. Akhir kata, selagi mereka melengkapkan tugasan dengan kenangan manis yang boleh dikongsi bersama-sama keluarga mereka, dan menjalin tali persahabatan jangka panjang yang rapat di luar Latihan Dalam Kem, saya berasa puas hati.

Suggested Reading
Feature
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
MILESTONES
01 Jul 2025

SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

Cover story
MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF
MILESTONES
28 Jun 2025

Unit-unit ini diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini. Ketahui apa yang menjadikan mereka juara!

Feature
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MEREKA KEPADA SAF
MILESTONES
27 Jun 2025

Anggota kerahan ini adalah antara lebih 1,200 kakitangan MINDEF dan SAF yang dinaikkan pangkat atas prestasi dan potensi baik mereka – temui COL Fairoz, SWO Zulkarnaen, MAJ Muhammad Iskandar dan 1SG Muhd Hidhir.

PERTUNJUKAN NDP 2025 MELUAS DARI PADANG KE MARINA BAY
COMMUNITY
26 Jun 2025

Pertunjukan NDP tahun ini akan menjadi ekstravaganza muzikal dengan lebih 3,000 penghibur, lapan terapung darat dan air, dan pentas mudah alih terbesar yang pernah digunakan dalam sejarah NDP!

Feature
MENYEDIAKAN PERBARISAN UNTUK JUBLI INTAN SAF
PEOPLE
23 Jun 2025

Komander Perbarisan Hari SAF LTC Shew Narian dan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) Perbarisan ME4 Lee Han Seng berkongsi bagaimana mereka dan para peserta perbarisan telah bekerja keras untuk mengadakan perbarisan yang sempurna pada 1 Jul.

Cover story
Paparan udara-darat-laut pertama di Kontinjen Kenderaan NDP 2025
PEOPLE
23 Jun 2025

Kontinjen Kenderaan NDP membuat pulangan yang sangat dinanti-nantikan tahun ini bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara dan di perairan Marina Bay!

Feature
S'PURA & INDONESIA MENGAKHIRI LATIHAN MENENTANG KEGANASAN
OPS & TRAINING
04 Jun 2025

Kira-kira 160 anggota SAF dan TNI telah mengambil bahagian dalam latihan lapangan dua hala memerangi keganasan, yang diadakan dari 2 hingga 4 Jun di luar perairan Batam, Indonesia.

Feature
LAPANGAN UDARA, DI MANA SAJA
OPS & TRAINING
03 Jun 2025

Helikopter tentera berlepas dan mendarat di padang golf? Ketahui bagaimana RSAF menjadikan Sembawang Country Club sebagai kawasan kerahan sementara di luar.

PERGI SENDIRIAN BUKAN JAWAPAN KEPADA KETIDAKAMANAN – ENCIK CHAN
DIPLOMACY
01 Jun 2025

“Pergi sendirian bukanlah jawapan kepada ketidakamanan”, tegas Menteri Pertahanan Encik Chan Chun Sing pada Dialog Shangri-La (SLD), yang diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun. Ini adalah salah satu perkara utama beliau pada ucapannya di sidang pleno keenam pada 1 Jun.

MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN MELAMPAUI BATAS UNTUK NS
PEOPLE
29 May 2025

Daripada menaik taraf PESnya kepada melanjutkan perkhidmatan NSnya kepada menyokong pekerja NSmannya, CPT (NS) Chong Wee Yeat berusaha keras untuk NS.