FAKTOR KECEKALAN

26apr22_photo1new https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/26apr22_photo1newd863b89c-354a-409c-93a8-690fae45766c.jpg?sfvrsn=ca23e8b0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/FAKTOR-KECEKALAN
FAKTOR KECEKALAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/FAKTOR-KECEKALAN
26 Apr 2022 | OPS & TRAINING

FAKTOR KECEKALAN

Tidak banyak yang dinyatakan tentang Pemilihan Pasukan Khas Bersama SAF. Sehingga kini – PIONEER membuka tabir tentang siri video lima episod, "Uncommon Grit".

//KISAH BENITA TEO

// FOTO "UNCOMMON GRIT"

Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menganggotai Pasukan Petugas Operasi Khas? Tontoni siri web 5-bahagian Uncommon Grit untuk mengetahuinya.
English 华文
English 华文

Ia merupakan salah satu proses pemilihan yang paling lasak dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang hanya mereka yang memiliki kekuatan minda, badan dan keazaman yang paling kuat mampu bertahan.

Pemilihan Gerakan Khas Bersama (JSFS) membawa bersama anggota yang terbaik dari SAF untuk membuktikan keberanian mereka dan mendapat tempat dalam Kursus Kelayakan Gerakan Khas (SFQC). Ini akan membawa mereka selangkah lebih dekat untuk menjadi anggota elit Pasukan Petugas Operasi Khas.

Kekuatan fizikal dan ketahanan mental askar-askar diuji dalam proses JSFS yang menjerihkan.

Siri video "Uncommon Grit" memberi tumpuan kepada JSFS yang sulit dan eksklusif. Ia menyusuri perjalanan kira-kira 120 calon dari Komando, Unit Penyelam Tentera Laut dan bahagian-bahagian SAF yang lain, yang berkumpul untuk menguji keupayaan dan ketahanan mereka secara ekstrem.

Mereka menjalani satu siri evolusi atau ujian, yang mencerminkan senario yang mungkin mereka alami dalam operasi dan misi, di darat dan di bawah air sepanjang 14 hari.

Ia meliputi perbarisan laluan sambil mengendong "bayi pasir" (guni berisi pasir), larian LBV (Ves Galas Beban) dan berenang dengan senjata mereka.

Seorang calon JSFS (kanan sekali) bersusah payah untuk mengekalkan keseimbangan dan kekal terapung sambil berenang beberapa pusingan dengan senapangnya, diperhatikan oleh dua penyelamat.

Ketahanan mental mereka adalah sama pentingnya dengan kehebatan fizikalnya.   Tanpa pengetahuan tentang waktu hari atau tempoh bertahannya setiap evolusi, calon mesti menolak segala gangguan dan terus mara untuk melengkapkan tugas mereka, kadang-kadang bersendirian dan adakalanya sebagai satu pasukan.

Proses penyingkirannya juga dijalankan tanpa terhenti-henti: mereka yang gagal memenuhi pemilihan akan dihantar pulang dengan segera.

Calon-calon JSFS sedang berganding bahu untuk mengangkat tayar. Mereka perlu membuktikan bahawa mereka boleh menjadi pemimpin yang berwibawa serta pemain pasukan yang baik.

Setiap individu berusaha untuk menjadi versi diri yang lebih baik pada setiap hari. Bak kata pepatah 'hanya semalam, hari yang mudah'.

"Setiap hari anda berusaha untuk memperbaik diri anda, sama ada dari aspek fizikal, aspek mental; hanya pastikan anda boleh menyerlahkan penambahbaikan anda," kata Leftenan Kolonel (LTC) Brian Thomas, Pegawai Pemerintah (CO) Sekolah Kepimpinan Gerakan Khas.

"Di JSFS, setiap individu bukan sahaja seorang pemain pasukan malahan dia mesti tahu cara memimpin orang lain apabila keadaan memerlukannya," kata LTC Thomas, Pegawai Pemerintah (CO) Sekolah Kepimpinan Gerakan Khas.

Berapakah bilangan calon yang akan bertahan dalam proses JSFS yang lasak dan berjaya melengkapkan kursus SFQC selama lapan bulan ini? Saksikan "Uncommon Grit" untuk mengetahuinya!

Tayangan episod pertama diadakan pada 28 Apr, 8 pm di saluran Facebook, Instagram dan YouTube MINDEF.

Tontoni episod pertama yang berikut:

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?