EN GARDE!

People-JetNg https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/people-jetng.jpg?sfvrsn=82c18e5e_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/EN-GARDE-Malay
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/EN-GARDE-Malay
EN GARDE!
01 Mar 2019 | PEOPLE

EN GARDE!

// CERITA OLEH BENITA TEO

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG & CHUA SOON LYE

1-UP-B-caption

PIONEER mamaparkan pemain pedang dan penerima pingat di Sukan Olimpik Asia Tenggara (SEA), Leftenan Muda Jet Ng dan mengetahui bagaimana pemuda berusia 20 tahun ini mengimbangi menjadi atlet kebangsaan dan berkhidmat di dalam Perkhidmatan Negara sepenuh masanya (NS).

Semasa saya masih kecil, saya benar-benar berminat dengan Star Wars - Saya mahu mencontohi Sith Lords dan Jedi Masters. Saya mula bermain pedang ketika berusia enam tahun. Saya suka perasaan berlawan pedang; di mana saya boleh menjadi kreatif dan melakukan gerakan yang tidak konvensional. Saya suka menghiburkan orang ramai dengan tikaman yang cantik dan membuat mereka berkata, "Wow!"

Bertanding di Sukan SEA 2017 adalah pengalaman yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Jantung saya berdegup laju daripada biasa. Setiap kali saya mendapat mata daripada pemain tempatan, saya akan mendapat ejekan, dan apabila dia mendapat mata terhadap saya, semua orang akan bersorak. Di permainan separuh akhir, saya sedang mendahului apabila ligament saya terkoyak. Saya menerima tempat ketiga bersama. Tetapi ia adalah satu pengajaran yang bagus - lebih baik untuk mendapatkan pengalaman semasa saya masih muda supaya saya tahu bagaimana menangani halangan yang sama di masa hadapan.

Rakan-rakan di dalam Kursus Latihan Asas (BMT) adalah yang terbaik. Saya pergi ke BMT dengan kaki yang berbalut plaster (kerana ligamen saya yang terkoyak). Rakan saya akan membantu saya untuk berjalan. Selepas balutan plaster saya dibuang, saya ingin membalas jasa mereka. Setiap kali saya meninggalkan Pulau Tekong untuk rawatan kaki saya,  saya akan menampal sekeping kertas di atas meja untuk "senarai membeli-belah" bagi rakan-rakan saya untuk menulis barang-barang yag mereka perlukan di atasnya. Ada juga diantara mereka yang mengalami kesulitan dengan stesen Balapan berhalangan, dan saya akan cuba mengajar mereka cara mengatasinya.

Leftenan Muda Ng dengan ibu bapanya Kolonel (Bersara) Ng Hock Sing dan ibu beliau Puan Wee Pat Gee semasa perbarisan Graduasinya pada 15 Sep 2018.

Sekarang bahawa saya berada di NS, masa latihan saya adalah lebih terhad. Tetapi pegawai atasan saya membenarkan saya menghadiri latihan, jadi saya pergi tiga hingga empat kali seminggu. Pada waktu pagi, saya melakukan latihan fizikal saya sendiri di kem. Apabila saya masuk ke Sekolah Pegawai Kadet (OCS), saya dibenarkan untuk memasuki pertandingan juga. Kini saya seorang Jurulatih Observer Forward (FO) di Institut Latihan Berperisai, di mana saya melatih Anggota Perkhidmatan Awam Sedia Operasi dari Formasi Artileri ke unit-unit lain yang berlatih menembak.

Perkara terbaik tentang menjadi seorang atlet di NS adalah bahawa anda sentiasa melakukan aktiviti fizikal, sehingga tahap kecergasan anda akan meningkat. Saya melakukan ujian kecergasan fizikal semasa tempoh persiapan Sukan SEA saya, di mana tahap kecergasan saya sepatutnya berada di tahap paling tinggi, dan satu lagi sebaik sahaja selepas OCS. Kekuatan tangan kiri saya telah menjadi lebih baik sama seperti tangan kanan saya semasa Sukan SEA, ketika saya berlatih dari Isnin hingga Sabtu, pagi dan petang. Saya lebih tangkas, lebih tajam, kuat dan lebih lincah sekarang.

Berhenti tidak pernah berada dalam fikiran saya, tetapi saya pernah terfikir untuk berehat. Pada tahun 2015, saya layak ke Sukan SEA di Singapura. Tetapi oleh kerana saya masih muda dan tidak berpengalaman, jurulatih kebangsaan menggantikan saya dengan pemain pedang yang lebih tua. Pada ketika itu saya fikir, biarkan saja, saya tidak akan cuba untuk melayakkan diri untuk memasuki pertandingan lagi. Tetapi rakan sepasukan, ibu bapa dan sekolah saya sangat menyokong, jadi saya terus melakukan apa yang saya boleh lakukan. Saya akhirnya menduduki tempat pertama di Singapura untuk bawah 17 tahun, dan kelima di dunia. Ia masih rekod kebangsaan lelaki. Saya pergi dari "Saya mahu berhenti berjuang" untuk "Saya akan berjuang untuk membuktikan anda salah dan menunjukkan bahawa saya sebenarnya berbaloi".

"Saya cuba untuk menjadi rumah api untuk pemain pedang muda - dengan melakukan yang terbaik di kedua-dua NS dan kerjaya bermain pedang saya - untuk menunjukkan bahawa NS dan sukan boleh dilakukan secara serentak."

QUOTE-A-credit

Ibu bapa saya sebenarnya pergi ke Malaysia untuk melihat saya bermain pedang (di Sukan SEA) tanpa memberitahu saya. Mereka selalu membiarkan saya pergi ke pertandingan luar negara sendiri kerana mereka mahu saya berdikari. Kali ini, mereka berdiri di belakang dan saya tidak tahu bahawa mereka berada di sana sehingga di saat akhir pertandingan apabila pengurus pasukan saya memberitahu saya untuk berterima kasih kepada mereka. Mereka sudah pastinya peminat terbesar saya!

Seperti saya melakukan yang terbaik di dalam NS di samping saya terus bermain pedang, saya berharap lebih banyak atlet akan mengambil jalan ini dan melakukan bahagian mereka untuk NS tetapi juga meneruskan dengan sukan yang mereka minati, bukannya melepaskan satu untuk yang lain.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?