Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/01mar21_news1-1612e4136-ef63-4e5f-9a2d-4e32c5bef058.jpg?sfvrsn=4e150d54_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DSO-AKAN-MENINGKATKAN-MAKMAL-KE-TAHAP-BIOKESELAMATAN-TERTINGGI-MANAKALA-MINDEF-AMP-SAF-BERSEDIA-UNTUK-ANCAMAN-BIO-MASA-DEPAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DSO-AKAN-MENINGKATKAN-MAKMAL-KE-TAHAP-BIOKESELAMATAN-TERTINGGI-MANAKALA-MINDEF-AMP-SAF-BERSEDIA-UNTUK-ANCAMAN-BIO-MASA-DEPAN
DSO AKAN MENINGKATKAN MAKMAL KE TAHAP BIOKESELAMATAN TERTINGGI MANAKALA MINDEF & SAF BERSEDIA UNTUK ANCAMAN BIO MASA DEPAN
01 Mar 2021 | OPS & TRAINING

DSO AKAN MENINGKATKAN MAKMAL KE TAHAP BIOKESELAMATAN TERTINGGI MANAKALA MINDEF & SAF BERSEDIA UNTUK ANCAMAN BIO MASA DEPAN

MAKMAL NASIONAL DSO (DSO) AKAN MENINGKATKAN FASILITINYA KE TAHAP BIOKESELAMATAN YANG TERTINGGI – TAHAP BIOKESELAMATAN (BSL) 4 - UNTUK MENANGANI BENTUK VIRUS YANG LEBIH TERUK.

Makmal biokeselamatan DSO semasa, dinilai pada tahap keselamatan 3, telah membolehkan para saintisnya mengkaji dan mencipta kit ujian untuk virus COVID-19.

Tidak lama lagi, Singapura akan mempunyai Kemudahan Pengendalian Maksimum yang pertama untuk menangani ancaman biologi dan penyakit berjangkit – Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan melabur sebanyak $90 juta untuk DSO mempertingkat fasilitinya sekarang ke tahap 4 biokeselamatan yang tertinggi.

Dijangka siap pada akhir 2025, dengan fasiliti yang dipertingkat, para saintis boleh mengendali, menilai dan mencipta ujian diagnostik dengan selamat serta juga menyediakan langkah-langkah pencegahan terhadap bentuk virus yang lebih teruk untuk menangani ancaman bio pada masa depan.

Makmal biokeselamatan semasa di DSO dinilai pada tahap 3 biokeselamatan – mencukupi untuk menangani virus SARS dan COVID-19, tetapi tidak bagi penyakit berjangkit dan yang boleh membawa maut seperti Ebola.

Membina keupayaan bioperlindungan dalaman

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menjelaskan keperluan Singapura untuk kemudahan sedemikian di perbahasan Jawatankuasa Pembekalan tentang belanjawan pertahanan pada 1 Mac: "Bolehkah kita merancang atas dasar pandemik atau serangan biologi masa depan tidak lebih memudaratkan daripada COVID-19? Atau bolehkah kita 'membuat menyumberan luar' kepada atau memohon bantuan daripada negara lain sekiranya ia berlaku? Setentunya tidak!"

Katanya lagi: "Adalah tidak munasabah untuk bergantung kepada orang lain dan kita perlu membina keupayaan dalam Singapura untuk melindungi diri kita sendiri."

DSO akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menentukan piawaian tertinggi dalam langkah-langkah perlindungan yang diperlukan, kata Dr Ng.

Makmal biokeselamatan yang dipertingkat akan mempunyai tahap pemisahan udara yang lebih ketat dan keupayaan untuk mematikan dan mengasingkan fasiliti dengan pantas jika perlu.

Pakar pihak ketiga dan luar negara akan dibawa masuk untuk memberi nasihat tentang reka bentuk dan pembinaannya, dan seterusnya mengesahkan sistem penahanannya dari semasa ke semasa.

SAF telah meneruskan operasi kritikal– seperti keselamatan maritim, pertahanan udara, perlindungan pemasangan utama dan menentang keganasan–untuk melindungi Singapura sepanjang masa dan juga semasa pandemik tersebut.

Pelaburan pertahanan jangka panjang akan membawa manfaat.

Dr Ng menyatakan pengajaran utama yang diperoleh daripada pandemik COVID-19 adalah keperluan untuk merancang demi masa jangka panjang dan untuk melabur secara berterusan dalam keupayaan yang baru dan memuncul "lebih-lebih lagi bila kita menyangka kita tidak memerlukannya".

Ini terbukti semasa Singapura diserang COVID-19 pertama kali pada akhir Januari 2020 – DSO dapat menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) untuk virus tersebut dan beroperasi dalam bulan yang sama.

Pada masa yang sama, Kor Perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) membantu komandan SAF untuk memastikan kesinambungan operasi.

"Ujian secara besar-besaran oleh DSO untuk askar SAF, nasihat perubatan praktikal untuk kohort, dan langkah-langkah keselamatan lain adalah senjata utama dan pemacu keyakinan dalam perjuangan kami melawan COVID-19," kata Dr Ng. Disebabkan langkah-langkah ini, SAF hanya mencatat sebilangan jangkitan yang kecil yang berjaya dibendung dengan berkesan tanpa sebarang pembentukan kelompok.

Para saintis DSO telah menemui antibodi yang boleh meneutralkan virus yang menyebabkan COVID-19. Ujian klinikal untuk antibodi sedang dikendalikan.

DSO terus membangunkan Resolute 2.0 – kit ujian COVID-19 yang diperbaik yang dapat memberi keputusan dalam kurang daripada separuh masa ujian PCR yang konvensional - dengan BINTANG* A. Kini alat ujian yang tersedia secara komersial, akan digunakan secara automasi untuk mengendalikan hampir 4,000 ujian setiap hari untuk seluruh kerajaan.

DSO dan Kor Perubatan SAF mengesahkan bahawa ujian air liur adalah setepat dengan swab nasal – sejak Oktober tahun lalu, SAF telah menggunakan ujian air liur untuk memantau tenteranya.

Dr Ng mengatakan bahawa keupayaan pertahanan bio dan perubatan ini berpunca daripada pelaburan bertahun-tahun dalam warga kerja dan juga kemudahan. "Berkat pembelajaran yang diperoleh daripada pandemik ini, MINDEF akan terus membangunkan makmal dan keupayaan kami untuk menangani ancaman biologi," katanya lagi.

Anggota perubatan SAF yang menjalankan operasi ujian serologi di asrama pekerja migran.

Adalah penting bagi SAF agar sentiasa bersedia & berwaspada

Keupayaan SAF untuk menjalankan perintah dan kawalan terhadap operasi yang kompleks terbukti memanfaatkan dalam menangani krisis COVID-19 tahun lalu – lebih dari 6,000 warga MINDEF dan SAF dikerahkan merentasi pelbagai operasi, kata Dr Ng.

Usaha mereka yang termasuk membungkus lima juta pelitup muka dalam dua hari; menstabilkan wabak di asrama pekerja asing; menubuhkan Fasiliti Penjagaan dan Pemulihan Komuniti; menyokong pengesanan kontak; dan operasi logistik perubatan.

Komandan kanan SAF juga turun padang untuk memimpin beberapa pasukan petugas kebangsaan, manakala Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan membangunkan sistem arahan dan kawalan untuk operasi negara COVID-19.

"Operasi ini berjalan lancar kerana ia adalah suatu kebiasaan bagi SAF, hari demi hari. Kami semua di sini yang telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Negara dan Latihan Dalam Kem amat memahami hal ini. Walaupun adakalanya kami bersungut tentang mobilisasi ini, tetapi sebagai petugas NS, tindakan ini memanaskan jentera, justeru, bila SAF diaktifkan, ia akan menjadi jentera yang kuat seperti yang dikehendaki," kata Dr Ng.

Suggested Reading
DILHAMKAN UNTUK MEMIMPIN, KOMITED UNTUK BERKHIDMAT
PEOPLE
13 Sep 2025

Kerja berpasukan, disiplin dan daya tahan: Nilai-nilai ini diterapkan dalam 2LT Nithira dan 2LT Dylan Loo dalam sukan dan di sekolah, dan terus membimbing mereka sebagai pegawai SAF yang baru dilantik.

Cover story
EX FORGING SABRE RAMPS UP USE OF UNMANNED ASSETS IN INTEGRATED STRIKE OPERATIONS
OPS & TRAINING
12 Sep 2025

Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

Feature
KETUA, PELAUT, ABANG
PEOPLE
03 Sep 2025

She used to serve on the Jika jantung kapal adalah enjinnya, maka ME3 Malcolm Tan ialah lelaki yang mengekalkan nadinya sihat: dia memastikan kedua-dua kapal dan anak kapal berada dalam keadaan terbaik.

PULANG DARI MISI AIRDROP BANTUAN GAZA
OPS & TRAINING
02 Sep 2025

3WO Ho, LTC Teeneshwaran dan 1SG Faisal adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya menjalankan penghantaran bantuan terbaru SAF ke Gaza.

Feature
MENTOR & TELADAN
PEOPLE
01 Sep 2025

She used to serve on the Melihat pelatihnya menjadi lebih kuat dan lebih yakin membawanya kegembiraan dalam kerjanya. Temui pengajar Sekolah Perang Udara CPT Louis Lee.

Feature
MEMBENTUK ASKAR
PEOPLE
29 Aug 2025

She used to serve on the Pengawal 3WO Muhammad Aliff bersemangat untuk memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan askar di bawah kendaliannya.

Feature
LATIHAN DENGAN TUJUAN
PEOPLE
27 Aug 2025

She used to serve on the MSG Nathanial Ng menunjukkan dedikasi yang tenang ke arah menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang betul kepada pengendali Pasukan Kerahan Tentera (ADF) baharu.

Cover story
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
TECHNOLOGY
22 Aug 2025

Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
PEOPLE
21 Aug 2025

3SG Defred Lau dan 3SG Danish meraikan detik bermakna dalam perjalanan NS mereka apabila ditauliahkan pangkat pakar.

Cover story
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
TECHNOLOGY
18 Aug 2025

Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?