DOKTOR BEDAH SGH DIBERI ANUGERAH HARI KEBANGSAAN ATAS SUMBANGAN NS

31may22_news1_thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/31may22_news1_thumbnail.jpg?sfvrsn=2a97e7bc_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DOKTOR-BEDAH-SGH-DIBERI-ANUGERAH-HARI-KEBANGSAAN-ATAS-SUMBANGAN-NS
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DOKTOR-BEDAH-SGH-DIBERI-ANUGERAH-HARI-KEBANGSAAN-ATAS-SUMBANGAN-NS
DOKTOR BEDAH SGH DIBERI ANUGERAH HARI KEBANGSAAN ATAS SUMBANGAN NS
31 May 2022 | PEOPLE

DOKTOR BEDAH SGH DIBERI ANUGERAH HARI KEBANGSAAN ATAS SUMBANGAN NS

KISAH THRINA THAM / FOTO KENNETH LIN & IHSAN LTC (NS) (DR) CHEW

LTC (NS) (Dr) Chew (kiri) sedang menjalankan prosedur perubatan dalam penerbangan sebagai sebahagian daripada simulasi latihan semasa latihan di luar negara pada 2015.

Pada 2018, apabila Leftenan Kolonel (LTC) (NS) (Dr) Darryl Chew menamatkan 10 tahun Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi, dia boleh memilih untuk memberi tumpuan kepada tugasan dan keluarganya.

Kerjayanya sebagai pakar bedah di Hospital Besar Singapura dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK semakin berkembang maju. Dia juga merupakan ahli fakulti akademik untuk pakar pembedahan, mendidik mereka tentang seni pembedahan.

Sebaliknya, dia memilih untuk melanjutkan perkhidmatannya di bawah skim ROVERS (Askar Simpanan dalam Skim Simpanan Lanjutan Sukarela). Dia mendaftar untuk tiga tahun perkhidmatan; dan tahun lepas, melanjutkan lagi tiga tahun seterusnya.

LTC (NS) (Dr) Chew, yang kini Timbalan Pegawai Pemerintah Skuadron Perubatan 1 (SQN) Tentera Udara Republik Singapura, berkata: "Kerjaya saya dalam sistem kesihatan awam kian berkembang maju...justeru saya berfikir untuk memperkenalkan konsep latihan perubatan terkini di dalam skuadron."

LTC (NS) (Dr) Chew membantu menambahbaik rangka kerja latihan di 1 Medical SQN dengan memperibadikan sesi latihan agar lebih berkesan bagi setiap anggota Perkhidmatan Negara.

Anggota NS (Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Operasi) yang berusia 43 tahun itu telah membantu meningkatkan latihan skuadron untuk pemindahan perubatan heliborne.

Dengan mengguna konsep pendidikan perubatan terbaru, dia membantu membentuk rangka kerja latihan yang dikemas kini yang tertumpu pada memperoleh kecekapan spesifik. Ini dilaksanakan pada 2021.

Kini, pegawai perubatan anggota Perkhidmatan Negara dan doktor dari tahap kemahiran yang berbeza dapat menguruskan mangsa yang mengalami peringkat kesukaran tertentu... Sistem latihan ini telah membantu kami mengindividukan dan memperibadi setiap Latihan Dalam Kem (ICT) bagi anggota Perkhidmatan Negara untuk mencapai hasil latihan yang terbaik."

LTC (NS) (Dr) Chew (tiga dari kanan) semasa sesi ICT bersama pasukannya di 1 SQN Perubatan, pada 2020.

Sebagai memberkati dedikasi dan perkhidmatannya, LTC (NS) (Dr) Chew menerima Pingat Kepujian (Ketenteraan) di upacara pengurniaan Anugerah Hari Kebangsaan daripada Menteri Kanan Pertahanan Heng Chee How pada 31 Mei.

Sebanyak 99 Pingat Kepujian, 147 Pingat Berkebolehan dan 512 Pingat Bakti Setia telah dianugerahkan kepada anggota tentera dan warga kerja bukan tentera tahun ini..

Encik Heng (kanan) menyampaikan Pingat Kepujian NDAI (Ketenteraan) kepada LTC (NS) (Dr) Chew.

Antara detik-detik paling penting sepanjang tempoh perkhidmatan LTC (NS) (Dr) Chew adalah apabila dihantar sebagai anggota kumpulan bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana Angkatan Bersenjata Singapura selepas Tsunami Hari Tinju Indonesia pada 2004.

Bertugas sebagai Pegawai Staf dengan Perkhidmatan Perubatan Tentera Udara pada masa itu, peranannya adalah untuk membantu menyelaraskan logistik tempatan dan menghantar mereka ke pasukan perubatan di tapak.

"Kami tidak ada banyak masa untuk memasang semua peralatan dan kami juga tidak pasti tentang keperluan di tapak," katanya.

"Kami terpaksa bekerja secara kreatif sekali untuk memperoleh peralatan tertentu dan memhantarnya kepada pasukan. Saya memang terdorong (untuk membantu) pegawai perubatan di sana."

LTC (NS) (Dr) Chew (kanan) telah menyertai Latihan Wallaby di Queensland, Australia sebanyak dua kali - pada 2007 dan 2008 (gambar).

Ayah kepada dua cahaya mata itu berkata perancangan awal, sokongan keluarga dan majikan yang padu telah membantunya menyesuaikan diri di antara keluarga, tugasan dan komitmen Perkhidmatan Negara.

Semasa menerima Anugerah Hari Kebangsaan, dia turut berkata: “Ia satu penghormatan yang besar. Setentunya, saya ingin meluahkan rasa terima kasih kepada banyak orang kerana anugerah ini bukan usaha individu. Ia adalah benar-benar berkat usaha berkumpulan."

Suggested Reading
PERTAHANAN ADALAH URUSAN SEMUA
PEOPLE
06 Nov 2025

Sama ada ia menyokong NSmen dalam komitmen NS mereka atau sukarela dalam SAF dan memperkasakan belia, 2SG (NS) Elliot Ang dan SV2 Sheila Manokaran menyokong pertahanan negara kita dengan cara mereka sendiri.

Feature
PERTAMA MASUK, TERAKHIR KELUAR DI LATIHAN WALLABY 2025
OPS & TRAINING
06 Nov 2025

Temui pasukan yang bekerja keras di belakang tabir untuk membolehkan kelancaran latihan unilateral terbesar SAF di luar negara.

Cover story
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
OPS & TRAINING
31 Oct 2025

SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.

TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
MILESTONES
21 Oct 2025

Kapal Tempur Pelbagai Peranan akan berfungsi sebagai kapal induk untuk perintah dan pengendalian operasi tentera laut tanpa pemandu.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
MILESTONES
14 Oct 2025

CMPB baharu di Bukit Gombak adalah kemudahan moden serba lengkap untuk memenuhi keperluan pra-pendaftar dan askar.

Feature
DUO DOKTOR AYAH & ANAK
PEOPLE
13 Oct 2025

COL (Dr) (Bersara) Tan Peng Hui merupakan tokoh perintis dalam Kor Perubatan SAF. Kini, beberapa dekad kemudian, anak lelaki CPT (Dr) Caleb Tan mengikuti jejaknya sebagai sebahagian daripada Kursus Kadet Pegawai Perubatan ke-100.

Cover story
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
MILESTONES
07 Oct 2025

Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!

SEHARI KELUAR BERSAMA AYAH TENTERA SAYA
PEOPLE
06 Oct 2025

Dalam edisi istimewa PIONEER Kids tahun ini, Rayyan, Rizqi dan Raissa menghabiskan hari istimewa di Padang Menembak Kem Nee Soon bersama ayah 3WO Muhamed Firdaus.

SELAM KE DALAM NAVY@VIVO 2025
COMMUNITY
03 Oct 2025

Bersiap sedia untuk masa yang menyeronokkan kerana Navy@Vivo kembali pada bulan November!

Feature
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
TECHNOLOGY
01 Oct 2025

Menukar visi kepada realiti: pasukan di sebalik SAFTI City merangkul Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) Hadiah Teknologi Pertahanan 2025!